Misi : Khianat Part 5

653 79 19
                                    

Aura keseluruhan medan pertempuran itu berubah sepenuhnya dengan bangkitnya Vefa daripada bongkah ais itu.

Kelihatan juga bongkahan ais kecil yang berserakkan itu cair sedikit demi sedikit dengan seberapa hangatnya pertarungan itu.

Ice : Tch....

Ice berdecih kesal serangannya tidak berjaya tumbangkan sosok alien itu.

Ice : Nampaknya aku memang kena tumpahkan peluh untuk lawan dia.

Ice kembali membetulkan kakinya dan memandang Vefa serius.

Ini bukan seperti Vefa yang Taufan, Hali dan Blaze lawan tadi.

Dia betul betul serius sekarang.

Ice tahu dia tak akan menang pertarungan kombat dengan mahluk ini, tetapi dia juga tidak mahu tumbang ke tanah kerana kalah.

Ice : Baiklah. Sila ke mari.

Ice menggoyangkan jari telunjuk dan tengahnya kedepan dan kebelakang, menyuruh Vefa mendekatinya.

Itu hanya membuatkan darah Vefa semakin naik.

Vefa : MARI SINI KAUUUU!!!!!

Vefa berlari pantas ke depan dengan merendahkan badannya, memberikan langkah yang lebih besar untuknya mendekati Ice.

Vefa melompat ke atas, dan mengangkat kedua dua belah tangannya ke udara dan mengenggam kedua dua belah tangannya.

Badannya jatuh ke tanah, betul betul dimana tempat Ice berada, dan menghentam tanah itu dengan kedua dua belah tangannya.

BOOOMMMMM!!!!

Serangan itu membuatkan pasir bertebaran di mana mana, membuatkan Vefa dan Ice tidak kelihatan

Bila pasir sudah reda, mampu kelihatan sebuah kawah yang besar di bawah Vefa.

Tetapi, Ice tiada di sana.

Vefa : Huh?!?!

Ice : Kau pantas Vefa.

Vefa : Huh?!

Ice kini berada di belakang Vefa, kelihatan baik baik sahaja.

Ice : Malangnya Hali dan Solar lebih laju daripada kau.

Kata kata Ice membuat Vefa bertambah bengang.

Vefa : DIAMLAH MANUSIA!!!

Vefa mengangkat tangan kanannya ke udara, dan bersedia untuk menumbuk Ice sekali lagi.

Tetapi, dengan bantuan IRIS, Ice mempu mengelak dengan mudah, dan melompat ke atas.

Ice : Panah ais!!!

Ice tidak mengeluarkan busurnya, tetapi, di atasnya, sudah muncul berpuluh puluh panah, dan semuanya turun bak hujan ke arah Vefa.

Vefa : ARGHHH!!!

Vefa merintih kesakitan apabila beberapa daripada anak panah ais itu berjaya menggores badannya.

Ice sudah memastikan kesemua panah itu lebih tajam dari biasa.

Ice melakukan bergitu kerana dia tahu dia tidak akan sempat menyerang Vefa kalau dia menggunakan busur dengan seberapa cepatnya kelajuan Vefa sekarang ini.

Jadi dia terus mengeluarkan anak panah sahaja dan biarkan kesemuanya jatuh ke bumi bak salji di malam hari.

Dia belajar teknik ini daripada Blaze, sama macam bebola api kembarnya.

Vefa : Ergh!!!

Tetapi, Vefa dengan sigap mematahkan kesemua anak panah yang menuju ke arahnya dengan sekali hayunan tangan ke tepi, dan juga dengan bantuan rambutnya yang menangkap beberapa daripadanya.

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now