Misi : Terbongkar 2 part 2

790 81 24
                                    

Ayat Viktor tergantung apabila dia melihat keseluruhan pakaian yang dipakai oleh Ali ketika itu.

Viktor : Ali.....kau ni...... Cyberwira ke?

Habis kecut perut Ali dibuatnya bila mendengar ayat kawan baiknya itu.

Ali : Ek-er....ah.....

Habis kehilangan kata dibuatnya dia.

Wajah Viktor terus berubah teruja. Dia terus mengambil tablet miliknya, dan meng-scroll sesuatu.

Viktor : Rupa kau sama dengan Cyberwira tu!!!

Viktor menonyoh tabletnya tepat ke wajah Ali, sampai terpenyek pipi Ali dibuatnya.

Ali : Ahhhh-apa maksud kau ni? Mana ada sama! Aku lagi hensem apa!

Sempat Ali berpura pura berlagak untuk cover diri sendiri walaupun dah tak ada guna.

Viktor tidak memakan alasan Ali itu.

Viktor : Alah, jangan nak menipulah! Dah terang lagikan jelas kot! Rambut sama, baju sama! Tambah lagi, buat apa kau nak buat dekat sini kalau bukan sebab nak selamatkan tempat ni kan?! Aku nampak macam mana kau tahan motor motor tu tadi!

Bertalu talu Viktor menyerang Ali dengan kata katanya.

Hah, sudah. Habis banjir dahi Ali dibuatnya.

Ali : *dalam hati* ' ADOIIIIII MACAM MANA NI-'

Dia nak menjerit sekuat hati, tapi tak mampu.

Ali : A-aku....aku....er.....aku....

Ali tidak tahu mahu membalas apa.

Terbalik pula dengan Viktor. Dia kelihatan sangat sangat gembira.

Viktor : Aku tak sangka kawan aku selama ni adalah Cyberwira yang aku idola idolakan! Idola aku cuma berada di sebelah aku je selama ni!

Dia dengan nada separuh menjeritnya akibat terlalu gembira.

Ali dah mula gelabah akibat nada suara Viktor. Dia menggongcang bahu Viktor, ingin menyuruhnya untuk diam.

Ali : Shhhhh! Shhhhh! A-aku tahu kau tengah gembira sekarang ni-t-tapi aku nak kau simpan tu untuk nanti! Sekarang bukan masanya!

Walaupun dia masih panik tak mahu Viktor tahu pasal ni, dah tak ada gunanya nak cover dah dalam keadaan terdesak itu.

Taufan : Adoiii.....

Ali : E-eh?

Taufan akhirnya bangun juga. Dia memegang kepalanya yang benjol akibat terhantuk pada lantai ketika mendarat selepas selamatkan Ali tadi.

Taufan : Adoi....sakit kepala aku....

Mata Ali kembali terbeliak kerana melihat Boboiboy yang berada di dalam wujud salah satu kuasanya.

Ali : B-Boboiboy?

Taufan yang sudah mendapatkan sepenuhnya kesadaran, melihat ke arah Ali.

Taufan : Ali! Kau ok tak?! Hampir je kau arwah kena bom tadi!

Seperti biasa, Boboiboy merisaukan keselamatan orang lain sebelum dirinya.

Ali : Aku ok, tapi sekarang ni, apa yang korang berdua buat dekat sini?! Bahaya korang tahu tak?! Dan kenapa kau-

Taufan : T-tak apa, Viktor dah tahu.

Taufan mencuba membela dirinya, sambil melihat ke arah Viktor.

Viktor pun terpaksa mengangguk juga untuk back up Taufan.

Ali sengaja mengalihkan tajuk kerana masih tak puas hati kenapa kawan dia dan sepupunya itu berada di tempat yang tidak sepatutnya.

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now