Misi : Jogging

611 87 20
                                    

Flashback, kembali semula ke waktu tepat ketika Boboiboy dan kawan kawannya pergi dari rumah keluarga Ghazali itu.

Seperti yang kita tahu, Ali dan Uncle Bakar bergegas pergi ke bilik masyuarat M.A.T.A selepas dipanggil oleh Jeneral Rama.

Ali : Huh! Huh! Huh! Uncle rasa....kenapa Jeneral panggil kita? Sebab ni bukan panggilan latihan. Lebih kepada latihan kecemasan.

Bakar : Uncle pun tak tahu. Tapi yang pastinya, Jeneral ada misi yang mahu diberikan kepada kita.

Mereka sudah tiba di bilik masyuarat.

Bila mereka masuk sahaja ke dalam bilik itu, mereka disambut oleh hologram milik Jeneral.

Bakar : Kami melaporkan diri Jeneral!

Ali dan Uncle Bakar memberikan tabik hormat kepada atasan mereka itu.

Ali : Kami-melaporkan....diri....

Ali kelihatan melilau ke sekeliling ruangan itu.

Hanya mereka berdua sahaja yang ada di sana.

Bahkan Alicia dan Comot yang sepatutnya menjadi satu pasukan denan mereka tiada di sana juga.

Jeneral : Terima kasih kerana datang secepat mungkin ke sini, Ali, Bakar.

Ali dan Uncle Bakar menurunkan tangan mereka, dan kemudian berdiri tegak.

Jeneral memandang mereka berdua dengan pandangan serius, jadi mereka berdua tahu yang mereka akan diberi misi yang berat.

Jeneral : Ali....macam mana dengan sepupu kamu tu?

Ali terkedu seketika apabila namanya disebut.

Ali : Dia....dia ok. Seperti yang dijanjikan, dia sudah melupakan M.A.T.A. Tapi, hanya itu. Segala memorinya yang lain seperti namanya, kawan kawannya, tempat asalnya dan keluarganya masih ada.

Jeneral kelihatan menghembuskan nafas lega.

Kali ini mesin itu tidak berlebihan mengambil memori mangsanya.

Jeneral : Baguslah kalau macam tu. Jaga dia baik baik. Jangan biarkan dia mengetahui pasal M.A.T.A lagi.

Ali mengangguk, bertanda dia memahami arahannya.

Ali merasakan rasa yang sangat pahit di lidahnya.

Dia tidak suka menipu, tetapi dia terpaksa juga.

Dia tidak mahu sepupunya berurusan dengan benda merbahaya seperti itu lagi. Apa lagi betul betul kehilangan memorinya kali ini.

Jadi inilah apa yang Boboiboy lalui selama ini.

Ali : *dalam hati* 'Pasti berat bagi kau kan, Boboiboy......'

Bakar kelihatan tidak senang berdiri di sana.

Bakar : Apa lagi selain itu, Jeneral?

Jeneral : Hm?

Ali dan Jeneral Rama memandang ke arahnya.

Bakar : Mesti Jeneral tidak memanggil kami hanya untuk mengatakan itu. Misi apa yang Jeneral mahu berikan kepada kami sebenarnya?

Sudah lama di bawah atasannya itu, dia sudah boleh baca apa yang Jeneralnya itu mahukan.

Jeneral mengusap ngusap misainya, sebelum tersenyum nipis.

Jeneral : Penglihatan yang tajam, Bakar. Seperti kamu berdua sudah pun sedar, tiada sesiapa di sini selain kamu berdua.

Ali dan Bakar mengangguk. Mereka sudah menyedarinya sejak saat pertama mereka melangkah masuk ke dalam ruangan itu.

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now