part 50

2K 108 2
                                    

"Abang.. " panggil Qisya dengan tangisan. Qayyum yang sedang sibuk menekan keyboard laptop memandang isterinya.

"Sayang kenapa menangis ni? Sakit kat mana mana ke?" soal Qayyum yang cemas melihat Qisya menangis.

Qisya hanya menggeleng lalu menunjuk ke arah televisyen. "Kenapa Baek kyung ditinggalkan, kesian diaaa" balas Qisya sambil mengesat air matanya yang keluar apabila sedang menonton drama korea yang bertajuk Extraordinary You.

Qayyum melihat ke arah televisyen lalu menghembus nafas lega. Pasal kdrama rupanya, getus hati Qayyum sambil menggeleng kepalanya.

"Sayang ni buat abang risau je, ingatkan sakit kat mana mana rupanya drama je" kata Qayyum yang pening melihat karenah isterinya makin hari.

"Abang marah saya ke?" soal Qisya dengan nada sedih, air matanya seperti mahu keluar lagi.

Qayyum tersenyum lalu terus memeluk isterinya. "Manada sayang, abang cuma risau je" pujuk Qayyum sambil menggosok belakang badan isterinya.

Tanpa dipinta air mata Qisya deras keluar daripada tubir matanya. "Kenapa sayang nangis sangat ni?" soal Qayyum kehairanan, dia mula rasa bersalah. "Abang ada sakitkan hati sayang ke?" soal Qayyum untuk kepastian, dia mengesat air mata isterinya.

Qisya menggeleng, "Sayang pun tak tahu kenapa rasa nak menangis" balas Qisya dengan air matanya tidak berhenti mengalir. Qayyum hanya tersenyum, haih manja betul laaa isteri aku.

"Sayang nak makan apa apa tak?" soal Qayyum seperti memujuk isterinya.

"Nak makan abang boleh?" soal Qisya dengan manja. Qayyun ketawa kecil. "Eyy ngada ngadanya isteri abang nii ehh" balas Qayyum lalu menarik hidung Qisya.

Qisya sudah merengek untuk dilepaskan lalu dia menggosok hidungnya dek tarikan suaminya tadi.

"Betul ke nak makan abang? Kalau macam tu jom masuk bilik" ajak Qayyum dengan usikan. "Eyy gedik laa abang ni" balas Qisya dengan ketawa kecil. Mereka ketawa manja bersama sama di ruang tamu.

"Abangg..sayang rasa nak makan sate ayam laa hmm" kata Qisya sambil bermain main jari jemari suaminya.

"Okey jap abang gi beli eh". Qayyum terus bangun hendak pergi membeli makanan yang diingini oleh isterinya.

"Nak ikut boleh ?" soal Qisya dengan manja.

"Sayang larat ke?" soal Qayyum untuk kepastian kang penat pula menunggu orang itu membakar sate nanti.

"Ermm, sayang bosan laa hmm" suara Qisya sengaja dimanjakan. Sungguh dia bosan duduk dirumah sahaja. Kali terakhir dia keluar rumah pun minggu lepas itu pun ke rumah ibunya.

"Yelaa, pegi siap." arah Qayyum lalu menutup televisyen dan mengemas buku buku di atas meja kecil yang digunanya tadi.

Qisya terus berlalu ke bilik. Yeay dapat sate!
***
Malam telah menjelma, sejak lepas maghrib Qisya tidak henti ulang alik ke tandas. Alahan Qisya menjadi teruk pada waktu pagi dan malam sahaja.

Kaki Qisya menjadi lemah akibat ulang alik masuk tandas, mujur ada Qayyum yang setia memegang lengannya daripada jatuh.

Qisya terduduk di atas lantai tandas diikuti Qayyum juga. "Sayang okey?" soal Qayyum yang kerisauan apabila melihat muka pucat isterinya.

Qisya hanya mengangguk. Hampir 10 minit mereka berada di tandas. Qayyum tidak henti menggosok belakang badan Qisya dengan lembut.

Mual Qisya sudah berkurangan lalu Qayyum mengangkat Qisya ke atas katil.

Qayyum berlari anak mengambil minyak cap kapak lalu disapu dikepala isterinya untuk hilangkan rasa pening.

Qisya hanya terdiam lalu kedengaran dekuran halus di mulutnya. Qayyum tersenyum melihat muka Qisya apabila sedang tidur.

Lalu tangan Qayyum bergerak ke atas perut Qisya. Perut isterinya semakin kedepan kerana kandungan tersebut hampir cecah 2 bulan.

"Anak daddy jangan nakal sangat eh, kesian mummy" kata Qayyum sambil menggosok dan mencium perut isterinya.

"Sayang abang kuat" kata Qayyum sambil mengelus lembut rambut isterinya lalu mencium dahi Qisya Humairah dengan penuh kasih sayang.

Qayyum membaringkan badannya disebelah Qisya sambil tangannya menggosok perut isterinya lalu tertidur.

Qisya terjaga tanpa sebab, lalu meraba di atas meja kecil untuk mencari iPhone miliknya. Qisya melihat jam di skrin iPhone. 3:20 am

Qisya melihat suaminya sedang tidur dengan nyenyak sekali, dia tersenyum melihat raut wajah tersebut walaupun samar samar di dalam gelap.

Tiba tiba Qisya terasa ingin membuang air kecil lalu bangun bergegas ke tandas, tidak sempat mahu melangkah masuk ke dalam tandas kedengaran Qayyum memanggilnya.

"Sayang rasa mual lagi ke?" soal Qayyum sambil menggosok matanya.

"Eh tak, sayang rasa nak terkencing,abang tidur laa" balas Qisya lalu terus masuk ke dalam tandas. Qayyum hanya mengangguk lalu baring semula ditempatnya.

Selesai melepaskan hajat Qisya berjalan ke arah katil, dia terasa lapar.

"Nak kejut ke tak eh" soal Qisya sendirian untuk membangunkan suaminya. "Tapi Qayyum tengah syok lena tuu, kesian laa hmm" monolog dirinya lagi.

Sedang ralit berfikir tiba tiba pinggangnya dipeluk. "Kenapa sayang tak tidur lagi?" soal Qayyum tapi matanya masih tertutup.

"Abang.."

"Hmm?"

"Sayang lapar laa..." luah Qisya sambil mengelus lembut lengan suaminya. Terus mata Qayyum terbuka lalu bangun memandang isterinya.

"Pukul berapa sekarang?" soal Qayyum sambil menguap.

"3:30 pagi" balas Qisya yang rasa bersalah mengejutkan suaminya waktu begini. "Qisya nak makan apa?" soal Qayyum sambil menggenggam jari jemari isterinya.

"Tapi nanti susahkan abang pulaa" balas Qisya yang seakan akan berbelah bahagi mahu beritahu ke tidak.

"Apa?"

"Ermm bubur ayam yang abang buat haritu. Sedap" balas Qisya dengan sengihan.

Qayyum tersenyum lalu terus bangun. "Eh abang nak pegi mana?" soal Qisya yang hairan.

"Ish pegi buat bubur laa, tadi kan kata lapar" balas Qayyum sambil menggeleng. Qisya tercenggang, uish biar betul laki aku nak masak pagi pagi gini, getus hatinya.

"Serius ke abang? Tapi mesti abang mengantuk kan?" balas Qisya yang rasa serba salah tapi dalam masa yang sama dia teringin akan bubur ayam suaminya.

"Nak ke tak nak?" soal Qayyum sambil mencubit pipi isterinya.

"Nak.. Hehe" balas Qisya dengan manja. "Tapi sayang kena laa teman abang kat dapur. Takut laa". Pinta Qayyum yang sememangnya takut akan suasana begini, sunyi.

Qisya ketawa kecil, "Yela yela janji dapat makan bubur ayam" balas Qisya dengan riang.

Fuh mujur Qisya hanya minta bubur ayam waktu begini, dibuatnya mahu makan nasi lemak ayam ke, bihun sup ke, ais kacang ke perghh mana mahu cari waktu begini. Kalau 3:30 petang takpe la juga. Getus hati Qayyum sambil memimpin lengan isterinya ke dapur.

Sorry kalau cerita ni makin hambar ke 😓 sis akan cuba mendapatkan idea yang menarik hehe.

Jangan lupa vote, comment dan share ❤

SENIOR VS JUNIOR  Where stories live. Discover now