Misi : Rancangan

1.1K 138 45
                                    

Amato tinggal sementara di rumah Ali dan Ghazali, kerana mahu menjaga anaknya.

Dia tak dapat cuti lama pun. Cuma 3 hari sahaja. Esok malam, dia dah kena balik angkasa semula.

Lain kali dia kena guna bazooka pulak waktu nak minta cuti dengan dua Laksamana itu lagi nanti.

Biar dapat cuti banyak sikit.

Tapi, cara Amato sedikit, well, protective.

Dia tak benarkan Boboiboy bangun dari katil langsung, walaupun Ali yang terseliuh kaki, bukan dia.

Amato : Sayang duduk je ya? Biar Ayah yang ambilkan air untuk Boboiboy.

Boboiboy : Tapi Ayah, Boboiboy boleh jalan sendiri lah! Ali yang terseliuh kaki, bukan Boboiboy!

Boboiboy dah merengek dari tadi sebab tak suka diperlakukan macam bayi. Dia dah lawan banyak alien angkasa kot. Dah beberapa kali hampir mati.

Kena sedut lohong hitam lah.

Kena campak ke angkasa lepas lah.

Kena sedut hampir kesemua kuasa dia lah.

Ali pun hanya mampu bersweatdrop melihat dua beranak itu bergaduh mulut manja.

Amato : Tak de tak de. Alah, boleh lah, bukan selalu Ayah dapat manja dengan kamu~

Kuasa Blazenya hampir terkeluar, tapi dia cuba tetap sabar. Karang tak pasal pasal jadi kebakaran kali kedua pulak sebab dia.

Boboiboy : Fine. Boboy nak air rebina! Dua kotak!

Amato pun memberi tabik hormat, dan keluar dari bilik itu.

Ali : Er....... Ayah kau tu selalu macam ni ke?

Boboiboy kembali baring, dan mendengus sekali.

Boboiboy : Tak, dia tak macam ni pun.

Ali : Hah? Habis tu?

Boboiboy : Mungkin sebab akhirnya dia dapat balik agaknya. Kerja dia tu, memang sibuk sepanjang masa. Sampaikan...... dah tiga tahun dia tak datang jenguk aku kat kampung.

Boboiboy berguling membelakangi Ali, dan menarik selimut, membungkus dirinya.

Ali terdiam, hanya melihat belakang kepala Boboiboy.

Dia faham, memang bukan senang nak eratkan balik hubungan yang telah longgar akibat masa, tapi.....

Ali : Kau...... marahkan Ayah kau ke?

Mata Boboiboy membesar, sebelum, memusingkan kepalanya, memandang Ali.

Boboiboy tidak menjawap, tetapi malah menatap wajah Ali dengan riak wajah yang sama.

Ali : Jadi.... aku betul lah ni?

Ali mendengar sebuah keluhan datang dari arah Boboiboy, sebelum dia berpusing semula, membelakanginya.

Boboiboy : Aku..... tak tahu......

Boboiboy memeluk tubuhnya sendiri di dalam selimut.

Boboiboy : Aku cuma, aku tak tahu. Kami dah tak bertemu lama. Aku cuma, masih tak bersedia, nak berhadapan dengan dia lagi......

Ali mampu mendengar suara Boboiboy menjadi sayu dan serak. Ali teragak agak mahu bangun, dan pergi ke arah Boboiboy.

Boboiboy : Dia adalah hero paling hebat di mata aku, Ali. Dia lah sebab kenapa aku masih berlawan sampai sekarang. Idola aku dari kecil, yang sentiasa melindungi aku, jadi...... ayah yang terhebat dalam hidup aku......

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now