part 7

4.9K 323 0
                                    

"Assalamualaikum "

"Waalaikumussalam.. Ha sampai pun" kata Encik Hamid lalu bersalam dengan encik Hashim. "Qisya.. Jue ni tetamu dah datang. Sila la masuk " pelawa encik Hamid kepada encik Hashim sekeluarga.

Qisya berjalan ke arah ayahnya dan dia terkedu apabila melihat Qayyum. Qayyum yang leka bermain telefon pintarnya juga terkedu apabila melihat Qisya di hadapan nya.

"Kau?" soal Qisya sambil mengangkat kening sebelah. Qayyum hanya mendiamkan diri sahaja. Lidahnya kelu untuk bercakap. "Aik Qisya kenal dengan anak kawan ayah?" soal Encik Hamid pada anak bongsunya. "Haah kenal macam tu je" balas Qisya sambil menggaru kepalanya yang berlapik kan tudung yang berwarna ungu muda. Sesuai dengan kulit Qisya Humairah.

"Dah jom kita ke meja makan. Isteri aku dah masak siap hidang  tu" pelawa Encik Hamid sambil menepuk bahu encik Hashim. Encik Hashim dan puan Maria hanya senyum dan mengangguk lalu mereka berjalan bersama ke ruang makan.

Suasana sunyi semasa makan malam. Qisya makan bertentangan dengan Qayyum. Qisya hanya menunduk sahaja tidak berani hendak mengangkat mukanya kerana malu.

"Qisya tingkatan berapa sekarang? " soal puan Maria tiba tiba memecahkan rasa kesunyian itu. "Emm tingkatan 4 aunty" balas Qisya sambil memberikan senyuman yang manis.

Qayyum melihat senyuman Qisya. Hatinya tidak tenteram. Jantungnya berdegup laju. Dia tidak tahu kenapa. Tetapi dia cuba untuk menyembunyi riak wajahnya.

"Ohh tua setahun daripada Qayyum" balas Encik Hashim sambil meneguk air bandung. "Ha macam mana Qisya boleh kenal dengan anak kawan ayah ?" soal encik Hamid sambil mengambil lauk ayam masak merah.

Qisya hampir  tersedak dengan soalan ayahnya. Kenapa ayah tanya time ni. Haduh aku nak jawab apa. Getus hati Qisya. Dia melihat Qayyum. Amboi mamat ni makan nasi tak pandang orang lain dah! Getus hatinya lagi sambil memandang Qayyum.

"Ermm Qayyum kan pengawas sekolah pastu atlet. Qisya kenal macam tu je laa" balas Qisya sambil senyum.

***

Encik Hashim dan Encik Hamid rancak berborak di ruang tamu. Kadang kadang ketawa. Apa yg lawak pun tak tahu laa. Manakala Puan Juliana dan Puan maria sedang berada di dapur. Tolong kemas.

Aku ? Di luar rumah. Malas nak menyampuk orang tua tua sembang. Getus hati Qisya Humairah. "Termenung apa tu ?" Qisya terkejut dengan sapaan dari belakang.

Qisya menoleh ke belakang dan menoleh semula ke depan. Malas nak layan, Nanti orang tu ingat aku suka dia pula. Getus hatinya.

"Aku minta maaf pasal petang tadi. Aku tak sengaja tar.." belum sempat Qayyum habiskan katanya Qisya terus memotong. "Dah stop aku tak nak ingat perkara tu. Malu tahu tak" balas Qisya tanpa memandang Qayyum

Qayyum terkejut dengan jelingan maut dari Qisya. Qisya dapat melihat Qayyum menelan air liur kerana halkumnya bergerak.

"Erm aku nak tanya kau sesuatu ni" soal Qisya dengan tiba tiba. Qayyum hanya mendiamkan diri sahaja sambil mengangguk. "Apa maksud kau. Jantung kau nak berhenti bila nampak aku hampir langgar dengan moto." soam Qisya yang masih tidak berpuas hati.

Qayyum terkaku dengan soalan tu. Lidah dia menjadi kelu untuk sekali lagi.
Aduh apa aku nak jawab ni. Tu la kau Qayyum kenapa cakap macam tu ! Getus hati Qayyum.

"Hello" tangan ku melambai lambai di hadapan muka Qayyum. "Emm aakuu.. "

"Qayyum dah jom balik. Dah lewat ni" ajak Encik Hashim setibanya di pintu rumah itu. Mereka berdua beralih ke belakang sama sama.

"Aku balik duluu" kata Qayyum lalu beredar dari situ. "Weyy kau tak..." belum sempat Qisya nak habiskan ayat tiba tiba ibunya datang. "Qisya pergi solat. Lepastu tidur ya. Esok kan nak ambil abang Paan kat airport " kata ibu sambil memegang bahu QisyaQisya hanya mengangguk sahaja.

Kereta BMW berwarna hitam milik Encik Hashim sudah pun meluncur keluar dari pagar rumah Encij Hamid. Kenapa dia lambat cakap. Getus hati Qisya sambil mencebik lalu melangkah kaki masuk ke dalam rumahnya.

***

"Qisya bangun solat lepastu cepat bersiap. Kan nak pergi ambil Abang Paan" Puan Juliana mengejut anak bongsunya. Kalau tidak dikejutkan mahu terlepas subuh nanti. Sudah besar pun masih tidak dapat bangun sendiri. Getus hati Puan Juliana.

Qisya terus bangun dan pergi ke bilik air untuk mengambil wuduk lalu menunaikan solat subuh.

Qisya memakai baju Tshirt yang berwarna hitam berlogo kumpulan kpop iaitu Got7. Ya memang Qisya Humairah ini seorang kpoper. Lalu Qisya memakai seluar jeans yang berwarna biru gelap dan Qisya juga memakai tudung bawal yang berwarna hitam.

Selepas bersiap Qisya mengambil lipbaml dan calit di bibirnya agar bibirnya tidak lihat seperti pucat. Qisya mengampai  bag galasnya yang berwarna biru.

Qisya menuju ke ruang tamu. Encik Hamid dan puan Juliana sudah pun menunggu.Mereka bercadang untuk bersarapan diluar bersama Farhan.

***
"Ibu mana abang paan ni ? Dah 15 minit kita tunggu" rungut Qisya. Kakinya sudah lenguh berdiri. "Kejap laa nanti sampai la tu" balas ibunya sambil melihat disekeliling.

"Ibu ! Ayah !" mereka semua memandang ke arah suara itu."Ha tu abang paan dah sampai" Qisya melihat ada orang melambai lambai ke arah mereka.

"Abang paan!" Qisya sungguh teruja berjumpa dengan abang kesayangannya. Setelah sekian lama abangnya tidak pulang ke tanah air.
Farhan menuju ke arah mereka. Lalu dia bersalaman dengan ahli keluarganya.

Akhir sekali Farhan memeluk adik kesayangannya itu Qisya. "Kenapa lambat ? Kitaorang lama tunggu tahu tak ? Dah la tak sarapan lagi" rungut Qisya selepas meleraikan pelukan itu.
"Alala adik abang lapar eh. Dah jom kita pergi makan" kata Farhan sambil mencubit pipi Qisya.

Qisya mendengus geram. Encik Hamid dan Puan Juliana hanya mengeleng sahaja dengan perangai anak anak mereka. Mereka keluar dari airport bersama sama dan menuju ke kereta.

Selesai sarapan di sebuah kedai makanan mereka terus pulang. Kerana Farhan mahu berehat dahulu setelah lama duduk di dalam kapal terbang. Lebih kurang 5 jam. Sebenarnya sis tak tahu. Sis hantam jer berapa jam 😂mohon jangan kecam sis 😂

***

Qayyum duduk di hujung katil. Soalan yang ditanya oleh Qisya semalam masih bermain main di fikiranku ."Kenapa kau kata jantung kau nak berhenti masa aku hampir dilanggar oleh moto" . Soalan itu yang bermain main di fikirannya.

Qayyum mengambil tefon pintarnya yang berada di atas bantal dan membuka aplikasi instagram.

Qayyum menaip nama Qisya Humairah. Dan ya jumpa ! Tapi dia buat private account. Followers instagram Qisya Humairah boleh tahan banyak juga 6.7k,getus hatinya.Qayyum teragak agak mahu request  atau tak. Tiba tiba jarinya tertekan request dan hanya membiarkan sahaja.

Beberapa minit kemudian.

@Qisyaaaa accept your request.

"Dia accept aku ? Oh yes ! " Qayyum tersedar dari perbuatannya. Lalu dia beristighfar. "Kenapa dengan aku ni ?" Sedikit demi sedikit Qayyum berasa dirinya pelik apabila berkenaan Qisya. Adakah itu semua cinta ? 

Jangan lupa vote,comment and share ❤

SENIOR VS JUNIOR  Where stories live. Discover now