part 9

4.7K 270 15
                                    

6 bulan dah berlalu. Rasa sekejap sahaja. Tak lama lagi aku akan menghadapi peperiksaan akhir tahun untuk tingkatan 4.Macam mana keadaan aku dengan Qayyum?  Hmm macam tu juga laa. Kadang kadang kalau jumpa buat tak kenal. Kadang kadang kalau jumpa gaduh. Sedang ralit termenung tiba tiba

Pap !

Qisya terkejut apabila ada orang menampar kepalanya dari belakang. Aku sungguh pantang kalau ada orang main main kepala aku nih! Gerutu hatinya.

Qisya beralih ke belakang. "Haish. Kau pehal hah? Aku tak cari pasal dengan kau pun!" Qisya membaling air kotak yang sudah habis diminumnya ke arah Qayyum.

"Woi buang sampah merata.!" tegur Qayyum sebagai seorang pengawas sekolah. Qisya hanya membuat muka selamba sahaja. Qayyum duduk berhadapan dengannya

Eh eh dia ni dah kenapa pulak duduk sini! Nanti tak pasal pasal jadi bahan gosip sekian lama tak berputik. Gerutu hati Qisya sambil memandang ke arah lain.

"Aku nak cakap sesuatu kat kau ni" kata Qayyum secara tiba tiba. "Emm apa?" soal Qisya tanpa melihatnya. "Sebenarnya..." sengaja Qayyum meleretkan kata katanya. Qisya hanya buat tidak endah apa yang ingin diberitahu oleh Qayyum.

"Aku suka kau !" kata Qayyum sambil dia menutup rapat matanya. Qisya tersedak air liur. Hah ? Apa yang dia kata tadi. Bukan ke baru tadi dia cari pasal ke dengan aku? Atau aku silap dengar.

Aku masih lagi menjadi patung yang bernyawa selepas mendengar kata kata Qayyum tadi. Qayyum membuka matanya dengan perlahan dan melihat Qisya Humairah yang seperti patung lagaknya.

"Kau dengar tak oi" tegur Qayyum membuatkan Qisya ke dunia yang realiti. Aku berkhayal ke tadi ? Soal hati Qisya. Eh tapi aku rasa macam betul."Kau kata apa tadi wey ?" soal Qisya untuk kepastian.

Qayyum memandang ke dalam mata Qisya dengan renungan redup. Jantung Qisya berdegup dengan laju tak berhenti henti. Nafas mula tidak teratur.

"Wahh buat date eh" tegur seseorang. Mereka melihat ke arah suara itu. Dan Qisya bernafas lega bersyukur kerana dia datang tepat waktunya. Alia ! Qisya terus bangun dan merangkul lengan Alia untuk beredar dari situ. Alia terpinga pinga.

"Weh kau dah kenapa. Tergesa gesa je"  Qidya hanya mengedahkan sahaja soalan Alia. Apa yang penting sekali aku dapat melarikan diri. Malu menguasai diriku sekarang. Gerutu hatinya.

Qayyum?  Ah lantak la dia.

***

"Assalamualaikum "

Qayyum masuk ke dalam rumah dengan tenang. Kerana dia puas hati selepas meluahkan isi hatinya kepada Qisya

Ya perasan itu muncul selepas dia terlanggar dengan Qisya untuk pertama kali. Dan dari situ laa dia mencuba mendekati Qisya dengan cara mengacau dia. Haih laa Qayyum. Padan pun orang tua tua kata kalau lelaki suka kacau atau usik perempuan maknanya suka.

Qayyum masuk ke bilik.  Selepas usai mandi dan solat dia mengapai telefon pintarnya yang terletak dia atas meja kecil bersebelahan dengan katilnya.
Dia membuka applikasi Whatsapp dan menaip nama Qisya Humairah.

"Perlu ke tak eh aku chat dia"

Tiba tiba bunyi notification masuk

Apa maksud kau petang tadi hah? 

Qisya yang terlebih dahulu chat Qayyum.

"Mak aii macam tahu tahu je aku nak chat dia. Cepat betul si dia nih" kata Qayyum sambil ketawa kecil.

SENIOR VS JUNIOR  Where stories live. Discover now