part 3

6.2K 321 2
                                    

"Weh asal cikgu panggil kau tadi ? " soal Qisya sebaik sahaja Jannah sampai ke meja makan yang diduduki oleh Qisya dan Alia."Cikgu suruh sediakan buku latihan 2 buah buku untuk subjek BM nanti" Qisya dan Alia hnya mengangguk selepas mendengar keterangan Jannah Aqilah.

"Dah jom masuk kelas. Lagi 5 minit loceng dah nak bunyi " ajak Alia pada Jannah dan Qisya. Semasa mereka bertiga berjalan. Mereka berbual bual dan juga ketawa sementara hendak sampai di dalam kelas.

Tiba tiba ada sesuatu yang menghalang kaki Qisya,"Oh mak kau terguling" latah Qisya apabila dia hampir jatuh tersembam ke lantai. Alia dan Jannah terkejut lalu terus memegang lengan Qisya yang hampir terjatuh.

Qisya terkejut dia merasakan ada sesuatu yg menghalang dia berjalan sehingga dia hampir jatuh. Qisya beralih ke kiri dan ke kanan hanya ada Jannah Dan Alia. Lalu dia beralih ke belakang. Darah dia mendidih apabila melihat orang itu.

Qayyum! 

"Kau pehal hah ?!  Kau sengaja kan tahan kaki nak bagi aku jatuh tersungkur ! " marah Qisya sambil menunding jarinya ke arah muka Qayyum. Qayyum hanya membuat muka selamba sambil menyelup tangannya ke poket seluarnya.
Hati Qisya lagi panas apabila melihat riak muka Qayyum yang seperti tidak bersalah !  Jannah dan Alia menarik lengan Qisya supaya tiada pergaduhan antara lelaki dan perempuan di sini.

"Kau tu yang jalan tak tengok bawah" Balas Qayyum tanpa rasa bersalah. Qisya memandang tajam je arah Qayyum selepas mendengar kata dari mulut lelaki itu.

"What ?!  Kau nak salahkan aku hah lenga hangit budak hingusan ! Kau pikir kau baru saja mula sekolah sebagai pelajar sesi pagi pastu nak buli orang yang tua dari kau !  Kau ingat aku junior kau ke apa ?! " marah Qisya mukanya sudah pun bertukar menjadi warna merah akibat kemarahan yg membuak buak.

Qayyum terkejut dengan kata kata Qisya. Lenga hangit budak hingusan ?! Eh ni dah melebih perempuan oi. Getus hati Qayyum sambil memandang tajam ke arah Qisya. "Hoi !  Kau pikir kau tu senior boleh buat macam macam la ? Dah la pendek perasan senior la sangat" Mata Qisya membulat. What?!!  Pendek dia kata? ! Dasar jantan tak guna ! 

Kringgg..

Loceng sydah berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.

"Kau ingat yaa urusan kau dengan aku tak selesai lagi !" Qisya berlalu pergi ke kelasnya dengan hati yang panas.
Jannah dan Alia turut berlari masuk ke kelas .

Qayyum melihat sahaja Qisya berjalan dengan menghentak kakinya. Comel. Hah ? Comel ? Apa dan jadi dengan aku ni ? Qayyum cepat cepat mengeleng.

"Hoi kau pehal tiba-tiba geleng ni ?" soal Azzam apabila melihat kelakuan kawannya yg pelik itu."Tak ada apa laa jom arr masuk kelas "  balas Qayyum lalu berjalan ke bangunan kelasnya.

"Weh asal kau tahan kaki kat Minah tu? Aku  tengok dia cantik juga" kata Azzam sambil tersenyum. "Saja" balas Qayyum dengan pendek. Malas mahu terang panjang panjang pada kawannya.

"Saja ? Ehh pelik. Emm ha tadi aku nampak tag nama dia. Nama dia Qisya Humairah. Cantik nama dia seperti tuan punya badan." kata Azzam lagi yang tak henti senyum seorang diri seperti orang gila lagaknya.

Hah ? Qisya Humairah ? Emm tunggu kau. Getus hati Qayyum lalu senyum sinis. "Ha.. Dah kenapa senyum sorang sorang. Biar aku sorang dah la" rungut Azzam apabila melihat Qayyum tersenyum juga. Berjangkit rasanya.

***

Jam loceng berbunyi menandakan masa tamat sekolah.

Qisya berjalan ke arah motornya lalu pulang ke rumah.

"Assalamualaikum" Qisya membuka kasut lalu menjejak masuk ke dalam rumahnya.

"Waalaikumussalam " jawab Puan Juliana yg berada di dapur untuk menyediakan makanan tengah hari.

"Ha. Qisya ibu nak tanya nih. Qisya solat tak subuh pagi tadi ? Kan Qisya bangun lewat." Qisya yang ingin mendaki tangga terpaksa turun semula. Dia melihat ibunya sedang menghidangkan makanan di atas meja makan.

"Erm Qisya ABC laa (Allah Bagi Cuti" jawab  Qisya sambil tersenyum."Ohh,dah pergi mandi pastu turun makan. Kejap lagi ayah pulang makan tengah hari di rumah." Qisya mengangguk lalu mendaki naik tangga semula.

Jangan lupa vote,comment and share ❤

SENIOR VS JUNIOR  Where stories live. Discover now