Misi : Kuasa Part 4

1.1K 128 98
                                    

Solar berdiri dengan elegan di depan Ali dan Comot, selepas memperkenalkan dirinya kepadanya.

Ali : Hah?

Ali terteleng memandangnya.

Ali : Solar?

Ali kelihatan bingung mendengar nama Solar itu.

Solar : Ya. Solar. S. O. L. A. R. Solar.

Wajah Ali masih lagi sama.

Ali : Hah? Macam yang Panel Solar tu ke atau apa?

Rasa macam ada benda berat yang menimpa kepala Solar selepas dirinya digelar Panel Solar oleh Ali.

Solar : KALAU NAMA AKU HAMPIR SAMA DENGAN KACA PENYERAP TENAGA TU PUN KENAPA?!?! ISH!!!

Solar tiba tiba sahaja marah, membuatkan Ali dan Comot tersweatdrop.

Solar, yang sedar dia kehilangan coolnya di situ, berdehem, dan membetulkan kedudukan cermin matanya.

Solar : Ehem! Ehem! Apa apa pun, mari kita teruskan sebab kenapa aku di sini.

Solar pun duduk di atas lantai, menghadap Ali dan Comot.

Solar : Ok, baiklah, Encik Ali Bin Ghazali, saya akan menjawap semua pertanyaan dari kamu, dengan arahan daripada Tuan saya.

Solar tiba tiba jadi formal, tambah kekok lagi lah si budak kenit tu.

Ali : Oh- ok. Kau adalah element apa pula?

Solar : Dari nama aku sendiri, aku rasa kau dah boleh teka. Aku adalah Penguasa Element Cahaya. Element yang paling kuat dari ketujuh tujuh Element yang ada.

Mendengar ayat terakhir Solar, membuatkan Ali meneguk ludah kelat, ketakutan.

Dan Solar menangkap itu.

Solar : Tak perlu takut. Aku tak akan serang kau pun. Tugas aku di  sini hanyalah jelaskan kuasa aku kepada kau sahaja.

Ali menghembuskan nafas lega, tapi dia kasih lagi gementar.

Ali : O-ok. Apa nama kesemua tahap kuasa kau?

Solar : Cahaya. Solar. Dan Gamma.

Ali mengangguk.

Ali : Sejujurnya, aku tak sangka pula Cahaya boleh jadi salah satu Element bumi.

Solar : Itu kerana aku bukan.

Ali : H-huh?

Ah sudah. Macam macam benda baru yang dia dengarkan ddari setiap elemental, membuatkan kepala dia pening.

Solar : Kenapa? Para Elemental sebelum aku tak jelaskan pada kau ke?

Ali hanya menggeleng sahaja.

Solar yang akhirnya sedar yang dia yang terpaksa menjelaskan perkara itu, hanya mengeluh berat.

Solar : Nampaknya akulah yang terpaksa jelaskannya. Ehem! Baiklah Ali. Kami, bukan berasal dari bumi, sepatutnyalah yang kau tahu. Atau lebih tepatnya, kami bukan berandaskan element yang ada di bumi.

Ali sampai terteleng kepalanya mencuba memahami apa yang Solar cuba katakan.

Ali : Maksud kau?

Solar : Haih.... kami bertujuh berasas dari medium yang berbeza. Atau lebih tepat nama untuk medium itu adalah, Power Sphera.

Ali kelihatan sudah mula tertarik semula dengan penerangan itu.

Ali : Power Sphera?

Solar kelihatan tersenyum melihat yang Ali akhirnya tertarik.

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now