Misi : Permintaan Maaf

1.3K 144 50
                                    

Mereka sedang berada di luar rumah sekarang ini.

Mereka sedang memberikan ucapan selamat tinggal terakhir untuk Amato dan Mechabot.

Boboiboy sudah merasa lebih baik selepas semalaman berehat.

Mechabot sedang memasukkan barangan ke dalam kereta, manakala Amato sedang menikmati saat saat akhir bersama anaknya sebelum terpaksa pulang ke angkasa.

Amato memeluk Boboiboy dan melutut di depan anaknya, sehingga paras kepala anaknya.

Amato : Boboiboy jaga diri baik baik ya? Kalau ada apa apa berlaku, jangan lupa untuk bagitahu Ayah ya? Kalau tak pun, bahitahu Mechabot.

Amato membetulkan baju Boboiboy yang sedikit berkedut itu.

Boboiboy : Hahaha! Boboiboy dah besar lah Ayah. Boboiboy tahu. Boboiboy boleh jaga diri sendiri. Kan Ayah sendiri yang suruh Boboiboy berdikari.

Boboiboy ingat lagi hari pertama dia terpaksa berpisah dengan Mak dan Ayahnya dulu, kerana dia berpindah ke Pulau Rintis bersama Tok Aba, dan Ayahnya suruh dia berdikari.

Dia tak faham kenapa, tapi, sekarang, dia tahu.

Amato : Ayah tahu. Tapi rasa macam baru semalam je anak Ayah ni baru pandai berjalan. Sekarang, tengoklah. *bisik* Anak Ayah dah jadi Superhero Galaxy.

Amato sejujurnya memang sangat bersyukur, dapat anak berani macam Boboiboy.

Dia tak sangka yang anaknya mampu menguasai kuasanya secepat itu, bila dia pertama dapat tahu yang anaknya dapat kuasa juga.

Dan sekarang, anaknya hampir dapat menguasai sepenuhnya kuasanya.

Boboiboy : Hehe. Itulah apa yang mereka selalu kata. *bisik* Superhero Galaxy, Penguasa Elemental, Penyelamat Galaxy, macam macam lah. Mesti Ayah tahu. Laksamana Mechamato.

Boboiboy terketawa kecil.

Ya, dia tahu yang Ayahnya juga adalah salah satu ahli TAPOPS.

Sejak bila?

Itu kita biar rahsia dahulu untuk Chapter kedepannya.

Amato meletakkan dahinya di kepala Boboiboy, sambil menutup matanya.

Amato : Boboiboy akan selamanya menjadi anak kesayangan Ayah. Ingat itu selamanya, ok?

Boboiboy hanya tersenyum, sambil menutup matanya.

Boboiboy : Boboiboy tahu. Kirim salam dari Boboiboy jugak ke Mak! Cakap Boboiboy baik baik je! Mak tak perlu risau!

Boboiboy tersenyum besar, membuatkan Amato tersengih bahagia.

Amato : Ayah janji.

Kedengaran suara Mechabot yang datang dari kereta mereka berdua.

Mechabot : *tutup bonet* Cepat lah Pak cik Tua! Aku dah siap masukkan semua barang, kau tak sudah sudah lagi!

Amato : Suka hati aku lah!

Mechabot pun terbang ke arah mereka berdua.

Mechabot : Dah, jom. Karang lambat lambat, boss kau marah pulak!

Amato : Yelah yelah, aku tahu lah!

Boboiboy pun menyalam tangan Amato dan Mechabot.

Boboiboy : Pandu baik baik tau! Mechabot, jangan bagi Ayah tertidur waktu pandu tau!

Mechabot : Semestinya!

Mechabot menjeling Amato sambil tersenyum jahat, dah ada banyak idea dalam kepala nak buat apa bagi Amato tak mengantuk sepanjang perjalanan.

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now