Misi : Sambutan

1.1K 135 27
                                    

Keesokkan harinya, kelihatan Ali yang masih tertidur pulas di atas katilnya.

Turut juga Comot yang tidur di atasnya.

Dia memilih untuk tidak pergi ke sekolah hari itu. Uncle Bakar pun membenarkannya sahaja. Dia tahu perasaan budak tu tengah bercambur baur sekarang, dan tak sedia untuk hadap semua orang lagi dengan dirinya ketika itu sekarang.

Jam sudah menunjukkan pukul 1 petang, bermakna sekolah Ali sudah tamat untuk hari itu.

Kelihatan wajahnya sedikit basah. Mesti Ali menangis sampai tertidur sejak kejadian semalam.

Bukan dia tak mahu terima hakikat. Ianya cuma.... sukar.

Dia bahkan tidak mampu melihat Mamanya di saat saat terakhirnya.

Dia bahkan tidak mampu ucapkan selamat tinggal.

Bila dia mampu berjumpa dengan Mamanya kembali ketika di dalam IRIS, ianya seperti, semua masalah dalam hidupnya sudah hilang begitu sahaja.

Tapi.... korang tahulah apa yang terjadi.

Tiba tiba, telefonnya berbunyi. Comot yang tadinya tidur di atas Ali, terjaga dahulu akibat bunyi telefon tuannya.

Comot : Meow?

Comot melompat turun dari badan Ali, dan berjalan ke telefonnya. Dia ingatkan alarm biasa. Tetapi, bila Comot semakin mendekat, rupa rupanya, ianya isyarat dari M.A.T.A.

M.A.T.A memanggil Ali.

Comot : Meow!!!

Comot terus sahaja melompat kembali ke atas badan Ali, mencuba untuk membangunkan tuannya yang pemalas itu.

Comot : Meow! Meow! *lompat² atas badan Ali*

Ali : Adoi! Adoi!

Senak woh. Cara Comot berhasil. Terus sahaja Ali terbangun akibat lompatan tepat di perut Ali itu, banyak kali.

Ali : Ok, ok! Aku bangun! Janganlah lompat atas badan aku! Senak woi!

Comot : Meow meow (macamlah aku kisah) *buat muka malas layan*

Ali : Hm. *muka malas* Hah, kenapa kau kejut aku ni?

Terus sahaja Comot menunjukkan ke telefon Ali yang masih belum berhenti dari berdering. Bila dia mengambilnya, baru dia tahu yang M.A.T.A memanggilnya.

Ali : Alamak! M.A.T.A panggil aku! Aku tak mandi lagi!

Terus dia campak telefonnya ke udara. Selamat dia dah lakukannya hari hari, jadi telefonnya mendarat tepat tepat di atas katilnya. Dia berlari keluar bilik, ingin menyiapkan dirinya dulu.

Sebelum dia turun, dia sempat melihat ke Comot satu kali lagi.

Ali : C-Comot! Kau pergi lah M.A.T.A dulu! Nanti bila aku dah siap, aku ikut kau dari belakang!

Tak sempat Comot ingin membalas, Ali sudah berlari pergi. Ejen kecil Inviso itu pun hanya mampu mengeluh melihat perangai tuannya itu.

Comot : Meow, meow, meow *geleng kepala*

Mendengar arahan, Comot terus berlalu pergi ingin ke M.A.T.A dengan melompat ke bawah dari tingkap bilik Ali.

.
.
.
.
.
.

Hampir tergelincir di lantai bilik airnya tiga kali sekali gus, Ali berjaya menyiapkan dirinya, dan terus berlari ke pintu masuk M.A.T.A yang berada di sekolahnya.

Mengingati yang hari itu ada aktiviti rumah sukan, Ali mengambil kesempatan itu untuk memasuki kawasan sekolah walaupun dia tidak datang pada hari itu.

Keluarga Terdekat (Ejen AlixBoboiboy)Where stories live. Discover now