Misi : Hotel

1K 122 39
                                    

Ali, BBB : WAAAAAAAA!!!

Mereka kini sudah tiba di hotel mereka setelah 2 hingga 3 jam merentas menaiki Gunung itu.

Boboiboy kelihatan segar bugar sebab masa dalam kereta tadi dia sambung tidur balik sebab mual naik kereta pulak.

Macam Author AHAHAHAK-

Ali, hanya mampu memberi muka malas kepada Boboiboy sebab tak teman dia langsung sepanjang perjalanan. Dia borak dengan Uncle Bakar dengan ayah dia je sebab Boboiboy awal awal dah pengsan.

Ali : Bertuah punya sepupu.

Boboiboy hanya mampu memberi muka dengan suara gedik mak cik sebelah rumah

Boboiboy : Habis tu? Nak aku muntah atas kau ke?

Ali dah tumbuh pekaki empat atas kepala. Pandai menjawap pulak budak ni-

Ali : Mesti lah tak. Cuma aku pelik. Kau ni dah lah ada lesen motor, selalu bawak motor kau ke mana mana, tapi masuk je naik kenderaan lain, terus pening?

Boboiboy hanya mampu ketawa canggung sebab Ali dah tatap dia dengan wajah kecewa.

Boboiboy : Hahaha...... kalau motor tak pe lah. Kalau aku tertidur atas motor, innalilah dah aku. Kenderaan lain tu lain ceritalah, perjalanan yang lama, ambil beberapa jam, buat aku pening.

Ali hanya mampu mengeluh kesal.

Boboiboy : Alah, jangan marah. Kita baru sampai atas gunung kot ni. Masam masam pulak. Meluat aku tengok.

Ali : Ada jugak yang aku baling masuk longkang ni karang.

Kedengaran Ghazali yang memanggil mereka. Dari kereta.

Ghazali : Ali! Boboiboy! Sini, angkat beg kamu berdua ni! Papa dah dapat kunci bilik dah!

Ali, BBB : Baik Papa/Pak cik!

Mereka berempat pun mengangkat beg mereka semua dan berjalan ke arah bilik mereka.

Bilik mereka berada di tingkat dua hotel itu.

Bila masuk, pergh, dah macam besar rumah dah! Ada 3 bilik, dua tandas, sofa, Tv pun ada!

(Ni betul eh. Author pergi hari tu)

Tak sampai sesaat masuk bilik, dua bebedak tu dah serbu katil.

Ali, BBB : WUHUUUUU!!! SEJUK!!!

Yang dewasa pulak hanya mampu menggeleng melihat dua bebudak tu jakun pergi tempat baru itu.

Ali : Jauh beza siak suhu dekat sini dari kat Cyberaya. Masih tengah hari lagi kan?

Mereka melihat keluar tingkap, terang menderang lagi. Bila Boboiboy tengok jam dia, baru pukul 1 petang.

Boboiboy : Tu sebab kita dekat atassssss gunung nak oiiii! Mestilah sejuk!

Ali : Sepanjang perjalanan tadi aku nampak kabut je dekat luar.

Bakar : Tulah, Uncle nak lihat pemandangan luar pun susah.

Ghazali masuk ke dalam bilik, dan meletakkan begnya di lantai.

Ghazali : Baiklah, korang rehatlah dulu. Nanti petang kita nak round round, jalan jalan sekeliling.

Mereka bertiga berkata baik, dan terus meneroka satu bilik hotel mereka itu.

Pasang TV lah, jelajah tandas lah, guling guling atas katil macam tak ada kerja lah, sehinggalah akhirnya tiba pukul 3 petang.

.
.
.
.
.
.
.
.

Mereka sekarang berada di dalam kereta, sedang turun dari kawasan hotel mereka, mahu pergi ke sesuatu tempat.

Ali : Kita nak kemana ni Papa?

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now