part 48

1.8K 99 3
                                    

Pejam celik sudah genap 2 bulan perkahwinan Qisya Humairah bersama Qayyum, masa berlalu dengan pantas seperti mencemburui detik detik indah mereka bersama.

Pasangan sejoli sedang leka menonton movie di yang disiarkan di televisyen. "Abang, saya rasa tak sedap badan laa lately ni" ngadu Qisya pada suaminya yang ralit menonton movie.

"Sayang demam ke?" soal Qayyum sambil telapak tangannya diletakkan di dahi isterinya. Tak panas pun.

Qisya mengeleng sambil mengerut dahinya tiba tiba dia terasa loya dan terus berlari ke sinki dapur. Qayyum yang melihat menjadi cemas lalu bergegas ke Qisya yang sedang muntah di sinki.

"Awak ada salah makan ke? Tadi awak makan apa? Awak check tak expired makanan tu? Atau awak ada alahan?" bertalu talu soalan yang keluar dari mulut Qayyum sambil menggosok belakang badan Qisya Humairah.

Qisya hanya menggeleng kerana tekaknya tak mampu mengeluarkan suara tambah pula badannya terasa lemah. "Kita pergi klinik ye?" soal Qayyun dengan nada yang cemas, risau jika berlaku apa-apa terhadap isterinya.

Qayyum memimpin Qisya masuk ke bilik dan membantu Qisya menukarkan pakaian memandangkan Qisya terlihat tidak larat untuk melakukan semua itu.

***
"Tahniah, Puan Qisya pregnant 2 minggu" ucap Doktor Amira sambil tersenyum. Jelas riak kegembiraan pada muka pasangan muda ini.

Qayyum tidak henti mengucapkan Alhamdulillah serta memeluk isterinya. Qisya juga turut gembira kerna tidak menyangka bahawa ada makhluk kecil sedang bernyawa di rahimnya, Alhamdulillah.

"Tapi Puan Qisya perlu menjaga kesihatan serta pemakanan sebab kandungan masih awal, dan elak daripada buat kerja berat berat ye" Pesan doktor Amira yang tidak lupa melemparkan senyuman sekali gus.

"Baik doktor, saya akan halang isteri saya daripada buat kerja" balas Qayyum yang masih gembira dengan berita yang disampaikan oleh doktor beberapa minit lepas.

Doktor Amira ketawa kecil melihat telatah pasangan muda tersebut. Qisya Humairah hanya angguk tersenyum. "Terima kasih doktor" ucap Qisya kepada doktor lalu mereka bangun untuk beredar.

Sedang Qisya ingin membuka pintu klinik untuk keluar tapi sempat dihalang oleh Qayyum. "Aipp biar abang yang bukakan" kata Qayyum sambil tersengih.

"Haish buka pintu je pun, awak ni" kata Qisya sambil menggeleng melihat tingkah laku suaminya.

"Buka pintu pun gunakan tenagakan?" balas Qayyum sambil memimpin Qisya berjalan kearah kereta mereka. "Alaa takde nak guna banyak tenaga pun, poyo laa abang ni" balas Qisya sambil ketawa kecil. Tak rileks betul la suami aku ni, getus hati Qisya Humairah.

"Sayang terima kasih tauu sebab mengandungkan anak kita" ucap Qayyum dengan romantik sambil memegang tangan isterinya serta dikucup tapi matanya tetap fokus  dalam pemanduan.

Qisya hanya tersenyum lalu menggosok tangan Qayyum yang sedang memegang tangan kanannya. Dia terasa bahagia saat ini, dia mahu merasakan kebahagiaan ini sehingga hujung nyawanya. Terima Kasih ya Allah atas kurniaanMu ini, izinkan aku merasa kebahagian ini sehingga hujung nyawaku. Doa Qisya Humairah lalu memandang suaminya yang masih dengan senyuman kegembiraan itu

"Sayang nak singgah mana mana tak? Nak makan apa apa ke?" soal Qayyum yang memberhentikan keretanya apabila melihat lampu isyarat bertukar warna merah.

"Ermm... Buat masa sekarang ni saya tak rasa nak makan apa pun, just nak rest jee" balas Qisya dengan lembut, sungguh dia berasa badannya lesu mungkin ini adalah fasa pertama dalam hamilan.

Sebelum ini dia hanya melihat ibu ibu mengandung menceritakan alahan mereka di media sosial, sekarang ini giliran dirinya pula merasakan semua ini. Qayyum hanya mengangguk.

SENIOR VS JUNIOR  Where stories live. Discover now