part 33

3.3K 171 0
                                    

Sudah seminggu Naufal telah pergi. Keceriaan di wajah Qisya masih tidak kelihatan. Yang hanya kelihatan adalah kesedihan.

"Qisya awak okey tak?" soal Yana prihatin. Risau melihat keadaan Qisya yang hanya mendiamkan diri dan banyak termenung.

"Emm saya okey la" balas Qisya yang cuba untuk ukir senyuman yg manis. Yana hanya melihat Qisya dengan simpati.

Dia faham dengan perasaan Qisya. Sebab dia pun pernah rasa kehilangan orang yang dia sayang.

"Qisya saya faham perasaan awak. Tapi awak kena redha dengan semua ni. Dulu saya macam awak. Tapi bila mama asyik cakap. Arwah tak akan tenang disana kalau kita terus begini." kata Yana dengan sedih. Yana rindukan dia.

Qisya memandang Yana dengan hairan. Siapa yg Yana maksudkan."Maksud awak?"

"Dulu saya ada abang.." balas Yana sambil memandang lantai. Qisya setia mendengar kisah silam Yana sebab Yana tidak pernah beritahunya.

"Jadi mana abang awak? Saya tak pernah tahu pun" soal Qisya yang ingin tahu.

"Meninggal" hanya satu patah perkataan saja Yana membalas. Qisya kelihatan terkejut.

"Dia meninggal kerana kemalangan. Masa tu dia dalam perjalanan pulang ke rumah. Dia baru pulang dari Australia. Tapi teksi yang dia naik hilang kawalan dan teksi tu langgar sebuah lori yang besar." balas Yana. Dia cuba sembunyi kesedihan tersebut.

"Saya minta maaf" kata Qisya. Dia simpati dengan Yana. Kerana sahabatnya telah kehilangan darah dagingnya sendiri. Sedangkan Qisya hanya kelhilangan bakal tunangnya.

"Eh tak apa la..Benda pun dah berlalu. Dah 2 tahun." balas Yana dengan senyuman. Dia dah redha dengan ketentuanNya. Qisya senyum melihat sahabat baiknya.

Semoga aku dapat kuat seperti Yana. Getus hati Qisya.

***
Qisya masuk ke perkarangan rumah. Dia melihat ada kereta asing. "Siapa yang datang?"

Qisya parking keretanya disebelah kereta ayahnya. Dia melihat kereta asing itu. "Eh! ni bukan kereta aunty Faizah ke?" Qisya sudah berasa gementar hendak berhadapan dengan ibu ayah arwah. Dia berasa sangat bersalah. Kali terakhir dia jumpa dengan mak ayah arwah selepas tahlil dirumah mereka.

Tapi dia tetap kena masuk juga macam mana pun. Dia melangkah dengan perlahan. Dia membaca doa supaya tiada pergaduhan diantara siapa pun.

Baru hendak memberi salam. Tiba tiba Aunty Faizah meluru kearahnya dan terus memeluk Qisya. Qisya terkaku.

"Qisya..aunty minta maaf.." kata Aunty Faizah. Pelukannya tidak dilepaskan. "Aunty tak salah apa apa la. Kenapa nak minta maaf ni" balas Qisya sambil mengosok badan belakang Aunty Faizah.

"Aunty tahu. Aunty ada buat Qisya terasa selepas kematian arwah" pelukan dilerai. Air mata Aunty faizah masih lagi keluar dari tubir matanya.

"Tak apa la aunty. Qisya faham.Qisya yang patut minta maaf sebab..." belum sempat Qisya menghabiskan katanya. Aunty Faizah memotong.

"Syyhh..tak sayang ini bukan salah Qisya. Ini smua takdir. Ajal Naufal
dah tiba. Kita tak boleh buat apa" balas Aunty Faizah dengan senyuman yng terukir dibibir. Dia membelai pipi Qisya dengan lembut.

"Eh Aunty nak pegi mana lawa lawa ni?" soal Qisya untuk hilangkan rasa sedih. Qisya melihat Uncle kamarul juga turut kelihatan segak. Sebelum ini biasa saja.

"Aunty dan Uncle sebenarnya nak ke luar negara. Aunty tak sanggup lagi duduk sini. Aunty asyik nampak bayang bayang Naufal." jelas Aunty Faizah dan air matanya turut mengalir sekali. Qisya terasa sangat sebak. "Lagipun uncle dapat kerja kat sana." sambung aunty Faizah lagi.

"Aunty duduk berapa lama?" soal Qisya yang cuba sembunyikan kesedihannya. "Tak tahu la. Mungkin selamanya. Sebab aunty dah tak ada apa lagi. Dan harta kami. Aunty dan uncle dah cadang nak bagi pada anak yatim." balas Aunty Faizah dengan nada yang kendur tapi dengan lembut.

"Aunty taknak balik sini?" soal Qisya untuk kepastian. "Tapi..mungkin aunty akan balik juga. Nak ziarah kubur naufal dan boleh melawat kamu sekali" balas Aunty Faizah dengan senyuman. Senyuman yg dimaniskan.

Qisya hanya diam. Tak tahu nak balas apa. Tiba tiba Uncle kamarul bersuara.

"Zah. Jom flight kita lagi sejam ni" kata Uncle kamarul dan bangun dari sofa. Aunty Faizah mengangguk. "Qisya Aunty dan uncle pegi dulu ya. Jaga diri baik baik l" kata Aunty Faizah sambil mengosok lengan Qisya. Qisya mengangguk dengan senyuman disertai dengan air mata.

"Aip taknak nangis ya sayang. Cari lelaki yang baik. Yang dapat jaga Qisya" Kata Aunty Faizah sambil mengelap air mata gadis itu.

"Insya allah aunty. Doakan supaya Qisya dapat lelaki yang baik macam arwah" balas Qisya dengan senyuman.

Uncle Kamarul sudah keluar bersama ayah. Aunty bangun dan menyalami ibu. "Jue saya pegi dulu,Jaga diri baik baik" kata Aunty Faizah sambil berpelukan dengan ibu untuk kali terakhir. "Awak pun sama Zah. Jaga diri baik baik dekat negara orang" balas ibu dengan ketawa kecil.

Kereta Aunty faizah dan Uncle kamarul sudah meluncur keluar dari perkarangan rumah.

Aunty insya allah ada masa. Qisya akan jaga dan ziarah kubur anak aunty.

Lalu Qisya menutup pintu dan naik ke bilik.

Jangan lupa vote,comment and share ❤

SENIOR VS JUNIOR  Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu