part 18

3.6K 196 6
                                    

"Qayyum! Qayyum!" Qayyum hanya buat tidak tahu dengan panggilan itu. Dia tahu siapa. Alia berlari untuk mendapat Qayyum. Lalu dia berdiri dihadapan Qayyum. Jelas muka Alia yng kepenatan mengejar dia.

"Kau nak apa? " soal Qayyum sambil memandang ke arah lain. Alia menarik nafas untuk bercakap. "Sorry weh. Aku tahu aku salah. Aku bukan taknak bagitahu kau. Tapi. "

"Tapi apa? Kau tahu tak aku rindu kat dia. Aku rindu dengar suara dia" suara Qayyum semakin kendur. Dia berasa menyesal kerana tidak selalu melawat Qisya.

"Apa kau nak rindukan dia hah? Lagi pun dia dah tak ada dekat sini. Dia dah duduk negara orang laa" balas Alia. Telinganya panas apabila Qayyum sering kata RINDU.

"Wait. Kau tahu Qisya tak ada dekat sini?" soal Qayyum dahinya berkerut.
"Err akuu.." jawab Alia tergagap. Ya dia memang sudah tahu yang Qisya akan ke luar negara untuk rawatannya itu . Adawiyah yang beritahu kepadanya.

"Sampai hati kau kan Alia." balas Qayyum matanya merah. Sungguh dia sayang akan gadis yang bernama Qisya Humairah itu. Qayyum beredar meninggalkan Alia yang masih lagi cari idea untuk bela dirinya.

"Kau tak payah laa ingatkan dia. Dia pun tak ingatkan kau la" Qayyum terhenti. Dia menoleh ke belakang melihat Alia yang memeluk tubuhnya. Dia berjalan ke arah Alia

"Apa maksud kau hah?" soal Qayyum. Alia tersenyum sinis. "Aku cakap dia tak ingatkan pun kat kau. Lebih baik kau lupakan saja dia" balas Alia. Jelas muka Qayyum yang merah. Mungkin dia sedang tahan marah. Gumam hatinya.

"Apa kau merepek hah?!" tengking Qayyum. Lelajar yang lalu lalang disitu melihat ke arah mereka.

"Merepek?  Aku cakap betul laa. Kalau kau nak tahu. Qisya dah hilang ingatan. Amnesia itu la sebab family dia bawa pegi luar negara" terang Alia. Dia mahu Qayyum sedar akan itu.

Qayyum terkaku. Betulkah Qisya dah tak ingatkan dia? Tak mungkin!  Terus dia beredar dari situ.

"Lupa kan saja dia wehh!  Ntah ntah dia dapat laki mat salleh kat sana" jerit Alia sambil ketawa sinis. Qayyum hanya diam tak berkata apa. Dia terus berjalan tanpa melihat orang disekelilingnya.

***

Keluarga Encik Hamid selamat tiba di  Heathrow airport, United Kingdom

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keluarga Encik Hamid selamat tiba di  Heathrow airport, United Kingdom. Mereka melangkah keluar bersama bag bagasi untuk mencari teksi.

"Qisya jangan risau ya. Kami sentiasa dengan Qisya. Kami nak yang terbaik untul Qisya."  kata Puan Juliana sambil memeluk bahu anak bongsu nya.

Qisya tersenyum dan terasa sangat disayangi oleh mereka. "Qisya akan usaha ya ibu. Doakan Qisya" balas Qisya sambil melemparkan senyuman yang manis. Puan Juliana tersenyum apabila mendengar Qisya bahasakan dirinya Qisya. Tanpa diminta air mata puan Juliana mengalir. Qisya cepat cepat tolong mengelapkan dengan jarinya. Puan Juliana tersenyum dan memeluk anaknya.

Enck hamid melihat drama yang ditanyangkan tadi oleh mereka berdua dia tersenyum. "Jom ada teksi kosong tu" puan Juliana dan Qisya menoleh ke arah Encik Hamid sambil tersenyum. Dan Puan juliana mengelap air mata yang berlebihan itu.

Mereka menaiki teksi tersebut. Dan teksi pun meluncur ke tempat yang diberitahu oleh encik Hamid.

***

Qayyum berjalan ke arah pagar sekolah dengan laju tanpa menoleh suara yang memanggilnya. Dia tahu siapa yang memanggilnya.

Alia berlari dan berhenti di hadapan Qayyum. "Kau nak apa lagi?" soal Qayyum dia malas hendak berlama dengan Alia. Dia nak balik dan rehat! 

"Aku nak cakap sesuatu ni" balas Alia sambil melihat bola mata Qayyum. Tapi Qayyum memandang ke arah lain. "Apa cepat laa aku nak balik" balas Qayyum.

"Lupakan Qisya" ringkas sahaja Alia menjawab. Qayyum merenung tajam ke arah Alia. What?!  Lupakan Qisya ?! No la! Qisya adalah perempuan pertama yang berjaya menarik perhatian dia.

"Apa kau nak sebenarnya hah?!" tengking Qayyum. Terhinjut bahu Alia, malu apabila pelajar lain ada melihat mereka. Sekarang masa balik mesti laa diorang dapat tengok drama tersebut dah la diorang buat dekat pagar sekolah pula tu hadehh .

"Aku kesian tengok kau weh. Qisya tak ingat kau. Kenapa kau perlu ingat dia hah? Lagipun kita tak tahu dia nak tinggal sana berapa lama. Mungkin 5 6 tahun? Maybe? " balas Alia sambil menyilang tangan atas dada.

"Straight forward please. Aku bukan nak dengar syarahan kau tu" balas Qayyum. Dia kalau boleh mahu saja langkah berlari dari situ.

"Aku gantikan tempat Qisya" membulat mata Qayyum. What?!  Oh god nobody can replace her in my heart. Only Qisya Humairah! 

"Apa yang kau merapu hah?!" sekali lagi memberi perhatian kepada pelajar yang lalu lalang di situ. "Aku tak merapu. Jujur aku kata. Aku sukakan kau dari first aku tengok kau. Sejak haritu aku selalu perhatikan kau. Stalk kau." balas Alia dengan bersungguh sungguh. Dia berharap Qayyum dapat menerima dia.

"No. Nobody can replace Qisya Humairah. " Qayyum terus beredar dari situ. Dia berasa panas apabila diperhatikan oleh pelajar yang lain. Dia membonceng motronya dengan laju. Kerna dia perlu bincang sesuatu dengan mama dan papanya.

Sampai sahaja dirumah dia terus berlari masuk kedalam tanpa memberi salam. Puan Maria dan encik Hashim terkejut apabila Qayyum berlari seperti kena kejar dengan hantu.

"Astagfirullah al-azim Qayyyum kenapa dengan kamu ni terkejut kitaorang la" marah Puan Maria sambil mengeleng.
Qayyum menarik nafas untuk bercakap. "Qayyum nak pindah sekolah" terkejut beruk Puan Maria dan Encik Hashim.

"Kenapa ni? Tiba tiba jer. Sekarang bulan 7 Qayyum tak lama lagi Qayyum kan PT3"  balas Puan Maria. Semakin lama semakin pelik dengan perangai anak terunanya ini. "Alaa Qayyum tak tahan laa sekolah tu. Ada orang kacau" balas Qayyum yang cuba untuk menarik simpati mama dan papanya.

Yang pengacau tu dia maksudkan si Alia yang psiko itu !

"Sapa yang kacau Qayyum ni? " soal Encik Hashim yang dari tadi berdiam.
"Ada laa. Please maa paa" rayu Qayyum seperti budak kecil yang mahukan mainan.

"Baik laa. Dah Qayyum tak selesa belajar kat situ. Nanti papa uruskan." balas Encik Hashim. Dia mahukan yang terbaik untuk satu satunya anak yang dia ada.

Qayyum tersenyum dengan lebar. "Terima kasih paa maa !" terus Qayyum berlari ke biliknya. "Ini mesti sebab teringat kat Qisya" tembak Puan Maria. Encik Hashim hanya mengangkat bahu tanda tidak pasti.

Qayyum duduk di atas katil. Ya. Memang selain daripada mengelak berjumpa si Alia. Dia teringat akan Qisya. Tempat yang mereka bergaduh.Tempat yang mereka terlanggar. Tempat yang Qisya tengking dia dan mengelarkan Qayyum 'Lenga hangit budak hingusan!' terus Qayyum tersenyum apabila teringatkan peristiwa itu. Sungguh dia rindukan Qisya Humairah.

Jangan lupa vote,comment and share ❤

My others story #CikgiPraktikalIsMine and #Depression 😚

SENIOR VS JUNIOR  Where stories live. Discover now