Misi : Latihan

1.1K 115 38
                                    

Keesokkan harinya tiba. Hari Jumaat.

Dua sepupu itu tiba di akademi dengan wajah yang lesu.

Akibat terlalu teruja diorang berdua berborak sepanjang malam, tak sabar nantikan hari Sabtu, tetapi akhirnya tertidur juga pukul 4 pagi akibat kelelahan.

Alicia : Hai korang.

Alicia yang juga baru tiba, menyapa mereka dari belakang. Terus berubah wajah Alicia jadi pelik lepas tengok dua sepupu tu muka macam hantu panda.

Alicia : Er..... korang berdua ni dah kenapa?

Ali : Hai Alicia..... Huaaaammmm..... *menguap* kitorang tidur lambat semalam.....

Alicia : Lah, kenapa? Selamat lah hari ni tak sekolah. Kalau tak, hm, mampos kau kena dengan Cikgu Najwa.

Terus wajah Ali berubah jadi takut bila Alicia mention nama Cikgu Najwa.

Cikgu Najwa tu cikgu baru diorang. Tapi garang nak mati, sebab bekas Cikgu Universiti, tukar ke sekolah diorang.

Dah lah diorang dapat kerja sekolah dari Cikgu Najwa, tapi Ali tak siapkan lagi.

Ali : Haah lah! Macam mana aku boleh lupa?! Kalau hari ni sekolah, mampos aku weh!

Boboiboy yang di tepi, hanya melihat Ali yang menggelebah satu badan, malas nak bercakap sebab diri sendiri pun ngantuk.

Boboiboy : Dah pukul berapa dah weh?

Boboiboy melihat ke arah jam kuasanya. Baru pukul 10 pagi.

Boboiboy : Haih..... lama lagilah baru dapat balik rumah macam ni.

Ali : Oh, ya! Alicia, kitorang ada benda penting nak bagitahu kau ni!

Alicia : Hah, apa dia? Bagitahu lah.

Ali : Hehe, tapi kita kena tunggu yang lain dulu~

Alicia : Hah?

.
.
.
.
.
.

All-Ali, BBB : KORANG BERDUA SEPUPU?!?!?!

Seketika kemudian, Ali dan Boboiboy akhirnya memberitahu perkara itu ke kesemua Ejen Muda, yang semestinya buat yang lain terkejut.

Moon : Biar betul?! Perghhhhh, caya lah! Patutlah korang asyik bersama je!

Alicia : Kenapa kau tak pernah bagitahu aku sebelum ni?

Ali : Itu sebab kitorang pun baru tahu semalam. Kan Boboiboy? *siku Boboiboy*

Boboiboy : Hm? Oh, haah. Pak cik Ghazali baru bagitahu kitorang semalam. Kitorang pernah berjumpa waktu kecil sahaja, selepas tu, tak pernah dah. Pak cik baru bagitahu kitorang semalam disebabkan hari jadi Ali.

Rudy yang ditepi, hanya memandang mereka berdua, satu persatu, berulang ulang kali.

Rudy : Tak sama pun muka.

Dan Rudy pun diberi ketukkan manja di kepala oleh senapang Roza buat sekian kalinya.

Roza : Memang lah berbeza. Diorang sepupu, bukan adik beradik.

Rudy : *pegang kepala sebab sakit* Adeh..... Ish! Ye pun tak yah lah ketuk kepala aku!

Jet : Hoho! Best lah kau, Ali. Ada keluarga kau lagi yang tahu yang kau ni ahli M.A.T.A. Tak macam aku. Sekor pun tak boleh tahu.

Ali : Ahaha.......*sweatdrop*

Berita itu disambut baik oleh para Ejen Muda. Ianya membuatkan mereka berdua lega. Mereka nampaknya dah boleh selesakan diri melihat satu sama lain sebagai sepupu tanpa perlu rahsiakannya.

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now