part 28

3.2K 173 0
                                    

Qisya duduk di cafe yang disediakan oleh pihak Univeraiti sambil menyedut minuman yang dipesannya tadi.

"Qisya"

Qisya memandang arah orang yang menegurnya. Terus Qisya terkaku. Kenapa dia cari aku lagi!

"Boleh saya duduk?" pintanya.

Qisya hanya mengangguk dan memandang ke arah lain. "Qisya boleh nak tanya satu soalan?" soal Qayyum . Matanya tak berhenti memandang wajah yang dirinduinya selama 4 tahun.

"Apa?"

"Qisya ingat perkataan ni?" soal Qayyum untuk berteka teki dengan Qisya. Qisya mengerut dahi. "Perkataan apa?"

"Lenga hangit budak hingusan."

Qisya terkedu mendengar empat patah perkataan tu. Perkataan yang dilempar kepada Qayyum masa sekolah menengah dulu !

Ya Allah kenapa Qayyum ingin menyeksa hatinya. "Qisya?"

Lamunan Qisya mati. "Ya?". Qayyum hanya mengeleng sahaja. "Qisya ingat tak perkataan tu hah?" soalnya lagi

Qisya terdiam. Apa perlu dia jawab. "Emm tak"

Qayyum mengeluh. Qisya berasa sangat bersalah terhadap lelaki di hadapanya. Tapi dia terpaksa! Maafkan Qisya Qayyum!

"Qisya. Boleh saya tanya sesuatu?" Qisya duduk dengan tidak senang sekali. Haduh dia nak tanya apa pulak ? Getus hati Qisya

"Betul ke Qisya tak ingat Qayyum lagi?" Qisya terkejut dengam soalan tu. Tak habis habis dengan soalan tu. Sampai nak tipu pun tak sampai hati.

"Emm ya" balas Qisya dengan ringkas. Ya Allah apa perlu aku buat sekarang ni? Doa Qisya dalam hati.

"Are you serious Qisya Humairah?" soal Qayyum dengan nada yg agak serius. "Yaa." Qisya tidak tahu mahu balas apa lagi.

"Tipu"

Qisya terkedu. Qayyum sudah tahukah? Qisya memandang Qayyum. "Kenapa awak kata macam tu?" soal Qisya dengan tenang. Tetapi di dalam hatinya sesangat la gemuruh seperti mahu ambik kerusi pastu hentak kepala Qayyum dan lari.

"Qisya dah ingat Qayyum kan?" desak Qayyum lagi. Dia mahukan kebenaran.

Qisya dah kelihatan seperti mengelabah. Apa perlu aku buat ??? Qayyum please stop it!

"Qisya. Kenapa?" soal Qayyum dengan muka yang jelas kelihatan sedih.
Air mata Qisya hampir mengalir keluar dari tubir mata. "Stop it Qayyum!" Dan akhirnya air mata mengalir juga.

Qayyum melihat riak Qisya. Bermakna betul la Qisya sudah mengingatnya.
"Kenapa Qisya tipu Qayyum?" soal Qayyum. Dia masih tidak puas hati. Kenapa Qisya sanggup menipu dirinya?

"Qisya terpaksa Qayyum.Qisya tak nak Qayyum sedih dan sakit sebab Qisya" luah Qisya. Tangisan dia tidak mampu bertahan lagi. Air matanya bagaikan air terjun yang mengalir dengan deras.

"Apa maksud Qisya?" soal Qayyum. Dia tidak dapat faham. "Qisya dah tak sayang Qayyum?" soalnya. Qayyum terus mendesak Qidya dengan pelbagai soalan.

Apa perlu dia jawab. Sejujurnya dia masih sayangkan Qayyum. Dia rindu akan jejaka di hadapan. Tapi jika dia kata sayang bermakna dia memberi harapan pada Qayyum. Jika dia balas tak sayang. Mungkin Qayyum akan meninggalkan dirinya.

"Ya! Qisya dah tak sayangkan Qayyum. Sayang cinta Qisya pada Qayyum hilang bila Qisya amnesia. Sekarang ni Qisya hanya sayang dan cinta pada seorang lelaki sahaja." balas Qisya bersama tangisan. Jelas Qayyum terkejut. Qisya dah tak sayangkan dirinya lagi? Ya allah aku tak mampu kehilangan orang yang dirinduinya selama ini.

"Naufal?" soal Qayyum. "Yes. Dan kitaorang akan bertunang pada minggu hadapan." balas Qisya. Dia mengumpulkan lagi kekuatan untuk membalas segala soalan Qayyum.

"Sampai hati Qisya. Qisya tahu tak Qayyum menderita rindukan Qisya selama ni? Qayyum rasa macam kehilangan sesuatu yang amat berharga pada hidup Qayyum. Tapi Qayyum yakin suatu hari pasti Qayyum akan jumpa Qisya dan akan jalinkan hubungan seperti dulu. Tapi sebaliknya tak." balas Qayyum dengan sebak. Sungguh dia berasa sangat sedih. Bidadari yang ditunggu selama ini pergi begitu sahaja?

Qisya menangis lagi tanpa henti. "Tolong lupakan Qisya.Demi masa hadapan"

Qayyum menunduk. "Tapi kenapa Qisya berpura pura tak ingat Qayyum hah?" soal Qayyum lagi. Qisya mengelap air mata dengan jari runcingnya."Qisya taknak Qayyum sakit bila tahu Qisya akan bertunang dengan orang lain. Sedangkan kita pernah bercinta masa sekolah dulu. Tapi Qisya pegi tinggalkan Qayyum macm tu saja. Bila Qisya dah ingat Qayyum,Qisya tahu mesti Qayyum sedih kan bila Qisya tiba tiba je ke luar negara. Jadi baik Qisya teruskan berpura lupa ingatan semua ni" balas Qisya dengan panjang. Air matanya semakin kering.

Qayyum terdiam mendengar penjelasan Qisya. Ya memang dia sangat sedih bila tahu Qisya ke luar negara. Dan dia sakit bila tahu ada lelaki lain yang dapat mengambil sebentuk hati Qisya yang pernah dimilikinya 4 Tahun dahulu.

"Tapi Qayyum tak dapat lupakan Qisya" Rintih Qayyum. Bukan senang dirinya hendak melupakn First love

"Just forget it. Qisya minta maaf sebab tipu Qayyum. Qisya terpaksa supaya tiada siapa yang sakit atau kecewa" balas Qisya dengan tenang. Cuba tidak mahu menangis lagi.

"Terpaksa atau tak. Qayyum memang dah sakit Qisya." Balas Qayyum dengan nada sedih. Dia menunduk ke bawah lantai.

"Kalau tu yang Qisya nak. Ok " balas Qayyum lagi. Qisya memandang Qayyum. "Ha?"

"Qayyum tak akan ganggu Qisya lagi. Sebab siapa Qayyum untuk memaksa Qisya" Qayyum terus bangun tanpa menoleh Qisya. Dia sakit sehinggakan air matanya keluar. Ya dia menangis.

Dia beredar dari situ supaya Qisya tidak nampak yang sekarang dia sedang menangis. Qisya hanya memandang Qayyum sehingga figura Qayyum hilang daripada pandangannya.

Qisya minta maaf. Air matanya gugur sekali lagi.

Tapi macam mana Qayyum tahu semua ni?

Alia !

Jangan lupa vote,comment and share ❤

SENIOR VS JUNIOR  Where stories live. Discover now