Misi : Terbongkar 2

894 99 10
                                    

Boboiboy : Viktor? Boleh kau janji dengan aku sesuatu tak?

Viktor : Hm? Janji apa?

Boboiboy : Boleh tak kau..... simpan satu rahsia?

.......

Keadaan menjadi sunyi seketika.

Wajah Boboiboy kelihatan tersenyum kekok, seperti masih belum setuju dengan keputusannya sendiri.

Tambah lagi bila Viktor tidak menjawap soalannya.

Viktor, terdiam sementara, tidak terus menjawap.

Dia melihat ke arah sepupu kawan baiknya itu dengan wajah seperti tidak memahami apa yang Boboiboy cuba sampaikan.

Viktor : Simpan rahsia? Rahsia apa pula ni?

Viktor mula merasa pelik dengan perangai Boboiboy sejak di kedai ais krim tadi ketika letupan tadi berlaku.

Yelah, dalam keadaan tegang seperti itu, tiba tibanya diminta untuk simpan rahsia.

Boboiboy cuba untuk menengkan dirinya dengan menarik nafas dalam dalam, sebelum melepaskan keluhan yang berat.

Dia tak boleh bertindak terburu buru dalam hal itu. Takut Viktor salah faham dengannya.

Boboiboy : Aku..... ada cara untuk keluar dari sini, tapi....

Mata Viktor terus kelihatan teruja dengan ayat tidak habis Boboiboy itu.

Viktor : Ya ke?! Macam mana?!

Boboiboy sampai terangkat kedua dua belah tangannya paras bahu bila Viktor mendekatkan wajahnya dengan dirinya sambil tersenyum kekok

Boboiboy : Er....ehehehe...tapi kau kena janji dengan aku yang kau jangan bagitahu sesiapa pasal hal ni, ok?

Viktor terus menerima syarat Boboiboy itu tanpa banyak soal.

Viktor : Ok, baiklah, aku janji. Macam mana kita nak keluar?

Boboiboy sedikit kesal dengan Viktor yang terus sahaja berjanji dengannya, tetapi dia juga tak boleh buang masa terlalu lama.

Dia pun memandang ke atas semula.

Boboiboy : Kau takut tinggi tak?

Soalan tiba tiba itu keluar dari mulutnya.

Viktor tertelengkan kepalanya ke tepi, tiba tiba ditanya seperti itu.

Viktor : Tak? Kenapa?

Boboiboy menutup matanya, sambil tersenyum.

Sudah mendapatkan kepastian, dia tiba tiba memegang tangan Viktor.

Viktor sempat tersentak, sambil memandang belakang kepala budak penguasa elemental itu.

Viktor : Boboiboy?

Boboiboy : Pegang kuat kuat!

Tak sempat Viktor mahu beriaksi, tiba tiba, Boboiboy mengangkat tangan kanannya ke udara.

Muncul sebuah logo berwarna biru yang berbentuk pusaran taufan pada jam itu, dan mula bercahaya.

Anak mata Viktor mula mengecil, sebari cahaya itu mula menyelubungi seluruh badan sepupu kawan baiknya itu.

Viktor terpaksa menutup mata akibat silau.

Viktor : Ergh?!

Cahaya itu mula menghilang sedikit demi sedikit.

Baju oren miliknya mula bertukar kepada biru, termasuk topinya, yang sudah berubah warna dan posisi.

Dia bertukar kepada Taufan.

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now