part 31

3.3K 192 2
                                    

Sudah 3 hari Naufal dalam keadaan koma. Dan 3 hari itu juga Qisya tak berhenti datang melawat Naufal. Ibu bapa Naufal tersangat la terkejut apabila berita Naufal kemalangan. Mana tak sedih sebab Naufal satu satunya anak yang mereka ada.

"Qisya balik rehat la dulu ya"  Kata Aunty Faizah sambil mengosok bahu Qisya . "Qisya nak tunggu sampai Naufal sedar aunty" balas Qisya. Tangisannya tak pernah nak berhenti selepas kejadian itu.

"Aunty faham. Tapi better Qisya balik makan dan rehat. Aunty kesian tengok Qisya sayang" pujuk Aunty Faizah dengan lembut. Dia berasa kesian apabila Qisya tak henti henti salahkan dirinya.

"Semua ni salah Qisya aunty. Kalau Qisya keluar sekali dengan dia mungkin benda ni tak jadi" balas Qisya dengan esakan. Sungguh dia berasa menyesal kerana berperangai pelik di dalam kereta.

"No sayang.Bukan salah Qisya. Takdak salah sesiapa pun sayang. Semua ni takdir Allah. Kalau benda ni nak jadi. Akan jadi juga" balas Aunty Faizah dan dia juga turut menangis. Qisya memandang Aunty Faizah lalu memeluk. "I'm sorry!"

"Dah Qisya balik rest dulu ya. Nanti kalau Naufal dah sedar Aunty terus call Qisya ya" pujuk Aunty Faizah lagi sambil mengosok kepala Qisya yang berbalut tudung bawal chiffon yang berwarna coklat.

Qisya menunduk. "Baiklah Aunty. Tapi sebelum tu Qisya nak tengok Naufal kejap" pinta Qisya sambil mengelap air mata yang yang tak berhenti mengalir. Aunty Faizah hanya mengangguk.

Qisya bangun dan terus ke wad yang ditempatkan oleh Naufal. Qisya membuka pintu perlahan. Dia masuk dan melangkah ke katil Naufal dengan perlahan. Air matanya semakin deras apabila melihat tubuhnya yang di balut ,calar seluruh anggota termasuk muka  dan terlantar di atas katil serta mengunakan bantuan pernafasan oksigen.

"Naufal.. Qisya minta maaf" Perkataan yang tak lupa untuk diucap. Dia tak mampu bertahan dengan perasannya sekarang. "Naufal please jangan tinggal Qisya tau. I need you" sambung Qisya lagi sambil menarik hingus yang hendak meleleh.

"Naufal cepat sedar. Lusa kita dah nak tunang. " teresak esak Qisya apabila mengenangkan hari pertunangannya bersama Naufal yang akan berlangsung tidak lama lagi. "Qisya akan sentiasa tunggu Naufal. Please be strong" Qisya tak mampu lagi tahan tangisan dia. Dia rasa seperti hendak meraung supaya Naufal sedar. Tapi dia masih waras.

Tanpa berlengah dia keluar dari wad dengan tangisan tak dapat dihentikan.

****
Sudah hampir 4 hari Qayyum tidak melihat Qisya di Universiti. "Mana dia pergi?" soal dirinya. Qayyum duduk di kerusi yang disediakan oleh pihak Universiti. Disebabkan kelasnya sudah habis dia mahu melepak dahulu sebelum pulang. Dia mengambil Iphonenya dari poket seluarnya yang berwarna hitam.

Qayyum bosan lalu dia membuka facebook. Tiba tiba Qayyum terbaca caption yang dipost oleh Qisya.

Get well soon Naufal! Tolong cepat sedar!

"Sedar? Kenapa dengan Naufal?" Dahi Qayyum berkerut. "Dia kemalangan ke?" Disebabkan malas nak campur urusan diorang Qayyum hanya mengabaikan sahaja.

Tapi hatinya tiba tiba terdetik nama Qisya. Qisya okey ke sekarang? Sungguh dia berasa rindu akan gadis itu. Selepas kejadian yang Qisya mengaku tentang ingatannya mereka tidak berjumpa.

"Qisya kenapa buat Qayyum macam ni?" Qayyum menunduk melihat lantai.

"Eh Qayyum kau tak balik lagi ke?" soal Muaz apabila melihat Qayyum masih berada disini. Kalau orang lain mesti dah terhegeh hegeh balik awal sebab nak tidur! Tapi Qayyum boleh pula termenung kat sini.

Qayyum mendongak. "Jap lagi aku balik la. Yang kau ni kenapa tak balik lagi?" soal Qayyum pula.

"Aku memang nak balik dah tapi nampak kau kat sini. Jadi aku datang la sini" balas Muaz lalu duduk disebelah Qayyum. Qayyum hanya berdiam sahaja. Otaknya masih berfikir tentang Qisya.

"Ha Qayyum. Kau ada tahu sesuatu tak?" soal Muaz apabila dia teringat akan gosip yang dia dengar di Universiti ini.

"Apa?" soal Qayyum ringkas.

"Kau ingat Qisya kan?"

Tiba tiba jantung Qayyum berdegup laju apabila mendengar nama Qisya dari bibir Muaz. Qayyum memandang Muaz dengan tanda tanya.

"Ingat tak Qisya ? Yang kita jumpa kat cafe yang kau tegur tu" kata Muaz apabila melihat riak muka Qayyum yang berubah. Ish tak akan Qayyum tak ingat. Dia yang tegur kot. Getus hati Muaz.

"Ha. Asal?" soal Qayyum lagi. Dia cuba kelihatan biasa dan tenang. Tapi didalam hatinya tidak sabar dan tidak tenang untuk  mendengar. Apa dah jadi kat Qisya?

"Kau tahu tak.." tidak sempat Muaz menghabiskam ayatnya Qayyum memotong. "Tak tahu."

Muaz membuat muka geram. "Ish kau ni! bagi aku habis cakap dulu." Marah Muaz yang tidak puas hati. Qayyum hanya tersenyum. Saja dia hendak menyakat si Muaz ni. "Ha apa cerita la cepat"

"Ni aku nak kasi tahu. Yang boyfriend dia accident." balas Muaz dengan tenang.

Gulp. Naufal ke yang dia maksudkan? Soal hati Qayyum.

"Kau tahu mana?" soal Qayyum yang ingin tahu.

"Yana" balas Muaz dengan ringkas.

Ohh jadi selama ni dia berkawan dengan Yana senyap senyap. Padan pun jarang ajak aku keluar sekarang. Tapi lain kali la aku tanya benda ni semua dekat Muaz. Yang penting sekarang Qisya. Getus hati Qayyum.

"Pastu kan.."

Qayyum memandang Muaz. "Pastu?" Muaz rasa ingin ketawa melihat rakannya. Macam budak baru masuk SMK. "Kau tersengih asal?" soal Qayyum apabila melihat Muaz tiba tiba senyum. Gila ke apa.

"Tak ada apa la..Ni aku nak sambung." Qayyum masih lagi tertunggu tunggu ayat tergantung Muaz.

"Boyfriend dia koma. Dah 3 ke 4 hari ntah." balas Muaz sambil mengusap dagunya untuk ingat semula.

Qayyum terkedu. Koma? Jadi Qisya tak hadir kelas sebab inikah? Macam mana keadaan dia sekarang? Kalau dia tak datang kelas. Mungkin dia tengah sedih.Ya Allah aku ingin berjumpa dengan Qisya. Aku nak tengok keadaan dia.

Jangan lupa vote,comment and share ❤

SENIOR VS JUNIOR  On viuen les histories. Descobreix ara