Part 53

1.2K 58 4
                                    

Lebih kurang 2 minggu lagi duedate untuk lahirkan baby pertama aku dengan Qayyum. Rasa berdebar sangat sebab pertama kali dan dalam masa yang sama tak sabar untuk lihat cahaya mata pertama mummy dan daddy.

Semoga baby sihat sihat saja bila keluar tengok dunia ini nanti. Mummy dan daddy akan jaga dengan penuh kasih sayang wahai anakku <3

Qisya menutup diary selepas meluahkan apa yang dia rasakan sekarang.

Qisya mengusap lembut perutnya. "Sayang.. harap kita dapat jumpa ye nanti" kata Qisya Humairah tiba tiba, dirinya rasa sebak tanpa sebab.

Semoga urusan bersalin dipermudahkan Aamiin..
.
.
.
Qisya memotong sayur sayur dengan cermat, setelah sekian lama tidak masuk ke dapur tapi harini tiba tiba dia rasa nak masak.

Setelah sejam berperang di dapur untuk menyiapkan makan tengah hari akhirnya selesai.

"Ayam masak kicap dan sayur goreng is done!" Sorak Qisya seronok apabila melihat hasil air tangannya.

"Abang ! Jom makan" jerit Qisya dari dapur.

"Wahhh isteri abang ke yang masak ni" soal Qayyum yang teruja melihat hidangan di atas meja tersebut.

"Iye laa takkan isteri jiran sebelah kita pula" balas Qisya selamba sambil mencedok nasi ke pinggan.

"Tapi rumah sebelah kita ni bujang" sakat Qayyum tanpa memandang wajah isterinya. Qisya sudah menjeling tajam ke arahnya.

"Cepat laa duduk sayang, abang dah tak sabar nak makan ni" kata Qayyum yang tidak kisah dengan jelingan tersebut.

"Yela yela" lalu Qisya duduk bertentangan dengan suaminya.

Satu suapan dimasukkan ke dalam mulut. Dan Qayyum terkejut dengan kesedapan masakkan isterinya.

"Sedapnya sayang! Wahhh kalau hari hari macam ni habis laa abang nanti boroi" puji Qayyum dan terus menyuapkan lagi ke dalam mulutnya

"Ada ada je abang ni, macam laa saya tak pernah masak sebelum ni. Habis sebelum ni masakkan saya tak sedap la ye ?" Soal Qisya dengan pandangan tajam.

Qayyum tersedak dengan soalan tersebut.

"Tak bukan maksud abang macam tu. Sebelum ni pun sayang masak sedap tapi harini perghh super sedap!" Puji Qayyum ikhlas.

Qisya Humairah hanya tersenyum saja melihat suaminya yang menjamah masakannya dengan berselera.

"Sayang tengok muka abang ni boleh kenyang ke ?" Selorah Qayyum lalu menatap wajah polos isterinya.

"Sayang suka tengok abang makan, bila lagi nak boleh tengok pun" balas Qisya dengan sengihan.

"Sayang ni, macam laaa abang ni makan setahun sekali je. Kejap lagi pun abang makan juga jadi jangan risau ye sayangku" selorah Qayyum lalu mencedok ayam peha ke pinggan isterinya.

"Kesian baby lapar tuu" sakat Qayyum lalu menyambung menjamah semula. Qisya Humairah tidak dapat henti senyum melihat suaminya ini.

Lalu Qisya terus menyuap nasi ke dalam mulutnya. Sedap !

-

Sedang sibuk melipat pakaian untuk ke hospital nanti tiba tiba perut Qisya sakit teramat sakit.

Qisya mengerang kesakitan yang dirasainya sekarang.

"Baby dah nak keluar ke ? Tapi duedate lagi dua minggu ergghh" Qisya memegang perutnya dan cuba untuk berdiri mendapatkan suaminya.

"Abang.. abang erghh"

Dalam masa yang sama Qayyum masuk ke dalam bilik. "Sayang ada movie..sayang awak kenapa niii ??" Soal Qayyum cemas.

"Sakit.." balas Qisya lemah.

SENIOR VS JUNIOR  Where stories live. Discover now