part 41

2.9K 150 3
                                    

"Kalau dah semua setuju rasanya tak perlu la berlengah lagi kan ?" soal Dato Hashim sambil ketawa. Di ikuti isterinya Datin Maria.

"Betul tu Hashim. Benda elok tak baik ditangguh tangguhkan" disokong pula Encik Hamid.

Mereka yang berada di ruang tamu semua mengangguk dengan senyuman yang tak lekang dari bibir mereka 6 orang.

"Kalau begitu apa kata 2 minggu lagi kita tunangkan dahulu diorang. Pastu 2 bulan pula terus langsungkan perkahwinan mereka. Sempat la kita nak sedia apa apa sebelum majlis nikah nanti" cadang Puan Maria. Dia kalau boleh nak buat besar besaran untuk majlis perkahwinan anaknya memandangkan Qayyum adalah satu satunya anak yang mereka ada.

"Saya macam mana pun takpa. Tapi keputusan tuan badan ni tak tahu pula" balas Puan Juliana sambil memandang ke arah anak daranya.

Qisya yang dari tadi hanya mendengar tiba tiba menjadi gugup untuk bersuara. "Err..Qisya ikut jee" balas Qisya dengan senyuman. Dia hanya ikut saja apa yang di atur oleh ibu bapa mereka.

"Okey kalau macam tu esok kita pergi cari cincin" kata Datin Maria dengan teruja.

Qayyum yang mendengar terkejut. Esok ? Uish mama ni betul betul tak sabar nak dapat menantu ni. "Kenapa ? Qayyum tak suka ke ?" soal Puan Maria apabila melihat muka terkejut anak terunanya. Dia cukup teruja ingin menyambut menantu tak lama lagi. Jangan Qayyum buat hal taknak kahwin pula.

"Eh tak. Manada laa, cuma terkejut la. Tunang lagi 2 minggu tapi esok dah nak cari cincin" beritahu Qayyum sambil ketawa kecil. Terasa kelakar pula dengan mama ini yang tak ubah seperti kanak kanak yang teruja untuk mendapat adik baru. Hahaha

"Ish apa kamu ni Qayyum. Mesti laa kena sediakan awal awal. Dibuatnya cincin dah habis ke" balas Datin Maria sambil menyelit gurauannya.

Mereka yang berada di ruang tamu turut ketawa. Cincin habis ? Lawak apakah ini ? Qisya ketawa sehingga air matanya keluar.

Qayyum melihat wajah Qisya yang sedang ketawa akibat lawak mamanya tadi. Sungguh Qisya kelihatan cantik sekali apabila ketawa begitu. Ya Allah kau panjangkanlah jodoh kami.

***

Qisya sedang tekun membaca novel tiba tiba Iphone miliknya bunyi tanda ada mesej.

Qisya menyelit dengan penanda pada halaman yang akan dibaca sebentar lagi lalu menutup novel. Qisya mengapai Iphone yang berada di sebelahnya.

Myboyy
Esok pukul 10 lagi Qayyum pick up Qisya oke ?

"Eh dia nak bawak aku pergi mana ? Soal Qisya yang terlupa akan perihal yang dibincangkan oleh mereka berenam petang tadi.

Mysweetheart
Pegi mane ?

Qayyum menepuk dahinya. Ya Allah Qisya lupa ke yang lagi 2 minggu dia akan jadi tunang orang dahh.

Myboyy
Hmmm. Nanti cincin habis kalau pegi lewat.

Qisya terkejut. Oh yaa ! Cincin tunang ! "Haihh macam mana la aku boleh terlupa ni ?" Qisya menampar pipinya untuk sedar ke dunia realiti.

Mysweetheart
Sorryy Qisya lupa haahaha.

Okee. Mama ikut tak ?

Myboyy
Mama tak ikut. Dia cakap ada urusan.

Alang alang tu kita boleh laa dating sekali. Ye dok ?

Qisya ketawa apabila membaca mesej yang kedua. Dating.

Mysweetheart
Ada ada jee Qayyum ni. Mama amanahkan Qayyum untuk belikan cincin tunang kita bukan dating.

Qisya tersenyum. Saja mahu uji Qayyum.

SENIOR VS JUNIOR  Where stories live. Discover now