Misi : Maaf

735 80 23
                                    

Semuanya berlaku dengan sangat pantas.

Tidak terasa sudah hampir dua bulan Boboiboy bersama mereka.

Lagi tiga hari, Boboiboy kena pulang ke Pulau Rintis semula.

Tetapi.....

Tengoklah apa yang dah berlaku sekarang.

Boboiboy terlantar di atas katil Ali, tidak sedarkan diri selepas dihilangkan ingatan oleh mesin milik M.A.T.A.

Jam sudah menunjukkan enam pagi. Empat jam selepas kejadian itu.

Nampaknya tenaga elektrik yang digunakan untuk mengeluarkan ingatan Boboiboy benar benar menguras tenaganya.

Ditampal juga beberapa plaster dan pembalut di badan Boboiboy.

Uncle Bakar sedar akan luka di badan anak buahnya itu semasa sedang menukarkan bajunya ke baju yang lebih selesa untuk tidur.

Uncle Bakar pun berfikir, apalah yang budak ni dah lalui sehingga terdapat pelbagai luka itu di badannya.

Seberapa teruknya keadaan itu sehingga dia terpaksa curi IRIS?

Uncle Bakar, Ali dan Viktor meninggalkan Boboiboy sendiri di rumah kerana perlu pergi ke sekolah.

.
.
.
.
.

Beberapa jam kemudian, sudah pukul sepuluh pagi.

Sudah waktu rehat di sekolah Ali.

Viktor dan Ali seperti biasa, bermain permainan video di kantin sekolah untuk menghabiskan masa bersama.

Viktor : Serang dia Ali! Serang dia!

Viktor bersemangat seperti biasa, tetapi Ali kelihatan tidak bersemangat.

Dia menekan butang random sahaja, yang berujung membuatkan mereka berdua kalah.

Viktor : Huh?

Viktor melihat ke arah Ali.

Ali hanya menutup gamennya, dan meletakkan tabletnya di atas meja.

Wajah Viktor kelihatan sayu. Dia tahu Ali masih sedih dengan apa yang telah berlaku pada sepupu kawannya itu.

Viktor : Ali....kau masih marah ke?

Ali meletakkan kepalanya di atas meja sambil mencuba untuk tidak bertatapan dengan Viktor.

Ali : Macam mana aku tak marah?

Viktor tidak salahkan Ali untuk marah kepada sepupunya itu. Memang Boboiboy ada salah juga dalam hal ni.

Viktor : Tapi Ali, mesti ada sebab-

Ali tiba tiba mengetuk tangannya pada meja kantin itu.

Ali : Kau faham ke tak situasinya sekarang ni, Viktor?! Dia dah curi ciptaan Mama aku! Benda tulah yang telah buat aku jadi apa yanga ku sekarang ni sehingga lah si misai lebat tu putuskan pisahkan aku dengannya. Lepas tu tiba tiba je dia ada hati nak curinya?!

Selamatlah Kantin itu memang sudah bising dari mula, jadi tiada yang perasan dengan apa yang Ali katakan.

Meja yang mereka duduk pun hanya ada mereka berdua sahaja.

Viktor faham perasaan Ali dalam situasi itu.

Bukan hanya ada dua pihak sahaja di dalam situasi itu.

Uncle Bakar, para Mentor dan Ketua Teras sendiri pun sama.

Mereka semua ada perspektif yang berbeza dalam perkara itu.

Termasuklah Ali.

Viktor mengusap belakang badan kawannya itu, mencuba untuk menenangkannya.

Viktor : Aku faham ma. Tapi mesti ada sebab yang baik kenapa dia curinya. Kau sendiri lihatkan seberapa banyak luka yang berada dekag badan dia tu. Dia mesti kena lawan seseorang yang kuat sehingga terpaksa pinjam IRIS. Macam yang dia kata sendiri, dia takut korang tak benarkan dia pinjam, sebab tu dia terpaksa mencurinya.

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now