part 44

2.1K 126 0
                                    

"Aku terima nikahnya Qisya Humairah binti Hamid dengan mas kahwin sebanyak RM1500 tunai"

"Sah ?"

"Sah !"

"Sah"

"Sah semestinya sah !"

Mereka ketawa dengan gelagat kawan kawan Qayyum.

"Alhamdulilah,bismilah.."

Dengan sekali lafaz Qisya Humairah sah menjadi isteri kepada Qayyum.

Alhamdulillah hubungan yang setelah lama terjalin akhirnya menjadi ikatan yang sah.

Qayyum tersenyum melihat Qisya yang dipeluk oleh ibunya,Datin Maria dengan air mata yang tak berhenti mengalir di pipi.

"Masa untuk membatal air sembahyang !".Saat saat yang mendebarkan para pengantin baharu adalah apabila kulit mereka bersentuhan.

Qayyum mengambil cincin yang terletak elok di sarangnya dan cuba untuk menyarungkan di jari Qisya.

"Qayyum kenapa tangan kau mengeletar macam nak sentuh hantu ni ?" usik sepupunya,Hairul.

Mereka semua ketawa dengan usikan tersebut serta gelagat malu Qayyum. Qisya cuba berlagak tenang tapi dalam gementar di dalam hatinya hanya Allah saja tahu.

Selepas melawan gementar akhirnya Qayyum berjaya menyarungkan cincin permata di jari runcing Qisya Humairah. Giliran Qisya pula menyarung cincin di jari Qayyum. Tiba tiba..

PPOOMM !

"Oh mak kau hijau !". Cincin yang dipegang Qisya terjatuh dek terkejut dengan bunyian kuat itu.

Rupanya saudara sebelah Qisya meraikan dengan letupan mercun. Meriah sungguh majlis akad nikah Qisya Humairah dan Qayyum.

Mereka ketawa dengan latahan spontan yang keluar daripada mulut Qisya. Qayyum tersenyum.

Lalu acara menyarung cincin untuk pengantin lelaki disambung semula. Dengan sekali nafas Qisya berjaya menyarung cincin di jari Qayyum.

Tetapi Qayyum masih lagi tersenyum dek kejadian tadi. "Awak dah kenapa ha ?" soal Qisya perlahan dengan kehairanan.

"Latahan tadi" balas Qayyum dengan ringkas dan dia berharap yang Qisya akan ingat kejadian yang berlaku 5 tahun lalu di mana kali pertama mereka bertemu di sekolah.

"Ha ?" Qisya cuba memahami apa yang dimaksudkan oleh Qayyum dan ting !

"Oh mak kau hijau" latah Qisya apabila terlanggar seseorang.

Dia tengok dari bawah hingga atas. Baju biru. Oh my god! Pengawas sekolah!! Jangan laa tanya nama aku apa. Pleasee.. Tak nak nama aku ada dalam blacklist sebab datang lewat. Jatuh maruah aku! Kata Qisya bersendirian sambil memandang bawah.

"Ehem.. Awak okey? "

Qisya mengangkat muka nya " Saa...ya ok" jawab Qisya yang sedikit tergagap.

Lalu Qisya juga tertawa apabila teringat kejadian tersebut.

"Dah ingat?" soal Qayyum dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Qisya mengangguk lalu ketawa kecil.

"Amboi amboi pengantin baru ni ketawa pulaa yaa,cepat orang nak bergambar ni" tegur Maksu Sakinah iaitu adik kepada Puan Juliana.

Qayyum dan Qisya tersengih kerana teguran Maksu Sakinah. Mereka berkumpul beramai ramai untuk memulakan sesi bergambar.

Pejam celik malam sudah menjelma,ramai yang datang untuk melihat akad nikah Qayyum dan Qisya.

Alhamdulillah impian mereka untuk bersama dalam ikatan yang sah tercapai dengan keizinan-Nya.

Mereka berdua masuk ke dalam bilik tidur bersama sama.

Getaran semakin menguasai mereka. Qayyum menarik nafas sedalam dalamnya lalu hembus "Chill Qayyum,jangan mengelabah".

"Awak taknak tidur ke ?" soal Qisya yang sudah baring di atas katil yang bersaiz king.

Qayyum yang ralit dengan getarannya terkejut dengan persoalan Qisya. Fuh Qisya tak rasa ketar ke ? Soal hati Qayyum. Dia melihat raut wajah Qisya yang tenang dan tidak gementar ? Pelik.

Ish apasal Qayyum pandang aku macam tu nih. Ya Allah jantung aku ni tak berhenti berdegup eh. Jantung hati pinggang rileks please. Seperti yang dirasai Qayyum,sebenarnya turut dirasai oleh Qisya.

Qayyum berjalan ke arah katil dan dia terus baring di sebelah Qisya Humairah dup dap dup dap.

Ya Allah kenapa dengan diri aku malam ni ? Permudahkanlah segalanya. Doa Qayyum di dalam hatinya. Qisya memandang ke syiling bilik,tiba tiba suasana jadi kekok.

"Macam tak percaya kan ?" soal Qayyum tiba tiba.

"Ha ? Ohh haah" suara Qisya gementar jelas didengar.

Qayyum tersenyum kerana bukan dia seorang sahaja yang gementar dengan semua ini.

Tanpa berlengah Qayyum terus menarik Qisya di dalam dakapannya lalu memaut bibir mungil Qisya Humairah.

Qisya terkejut dengan aksi pantas Qayyum yang mencium bibirnya. Makin lama dia tenggelam dengan ciuman Qayyum dan malam yang indah  ini menjadi milik mereka berdua.

"Saya sayang awak Qisya Humairah"

"Saya juga sayang awak Qayyum"

Yeay Qayyum dan Qisya dah kahwin ! Sorry untuk ending part ni sebab macam 🔞 pulaa hahaha. Tak lama lagi habis laa novel Suamiku Juniorku hehe ❤

Jangan lupa vote,comment and share ❤

SENIOR VS JUNIOR  Where stories live. Discover now