part 2

7K 332 5
                                    

"Weh Qisya asal kau marah dia macam tu ? Sian dia malu" Qisya merenung tajam ke arah Alia. Alia berpihak kepada lenga hangit tu ? Siapa kawan dia sebenarnya. Soal hati Qisya dengan amarah.

Alia hanya menelan air liur selepas melihat pandangan tajam daripada Qisya Humairah. Fuh kalau Qisya marah memang tiada siapa berani bercakap dengan dia. Garang bebenor si Qisya Humairah binti Hamid ini.

Qisya cuba menenangkan dirinya dengan duduk dan meminum air kosong. Beberapa saat Qisya mula reda. Beberapa minit kemudian guru kelas masuk ke kelas 4 Teknologi Maklumat itu.

***

"Qisya kau marah aku lagi ke? " Qisya hanya mendiamkan diri sahaja dengan soalan Alia. "Sorry la weh. Aku tak maksud nak backup dia." pujuk Alia sambil membuat muka comel pada Qisya.

Qisya tersenyum melihat gelagat rakannya yg sorang ini sambil mengeleng. "Ya ya aku maafkan" jawab Qisya sambil senyum.

"Kau nak makan apa ? " soal Alia. Jannah ? Dia tak ada sebab dia pergi  berjumpa cikgu di bilik guru.

"Macam biasa la. Roti sosej !" jawab Qisya lalu beratur untuk membeli makanan. Manakala Alia pergi membeli nasi lemak berlaut sambal ayam.

Qisya menjijat kakinya untuk melihat apa yg terhidang di meja kantin itu.
Qisya lihat roti kegemaran nya hanya tinggal lagi satu ?!  Qisya berdoa agar tiada sesiapa yg ambil. Sampai pada gilirannya, dia senyum bahagia sebab akhirnya dia mendapat roti sosej itu. Yeay !

Tapi kebahagiannya hanya sementara sahaja kerna semasa dia ingin mengambil roti tersebut mengunakan penyepit yang disediakan. Tiba tiba ada tangan yang ingin mengambil roti itu juga ! Qisya melihat lengan tersebut lalu beralih ke wajah pemilik tangan tersebut Qisya terkedu. Dia ?!

Rupanya lelaki yang hendak mengambil roti sosej itu adalah Qayyum a.k.a lenga hangit. Dia pun tak tahu asal dia panggil  Qayyum dengan gelaran macam tu.

Dia cuba merampas roti itu. Tetapi Qayyum juga mencuba untuk merampasnya. Mereka berebut inginkan roti sosej. "Woi aku yang dapat dulu ok" kata Qisya dan mengambil roti sosej tersebut,memang agak kasar panggilan dia. Tapi itulah Qisya Humairah.

"Apa woi woi ingat mak bapak aku tak bagi nama ke ? Dan roti ni aku yang nampak dulu" balas Qayyum yg mencuba untuk mengambil roti sosej itu. Aku tak akan kalah dengan kau la ! Getus hati Qayyum sambil memandang tajam ke Qisya Humairah.

Qisya mengigit bibirnya. Eh jantan ni kan pikir aku nak berlembut dan mengalah?  No way lah!  Ni Qisya Humairah lah hmph ! Getus hati Qisya sambil memandang tajam ke arah Qayyum.

"Haih apa gaduh gaduh ni ? " tegur makcik kantin yang dari tadi melihat pergaduhan tersebut,mujur tiada aksi tarik menarik rambut dan tudung.

"Dia ni makcik, saya yang dapat dulu roti sosej nih. Pastu sesuka hati dia je kata dia dapat dulu" bebel Qisya sambil menunjuk ke arah Qayyum. "Eh Minah ni. Kau memang kan. Aku yang dapat dulu" balas Qayyum sambil menunjukkan penumbuk dekat Qisya. Masing masing tidam mahu mengalah.

Qisya hanya buat muka tidam hairan. Pikir aku takut dengan penumbuk kau. Aku pun ada lah ! Getus hati Qisya.

"Jangan la gaduh. Orang tua tua cakap kalau asyik bergaduh itu namanya jodoh" tegur makcik kantin sambil ketawa kecil. Orang disekeliling mereka pun turut ketawa. Qayyum dan Qisya mula malu. Haish apa la makcik ni.

"Kamu ni umur berapa? " soal makcik pada Qayyum. "Erm saya tingkatan 3" balas Qayyum sambil senyum nipis. Orang tanya umur dia jawab tingkatan (_^_) tak paham bahasa. Hehe maaf maaf

"Oh muda lagi. Em elok la kalau kamu beralah dengan perempuan. Lagi pon dia ni tua dari kamu" Qayyum terkejut dengan kata kata makcik tu. Oh yes !  Makcik tu back up aku! Tapi aku tak tua lagi. Baru umur 16 tahun cek oii. Getus hati Qisya sambil tersenyum.

Qayyum lihat muka Qisya Humairah yang keseronokan sambil tersenyum. Huh Gila ! Senyum sorang sorang. Qayyum menayangkan muka menyampah.

"Emm baik lah makcik. Betul cakap makcik ni. Kita perlu beralah dengan orang TUA " Qayyum sahaja menekankan perkataan tua itu sambil lihat Qisya.

"What?!  Huh.. Em tak apa janji aku dapat roti sosej nih " balas Qisya sambil memegang plastik yang berisi roti sosej. Dia menjelir pada Qayyum. Puas hati. Padan muka budak hingusan ! 

"Ermm ambik laa makan banyak banyak biar gemuk ! " kata Qayyum yang mengambil sandwic dan membayarnya lalu dia terus beredar dari situ. Mata Qisya terkebil kebil dan dia malu apabila Qayyum kata begitu pada dia. Qisya menghentak kaki lalu dia beredar dari situ selepas membayar.

"Hoi asal lambat hah?  Aku dah nak habis makan nasi ni" kata Alia sambil menyuap nasi kedalam mulutnya.
"Aku gaduh dengan budak hingusan tu" balas Qisya lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Alia. Dan dia mengigit roti sosej itu sedikit demi sedikit. "Hah? Budak hingusan mana pulak?" soal Alia sambil meminum air sirap.

"Qayyum la ! " marah Qisya masih tersisa,dia kata aku gemuk ? Alia hampir tersedak meminum air sirap itu. "Woi !  Pengotor ! Habis tersembur laa. Nasib tak kena roti sosej aku ! " marah Qisya lalu menginjak ke belakang.

Alia mengelap mulutnya. "Sorry sorry. " tindak balas refleks okeh. "Bukan kau panggil dia lenga hangit ke ?" soal Alia yang kehairanan.

"Emm suka hati aku laa nak panggil apa pun" balas Qisya lalu memakan rotinya dengan geram. "Mana Jannah ? Tak habis lagi ke jumpa cikgu?" tanya Qisya apabila sudah selesai makan. "Dah. Dia pergi beli air. Dia kata malas nak makan. Nanti bunyi loceng pulak. " balas alia lalu dia pergi ke singki untuk membasuh tanganya. Qisya hanya mengangguk sambil melihat pelajar lain yang mula berjalan ke arah kelas mereka

Jangan lupa vote,comment and share ❤

SENIOR VS JUNIOR  Where stories live. Discover now