Misi : Ejen

1.5K 157 20
                                    

Boboiboy telah dibenarkan keluarkan dari bilik utama, bersama sama dengan Ali, Alicia dan Uncle Bakar.

Boboiboy masih lagi kelihatan terkejut dengan apa yang baru berlaku di dalam bilik itu tadi.

Mereka sedang menuju ke Academy M.A.T.A, untuk Boboiboy tinghal untuk sementara Waktu sementara tunggu khabar dari Jeneral.

Bakar : Selamat datang ke Academy!!!

Boboiboy : Waaaaa!!!

Boboiboy terpukau dengan keluasan dan kemordenan tempat itu.

Mereka berjalan menuju ke dalam Academy itu.

Beberapa Ejen Muda yang lain sedang berada di sana juga. Salah satu dari mereka berjalan ke arah Boboiboy.

Moon : Hai korang!!!

Alilicia : Hai Moon!

Moon : Macam mana dengan misi korang?

Para Ejen muda yang lain tak tahu pasal perkara tadi.

Ali : Baik! Ianya berjaya!

Moon : Wahhhh! Hebatlah! Macam mana dengan musuh baru ni?!

Alicia : Tak bahaya mana pun. Hanya sekumpulan Pak cik Pak cik Tua yang tak sedar diri je.

Moon : Pak cik tua? Haih, Pak cik tu tak ada kerja lain ke? Cari kerja yang halal ke, pergi umrah ke, masjk Universiti balik ke. Ni pergi buag kerja haram.

Bakar : Kan Moon, kan. Memang tak patut! Dah lah jual organ!

Moon : Jual organ?! Ewwwww, jahat nya!

Alicia : Biasalah, Manusia.

Moon : Kan kan kan. Hm?

Moon akhirnya melihat Boboiboy yang bersembunyi di belakang Uncle Bakar.

Moon : Hello! Selamat datang ke M.A.T.A! Abang ni siapa? Penceroboh ke?

Alicia mengetuk kepala Moon dengan tangannya.

Moon : Adeh!!!

Alicia : Ish kau ni! Hormat lah sikit! Dia tetamu kita! Dan kau dah lupa ke? Dia kan Boboiboy.

Moon : Oh, haahlah, lupa. Eheheheh. Eh, jap. Tetamu? Sejak bila kita ada tetamu?

Alicia : Haih..... sebenarnya..... dia tertahu pasal M.A.T.A.

Moon : Tertahu pasal M.A.T.A? Maksudnya....... BUDAK TOPI HODOH NI MASIH ORANG LUAR?!?!

Alicia mengetuk kepala Moon lagi.

Moon : Adeh!!!

Alicia : Diamlah. Nak satu Cyberaya dengar ke apa?

Moon : Hehe, sorry. Tapi betul ni, macam mana dia boleh tahu?

Moon memandang ke Boboiboy lagi, dengan pandangan macam Boboiboy ni penjenayah. Yang tentunya buat Boboiboy tak selesa.

Boboiboy : Jangan tengok aku macam tu boleh tak? Aku bukannya ada buat salah apa apa pun.

Moon : Kalau kau tak buat salah apa apa, macam mana kau boleh tahu pasal M.A.T.A? Ke kau ni pengintip musuh?!?!

Boboiboy : Bukan aku lah!!! Tiba tiba je nak fitnah orang!!! Kau ni dah kenapa?!?!

Hampir sahaja sisi Blaze Boboiboy terkeluar. Bukan Alicia sorang sahaja yang kena kawal emosi dia nampaknya.

Ali : Bukan Boboiboy. Alicia je yang terlepas cakap kat Boboiboy sampai tercakap pasal M.A.T.A.

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now