part 21

3.5K 199 0
                                    

Semua orang memandang ke arah seorang lelaki yang sedang berjalan mendaki tangga. Gayanya telah menarik perhatian gadis gadis.

"Wehh handsomenya !"

"Bapak arr handsome "

"Junior baru ke?"

Lelaki itu hanya tersenyum sahaja. Dia berjalan mendaki tangga untuk pergi ke pejabat. Dia baru mahu mendaftar masuk ke UITM apabila telah mendapat tawaran tersebut setelah lama dimohon.

Semasa dia ingin melangkah naik ke tangga tiba tiba.

"Aduh! "

Dia tersentak. Dia terlanggar orang!  Perempuan!  Dia melihat perempuan yang jatuh terduduk itu. "Awak okey?" soal lelaki itu.

"Okey apanya. Sakit tahu tak!" balas perempuan itu dengan garang. Dia mendongak kepala dan memandang lelaki di hadapannya. Tiba tiba jantungnya berdegup dengan laju. Dia tidak tahu kenapa. Dia melihat wajah lelaki itu. Seperti dia kenal sebelum ni tapi siapa ? Dimana ?

Qayyum terkedu melihat perempuan dihadapannya.

Qisya ?

Dia tidak berhenti memandang Qisya walaupun Qisya sudah berdiri di hadapan. Qisya mula mengelabah.

Kenapa dengan Mamat ni. Tetiba diam.  Orang yang lalu lalang disitu dihiraukan oleh Qayyum. Qisya sudah malu apabila dipandang oleh mereka.

"Qisya?" terus Qisya memandang Qayyum apabila namanya disebut. Hah? Di kenal aku ke? Atau aku salah dengar? 

"Qisya right ?" soal Qayyum lagi untuk kepastian. Dia sudah tersenyum lebar. Kalau boleh ingin saja di memeluk gadis dihadapannya itu. Tapi dia masih lagi waras dan tahu haram halal ni.

"Yaa.. Awak kenal saya ke?" soal Qisya dia menggaru kepalanya yng tidak gatal itu. Pelik firstday masuk Universiti dah ada orang kenal. Kembang sebelanga jap. Getus hati Qisya.

"Qisya Humairah binti Hamid ?"

Qisya terkejut. Wahh nama penuh aku pun dia tahu ? Daebak! 

"Awak kenal saya ke? Kita pernah kenal ke ?" Qisya sudah mula pelik. Ke dia orang psiko eh ? Getus hatinya. Qisya sudah mula berfikir macam macam berkenaan jejaka dihadapannya.

"Awak tak kenal saya ke? Qayyum?" soal Qayyum dengan nada yang sedih. Sekian lama dia menahan rindu akan Qisya. Dan akhirnya dia dapat bertemu semula dengan buah hatinya dalam situasi yang seperti dulu. Tapi sungguh sedih sebab Qisya tidak dapat mengingatinya.

"Qayyum?" soal Qisya. Dia berasa seperti pernah mendengar nama itu. Dan seperti tahu nama itu. Tapi di mana? Dia cuba mengingat semula. Tapi tak boleh. Tiba tiba otaknya berdenyut. Sakit. Dia memegang kepalanya dan terus pengsan.

Qayyum sudah mengelabah. Dia meminta pertolongan dengan orang yang kebetulan berjalan disitu. Mereka membawa Qisya ke bilik rawatan.

"Qisya.."

***

"Macam mana Qisya boleh pengsan ni? " soal puan Juliana dengan keadaan yang risau. Macam mana tak risau. Firstday masuk universiti dah pengsan. Mereka mendapat panggilan daripada pejabat. Puan Juliana laa orang pertama yang paling risau. Dan mereka terus membawa Qisya balik ke rumah.

Qisya diam seketika. "Biarla dia rehat dulu awak ni Jue" kata Encik Hamid. Puan Juliana hanya menghembus nafas dengan perlahan. Puan Juliana dan Encik Hamid bangun dan mahu keluar dari bilik Qisya.

"Ibu.. Ayah.." panggil Qisya. Mereka menoleh pandang Qisya. "Ya? Qisya nak apa apa ke?" soal Puan Juliana. Encik Hamid hanya memandang shaja.

"Siapa Qayyum?"  soal Qisya. Puan Juliana dan Encik Hamid terkejut dengan soalan Qisya. Adakah Qisya sudah ingat ke semuanya? Tapi kalau dia ingat kenapa dia tanya mengenai Qayyum?

SENIOR VS JUNIOR  Where stories live. Discover now