part 32

3.3K 185 7
                                    

Awan mendung seperti hati insan insan yang berada di tanah perkuburan. Bagaikan turut sertai kesedihan ini. Naufal telah pun dihadap pada yang maha kuasa.

Ibu bapa Naufal menangis seperti tidak dapat menerima semua ini. Kerana Naufal adalah satu satunya anak yang mereka ada dan anak yang akan mewarisi harta mereka. Tapi itu hanya rancangan manusia. Allah yang tentukan.

Qisya masih lagi setia duduk di sebelah kuburnya Naufal. Dia sukar untuk  mempercayai perkara ini sudah berlaku.
Inikah tanda mimpi tu? soal hati Qisya. Air matanya tak berhenti mengalir. Matanya juga turut sembam.

"Qisya..jom balik" ajak Puan Juliana sambil memegang lembut bahu anak bongsunya. Mereka yang lain sudah bangun dan beredar dari situ selepas bacaan doa. Kecuali ibu bapa Naufal saja masih setia di tepi kubur anak mereka.

"Bu..Kenapa Naufal pergi terlalu awal ibu? kenapa dia perlu pergi semasa hari pertunangan kami?" soal Qisya dengan sedih. Matanya tak beralih langsung selain memandang batu nisan yang terukir nama Naufal Firdaus Bin Kamarul.

Sepatutnya hari ini ialah hari kegembiraan untuk semua terutama sekali kepada Qisya dan Naufal. Kerana hari ini ialah hari pertunangan mereka. Tetapi Allah itu Maha Kuasa.

"Qisya tak baik cakap macam tu. Itu seperti menyalahkan kekuasaan Allah sayang. Kita hanya mampu berdoa sahaja supaya arwah Naufal tenang disana." kata Puan Juliana untuk memujuk Qisya. Dia juga turut terkejut mendengar kematian Naufal. Dia tahu dan faham perasan anak bongsunya.

Qisya hanya akur saja.

Ya betul. Allah lebih menyayangi Naufal. Aku tidak boleh macam ni! Naufal,Qisya pergi dulu. Semoga awak tenang disana. Saya sayang awak Muhammad Naufal. Terima kasih kerana sudi menjadi teman baik saya dan kekasih hati saya semasa di UK. Jika saya ada masa saya akan melawat awak. Bicara hatinya.

Tak semena air matanya deras mengalir bagaikan hujan. Dia tak mampu menahan tangisan ini.

"Aunty..Qisya balik dulu ya" kata Qisya sambil menyua tangan untuk salam. Tetapi hulurannya tidak disambut. Qisya faham Aunty Faizah masih lagi rasa sedih dengan kehilangan satu satunya anak mereka.

"Uncle Qisya balik dulu ya" Uncle Kamarul  hanya mengangguk sambil senyum dengan bersisakan air mata di tubir.

Qisya bangun dan ke arah ibunya. Ibu ayah dan Farhan sudah ke kereta. Hanya Qisya masih berjalan ke arah mereka.

Kaki Qisya berhenti dan memusing kebelakang melihat kubur Naufal. Hatinya sedih. Orang yang dia cintai telah pergi. Mungkin ini bukanlah jodohnya di dunia.

Tiba tiba dia teringat semasa tahu akan kematian Naufal di hospital.

Flashback

Qisya jalan ke arah Ibu bapa Naufal yang sedang duduk di kerusi luar wad. Mungkin ada doctor sedang checkup Naufal di dalam wad. "Aunty" Qisya menyua tangan untuk disalami. Aunty Faizah sambut dengn senyuman yang cuba dimaniskan.

"Aunty dan uncle dah makan?" soal Qisya untuk buang rasa kekok apabila suasana menyepi.

SENIOR VS JUNIOR  Where stories live. Discover now