part 40

3K 142 9
                                    

Qayyum berdiri tegak dihadapan pagar rumahnya Encik Hamid a.k.a bakal bapa mentuanya.

"Tarik nafas. Hembus !" Qayyum cuba menenangkan dirinya. Chill la Qayyum jumpa je pun macam tak pernah berjumpa pulaa kau ni dengan ayahnya Qisya haihh.

"Eh awak ? Kenapa berdiri di situ ? Lama dah ke sampai ? Kenapa takmasuk dalam ?"

Qayyum terkejut dengan kedatangan Qisya daru dalam rumah. Fuhh mujur Qisya, dibuatnya bapa dia keluar mampus tergagap nak jawab.

"Eh tak laa Qayyum baru je sampai hehehe" balas Qayyum sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Qisya yang memandangnya tersenyum. Gemuruh la tu nak jumpa bakal bapa mentua hahaha. Gerutu hati Qisya.

"Dah jom masuk dalam. Takkan Qayyum nak berkomunikasi dengan ayah Qisya dari luar rumah pula kan ? Hahahaha" selorah Qisya dengan ketawa kecil.

Qayyum turut ketawa bersama. Haihh Qisya ni ada ada je kan. Orang tengah takut dia boleh pula buat main main. Nasib kau la Qayyum gatal nak kahwin dengan anak dara Encik Hamid. Haa tanggung la sendiri.

Qayyum dan Qisya berjalan bersama sama masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum" Qayyum memberi salam setelah kaki kanannya menjejak masuk ke dalam rumah Qisya.

Dia memerhati Puan Juliana dan Encik Hamid yang berada di ruang tamu. Gulp.

"Eh Qayyum jemput la duduk. Aunty pegi ambil air kejap ye" pelawa Puan Juliana sambil tersenyum ke arah Qayyum. Qayyum hanya mengangguk sahaja. Qisya turut ke dapur untuk membantu ibunya.

"Sebelum tu macam mana keadaan mama dan papa Qayyum ? Mereka sihat ?" soal Encik Hamid setelah mereka sudah duduk di sofa yang bertentangan.

"Si..sihat uncle. Mama dan papa kirim salam" balas Qayyum dalam gementar. Encik Hamid hanya tersenyum melihat anak muda itu.

"Waalaikumusalam. Lama uncle tak jumpa diorang" balas Encik Hamid pula. Mereka mula bersembang dan gementar dalam diri Qayyum semakin lama semakin hilang.

Air dan kuih sudah terhidang dihadapan mereka.

"Okey la kejap lagi uncle kena pegi klinik ada urusan. Jadi kita terus la ke perbincangan kita ya" kata Encik Hamid dengan tenang. Tiba tiba Qayyum terasa gementar semula.

"Qayyum." panggil Encik Hamid. Qayyum memandang ke arah Encik Hamid "Ye ?"  Qisya dan Puan Juliana juga turut memandang ke arah yang sama seperti Qayyum.

"Qayyum betul ke ikhlas hendak jadikan Qisya sebagai isteri kamu ?" soal Encik Hamid. Dia risau kerana mereka berdua masih lagi belajar dan Qayyum masih muda.

"Ye uncle. Saya ikhlas dengan Qisya. Saya sayangkan Qisya dari dulu lagi Uncle. Sayang saya kepada Qisya tak pernah pudar. Dulu saya cuba move on. Tapi bila diberi peluang kedua untuk saya. Saya tak akan sia sia kan uncle" balas Qayyum dengan panjang lebar. Dia bercakap benar. Ya dia memang sudah move on dahulu setelah mengetahui tentang Qisya akan bertunang. Tetapi kita hanya mampu merancang dan Allah yang tentukannya.

Qisya terasa terharu mendengar kata kata yang terkeluar dari mulut Qayyum. Sungguh dia tak menyangka yang Qayyum masih sayangkan dirinya walaupun dirinya pernah mengkhianati Qayyum. Maafkan Qisya.

Encik Hamid mengangguk tersenyum. "Tapi kamu masih muda ?" soal Encik Hamid untuk menguji Qayyum sekali lagi.

"Ye saya masih muda. Dan saya rasa duit simpanan yang saya ada insya allah boleh menampung kami berdua. Kalau tak cukup mungkin saya akan meminta pertolongan daripada mama dan papa" balas Qayyum dengan sengihan. Dia merasakan duit bulanan yang diberi oleh mama dan papanya cukup untuk menyara hidupan mereka. Kerana Qayyum bukanlah seorang yang suka memboros dan berjoli ke sana sini. Tak sia sia aku buat simpanan sebelum ini.

SENIOR VS JUNIOR  Où les histoires vivent. Découvrez maintenant