Misi : Kuasa Part 6

1.3K 143 64
                                    

Seketika kemudian, 2 jam telah berlalu. Sudah pukul 12 tengah hari.

Boboiboy dan Ali duduk berhadapan satu sama lain sekali lagi.

Ali : Kau betul betul pasti ke ni, Boboiboy? Kalau kau tak larat, kita boleh sambung hari lain kali sahaja.

Boboiboy hanya menggeleng.

Boboiboy : Tak apa. Aku dah cukup berehat dah. Lagi pun, aku nak habiskan benda ni cepat.

Ali mencebit, lupa seberapa degilnya sepupunya itu.

Ali : Baiklah, tapi, jangan terlalu memaksa sangat. Aku takut demam kau tu datang balik je.

Boboiboy : Tak akan datang balik punya lah. Aku bukan macam kau, demam sampai 3 hari.

Ali : Jangan lah mention balik benda tu!

Ali mengetuk manja badan Boboiboy beberapa kali, tak puas hati sebab dia mention balik yang dia demam 3 hari hari tu sebab mandi hujan.

Boboiboy hanya ketawa, seronok dapat sakat Ali.

Boboiboy : Hahahahaha!!! Dah dah, bila aku nak mula macam ni?

Ali : Hmp! *pout* yelah yelah.

Boboiboy tersengih, sebelum sengihannya berubah menjadi muka risau.

Boboiboy : Sorry lah tau, Ali.

Ali : Hah? Sorry pasal apa?

Ali memandang Boboiboy yang tiba tiba sahaja meminta maaf kepadanya, tetapi Boboiboy tidak membalasnya.

Dia hanya tersenyum.

Dia membuka tangannya ke hadapan, dan sebaik itu sahaja, muncullah satu lagi gegelung cahaya di hadapannya.

Sebuah logo baru muncul di gegelung itu.

Logo tajam berwarna merah.

Ali melihatnya dua kali. Matanya pun membesar, akhirnya faham dengan permintaan maaf Boboiboy yang tiba tiba itu.

Ali : Oh......

Boboiboy yang melihat Ali akhirnya faham, tersenyum kecil, sebelum menutup matanya, membiarkan elemental itu menguasi badannya pula.

.
.
.

Bajunya telah berubah.

Kepada warna hitam dan merah.

Topinya berubah kedudukan ke hadapan, menutup wajah Boboiboy.

Logo yang berada di lingkaran cahaya itu bersinar terang, terduduk cantik di bahagian hadapan topi Boboiboy itu.

Elemental Boboiboy itu tiba tiba sahaja bangun, dan berdiri tegak di depan Ali dan Comot.

Membuatkan Comot bingung.

Tetapi Ali kenal siapa Elemental yang di depannya itu.

Comot : Ali?

Comot memandang Ali pelik bila dia melihat muka Tuannya itu seperti ketakutan memandang Sang Elemental itu.

Comot memandang ke depan semula, menelan ludahnya sendiri, gementar.

Sang Elemental itu akhirnya mengangkat kepalanya, dan memasang wajah menyampah, ke arah Ali.

??? : KAU LAGI?

.
.
.
.
.

Suara Si Dia kedengaran sangat sangat dalam, menambah lagi aura suram di sekitar mereka.

Mata merahnya menatap tajam, ke arah mereka, membuatkan Ali secara spontan, merembat badan Comot, dan memeluknya, ketakutan.

Comot : Hoi?! Apa ni?!

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now