part 13

3.9K 209 13
                                    

"Emm kenapa Qisya tak angkat call aku?  Dia sibuk ke?" soal Qayyum bersendirian.

"Qayyum.. Mari tolong mama kejap" laung puan Maria memanggil anak terunanya itu. Qayyum meletakkan telefon pintarnya di atas katil lalu keluar ke arah mamanya.

Hello abang..

Hello kenapa ni jue? Kenapa dengan suara awak ni

Encik Hamid hairan. Kenapa isteri nya menelefonnya dengan nada yang serak. Apa yang dan jadi? 

Qisya bangg..

Ha kenapa dengan Qisya??

Encik Hamid semakin hairan. Apa dah jdi dengan anak bongsunya?

Diaa..

Jue.. Boleh tak awak bertenang. Cakap la apa dah jadi ni.

Qisya kemalangan bang! 

Esakan puan juliana semakin kuat. Dia tidak kuat lagi. Dia lemah. Ya Allah kuatkan la hati. Doa puan Juliana

Apa?!  Qisya accident?!  Macam mana boleh jadi?! 

Saya tak tahu ..ada orang call guna telefon Qisya. Dia kata Qisya accident!

Dia dimana sekarang ni?

Orang tu kata.. Diorang on the way ke HKL sekarang. Orang yang call tu akan tunggu di sana.

Ha baik laa abang akan balik sekarang. Kita ke sana bersama sama. Awak jangan risau.

Baik laa..

Panggilan dimatikan.

Mujur hari ini dia tak ada pesakit yang begitu banyak. Kebetulan klinik miliknya berdekatan dengan HKL. Encik Hamid singgah hospital terlebih dahulu sebelum pulang. Beberapa minit kemudian ambulance datang. Encik Hamid hanya menanti siapa mangsa di dalam ambulance tersebut.

Selepas pintu belakang ambulans dibuka. Encik Hamid terkejut. Terkedu.
Ya Allah anak aku!  Dia melihat banyak darah pada tudung Qisya. Kemungkinan darah itu mengalir daripada kepala Qisya. Mungkin kepala Qisya terhantuk kuat dia jalan tar.

Tanpa berlengah Encik Hamud terus memecut kereta untuk mengambil isterinya.

***
"Abang macam mana dengan anak kita ? Kenapa lama sangat ni? " Puan Juliana sudah tidak tentu arah ke hulur ke hilir.

"Sabar.Doktor Fatiya sedang cuba menyelamatkan anak kita."  balas encik Hamid. Encik Hamid ramai kenalan di HKL memandangkan beliau juga seorang doktor. Dahulu Encik Hamid pernah bertugas di HKL tetapi beliau mempunya cita cita iaitu membuka klinik sendiri,hasil daripada titik peluhnya beliau berjaya mencapainya.

Puan Juliana terus menangis. Ya Allah kau selamatkan la anak bongsu ku Qisya. Puan Juliana tidak berhenti henti berdoa kepada maha Ilahi.

"Wiyah dah tahu tak berita ni?" soal encik Hamid. "Ya. Dia kata dia akan pulang dengan cepat." balas Puan Juliana. Tangisan dia masih tidak dapat dihentikan lagi. "Farhan?" soal encik Hamid lagi. "Nanti wiyah akan beritahu dia" balas puan Juliana. Suaranya menjadi serak.

Pintu ward dibuka.

Encik Hamid dan puan Juliana bergegas bangun untuk mendapatkan Doktor Fatiya.

"Doktor macam mana dengan anak saya? " soal puan Juliana terlebih dahulu. Encik Hamid mengangguk sahaja.

"Ok. Puan Juliana dan Doktor Hamid. Calm down. Qisya dalam keadaan okay. Tapi.." meleret kata kata Doktor Fatiya.

"Kenapa doktor Fatiya ?" soal Encik Hamid yang kerisauan. "Qisya tidak dapat sedar kan diri lagi. Kemungkinan dia akan koma untuk beberapa hari. Kerana hentakkan kepalanya yang agak kuat." terang Doktor Fatiya yang berumur lingkungan 30-an

Puan Juliana menekup mulutnya. Dia tak dapat bertahan. Esakan semakin kuat. Encik Hamid memeluk isterinya sambil menepuk bahu.

"Kita perlu berdoa semoga Qisya cepat sedar. Semuanya kuasa Allah." Doktor fatiya terus beredar dari situ. Dia tidak sanggup lagi melihat agenda tangisan itu. Dia juga turut menjadi sebak. Hati perempuan kan.

***
Sudah 2 hari Qisya tak datang sekolah. Dan 2 hari tu juga dia tak call atau mesej aku. Dan dia tak pernah angkat panggilan aku. Apa dah jadi padanya ?  Ya Allah kau lindungilah Qisya

"Qayyum! "

Qayyum yang sedang termenung di atas pondok terkejut dengan panggilan itu. Siapa yang jerit panggilnya? 

"Weyy Qayyum" tercungap cungap Alia. Rupanya Alia yang memanggilnya tadi.
"Ha apa?" soal Qayyum sambil melihat Alia yang tercungap cungap. Mungkin penat berlari cari aku kot
Gumam Qayyum.

"Qisya !"

Qayyum terus bangun apabila mendengar nama Qisya di mulut Alia. Kenapa dengan dia?

"Qisya accident wehh!" jawab Alia separuh menjerit. Terbeliak mata Qayyum. Ada beberapa pelajar yang lalu di situ turut terkejut. Mereka mula berbisik bisik.

"Hah?!  Kau biar betul weh?!" soal Qayyum semula. Jantungnya hampir saja meletup. "Betul. Aku tak tipu. Tadi aku masuk bilik guru dengan Nurin hantar buku kat cikgu Norma. Pastu aku dengar cikgu semua sedang cakap pasal Qisya accident. Sekarang dia masih kat hospital." balas Alia sambil mengelap peluh di dahi.

"Bila lagi?" suara Qayyum semakin ketar. "2hari lepas. Dan yang paling tak sangka sekali.. Qisya tengah koma sekarang" balas Alia dengan nada yang kedengaran sedih.

Bang!  Hati Qayyum seperti ditembak. Qisya koma?  Ya Allah sedarkan la dia.
Qayyum terus berlari masuk ke dalam kelas. Lagi beberapa jam sesi persekolahan akan tamat. Sabar Qayyum sabar.

***

"Mama ! Papa ! " jerit Qayyum apabila sampai dirumah.

"Qayyum apa ni. Terjerit jerit." marah Puan Maria pada anak tunggalnya. "Qisya accident maa" balas Qayyum dengan suara yang agak serak. Tapi dia mencuba untuk menahan. Tak nak mamanya nampak.

"Qisya?  Qisya mana eh?" soal puan Maria. Dia pernah dengar nama tu. Tapi di mana ya? 

"Maa, Qisya anak.."

"Anak uncle Hamid tu ke?"

Tidak sempat Qayyum hendak menerangkan, encik Hashim terus menyoal Qayyyum. Qayyum mengangguk dengan laju dah macam ayam belatuk kat tanah.

"Ohh yaya mama dah ingat. Astagfirullah al'zim. Macam mana boleh berlaku?" soal puan Maria dengan nada risau.

"Qayyum tak tahu. Jom pegi tengok." pujuk Qayyum dengan membuat muka ala ala merayu. "Ha pegi siap cepat. Kita ke sana sekarang" arah encik Hashim. Qayyum berlari naik keatas untuk bersiap.

"Abang tak pelik ke tengok Qayyum?" soal puan Maria sebaik sahaja Qayyum sudah pun masuk ke biliknya. "Pelik juga. Tiba-tiba dia ambil berat pasal Qisya" balas Encik Hashim.

"Itu laa.. Ntah ntah dia dah jatuh cinta dengan Qisya" tembak Puan maria.

"Mama papa tak bersiap ke? " soal Qayyum di tangga. Terkejut mereka. Amboi cepatnya Qayyum siap. Ni memang tak sabar jumpa kekasih hati betul ni.

"Iye laa papa dan mama nak siap la ni" balas Puan Maria lalu menarik lengan encik Hashim untuk masuk ke dalam bilik.

Qayyum ke arah ruang tamu. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk berjumpa dengan Qisya Humairah.

Jangan lupa vote,comment and share ❤

SENIOR VS JUNIOR  Where stories live. Discover now