Misi : Kejutan Part 2

978 117 16
                                    

Entah sudah berapa lama waktu berlalu, tetapi pasti, mereka berdua berdiri di depan pintu bilik Alicia itu.

Boboiboy semakin rasa tidak sedap hati, kerana Alicia mengambil masa yang lama di dalam sana.

Boboiboy : Ali..... aku rasa tak sedap hati balik lah....

Ali juga rasakan yang sama, tetapi, untuk buatkan hati sepupunya itu lebih tenang, dia buat sambil lewa sahaja.

Ali : Alah, perasaan kau je tu. Ni Alicia je. Aku pasti tak akan ada benda tak baik berlaku.

Tak, dia tahu ada benda yang tak baik akan berlaku, tetapi dia tidak tahu apa itu.

Dia kenal Alicia lebih dari sesiapa, dan dia tahu yang kawan baiknya itu sedang rancang sesuatu, tetapi dia tidak tahu untuk niat apa.

Niat baik atau niat jahat? Siapa tahu.

Ali : Tapi, kalau betul ada benda yang buat kau tak suka berlaku, kau tampar muka diorang macam yang kau buat dekat aku hari tu.

Tersweatdrop pulak budak Boboiboy itu dibuatnya mendengar cadangan Ali.

Boboiboy : Kalau itu yang kau cadangkan, er......

Ali : Alah, jangan jadi baik sangat, Boboiboy. Kau tahu kan, diorang masih tak minta maaf dekat kau lagi. Bermaksud sekarang, selagi mereka tidak lunaskan hutang itu pada kau, mereka bukan kawan kau.

Ali tahu itu kedengaran kasar, tapi dia lebih kenal Ejen Muda lebih dari sepupunya itu.

Boboiboy tidak tahu apa yang mereka semua telah lakukan di masa lalu, jadi dia mahu lindungi Boboiboy dari semua yang dia lalui itu.

Boboiboy : Tapi.... tak ke tertalu kasar kalau macam tu? Diorang tu kawan kau, jadi.....

Ali : Tak apa, aku tahu apa yang aku lakukan. Kali ni, aku nak kau pertahankan pendirian kau sendiri. Dengar kata kepala kau kali ni. Kau marah kan? Kau nak mereka perbaiki kesalahan mereka kan?

Ali memegang bahu kiri Boboiboy, mahu Boboihoy berterus terang dengan dirinya sendiri.

Bukan apa, dia tahu, walaupun Boboiboy lebih tua darinya, tapi hati Boboiboy terlalu baik walaupun untuk dirinya sendiri.

Dia mahu Boboiboy mampu lihat dunia sebenar, dimana tiada sesiapa mampu jadi kawan kamu selamanya.

Sentiasa ada benda yang berlaku yang akan menyebabkan ikatan itu terputus, tidak kira secara sengaja ataupun tidak.

Boboiboy, well, Boboiboy. Walaupun Ali sudah mengatakan perkara itu, dia masih rasa bersalah, untuk membenci mereka.

Boboiboy : Ya, aku marah, tapi.......

Ali : Jadi itu dah cukup sebab untuk kau bencikan mereka. Jangan risau, aku tahu kau tak sukakannya, tapi ini hanya sehingga mereka minta maaf pada kau ok? Aku janji.

Suara Ali lembut, membuatkan Boboiboy tenang mendengarnya.

Boboiboy tiba tiba terketawa kecil.

Boboiboy : Pff-

Yang sejelasnya membuatkan Ali memandang Boboiboy pelik.

Ali : Kenapa kau tiba tiba ketawa pulak ni?

Boboiboy : M-maaf. Aku cuma, kelakar pulak tengok kau pulak yang bertingkah macam yang lebih tua sekarang ni.

Ali : Huh?

Ali tidak jangkakan respon itu daripada Boboiboy.

Tapi, bila dia fikir balik, ya, dia baru sahaja bertingkah macam abang abang tadi pada Boboiboy, walaupun dia lebih muda.

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now