part 42

3.6K 155 20
                                    

Pejam celik hari ini merupakan hari pertunangan Qisya dan Qayyum. Qisya melihat dirinya dengan pantulan cermin dihadapannya.

Solekan yang nipis menambahkan seri wajahnya dengan dibaluti selendang berwarna merah jambu.

Qisya lagi berapa detik saja kau akan jadi tunangnya Qayyum. Bicara hati Qisya.

Qisya tersenyum tetapi tiba tiba dia teringatkan sesuatu. Ya di mana dia juga pernah hampir menjadi tunang seseorang tetapi Allah swt lebih menyayangi si dia.

Tanpa diminta air matanya turun. Dia takut hal tersebut berlaku sekali lagi. Selagi mereka belum sah bergelar suami isteri,rasa takut masih lagi menyelubungi diri Qisya Humairah.

Pintu dikuak oleh seseorang. Qisya terus mengelap air matanya,tidak mahu dilihat oleh orang lain.

Adawiyah tersenyum melihat adik bongsunya yang tak lama lagi akan menjadi tunangan orang.

Adawiyah perasan akan mata Qisya yang merah. "Qisya nangis ke ?" soal Adawiyah dengan lembut.

"Eh taklah mana adaa. Tadi nak letak eyeshadow sikit bagi terserlah kecantikkan Qisya ni. Hahahaha" dalih Qisya yang tak mahu merisaukan orang kelilingnya.

Adawiyah tersenyum  dan dapat merasakan adiknya sedang memendam sesuatu. Tetapi dia taknak merosakkan hari bahagia adiknya hari ini dengan tangisan.

"Adik akak sentiasaa cantik tauu. Kalau tidak tak ada la Qayyum yang tergilakan Qisya ni..hahahah" mereka ketawa bersama sama.

Adawiyah cuba mententeramkan adiknya yang mungkin masih trauma dengan kejadian di mana dia tidak dapat menjadi tunangnya Naufal.

Qisya kuat akak tahuu. Gerutu hati Adawiyah.

Knock knock

Ketawa mereka berhenti apabila mendengar ketukan dari luar.

Ibu membuka dan menjengulkan kepalanya. "Qisya dah siap ke? Diorang dah sampai" beritahu Puan Juliana sebaik sahaja melihat anak gadisnya yang sedang duduk di hadapan meja makeup.

"Qisya ni dah lama siap ibu" balas Adawiyah disertai dengan senyuman kepada Qisya yang dari tadi mendiamkan diri.

"Kalau macam tu dah jom turun. Diorang tengah tunggu tu" ajak Puan Juliana lalu mencapai tangan anak bongsunya.

Mereka berjalan beriringan sehingga ke pelamin yang siap dihias cantik berwarna putih yang dihiasi dengan bunga dan mutiara putih.

Ramai yang terpengun melihat kecantikkan Qisya Humairah.

Datin Maria mendekati Qisya dan duduk di sebelahnya. "Masya allah cantiknya bakal menantu mama" puji Datin Maria sambil mengelus lembut pipi Qisya. Qisya tersenyum malu.
.
.
.
Majlis berjalan dengan lancar. Ramai sanak saudara yang datang melihat bakal isterinya Qayyum Bin Hashim. Majlis begitu meriah dengan kedatangan saudara kedua pihak.

Qisya sekarang sudah bergelar tunangnya Qayyum. Qisya melihat cincin yang bertakhta berlian dia jari runcingnya. Cantik.

Cincin ini Qayyum yang pilihkan semasa mereka keluar pada hari itu. Bak kata Qayyum cincin berlian bagaikan cintanya kepada Qisya.  Dari celah mana datangnya cinta dekat berlian ni pun tak tahu la. Haihh Qayyum Qayyum. Nak buat pickup line tapi macam tak kena je. Qisya ketawa di dalam hati. Terasa geli hati apabila teringat semula.

Ting !

Ada notification masuk. Qisya  mengapai Iphone X dan membaca mesej pada notification.

Myboyy
Hy

Nak ngorat boleh ?

"Macam macam la Qayyum ni" Qisya ketawa kecil dengan chat yang dihantar oleh Qayyum di applikasi Whatsapp

SENIOR VS JUNIOR  Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon