part 35

3.4K 166 0
                                    

Ramai yang berkumpul di perkuburan Alia. Dan ramai terkejut dengan pemergian arwah. Mereka semua tidak menyangka yang Alia akan pergi secepat ini.

Walaupun Alia bukan lagi kawan Qisya. Tapi dia tetap berasa sedih dengan pemergiannya. Kerna Alia pernah menjadi sahabat baiknya dulu. Susah senang bersama sejak Jannah pindah ke sekolah berasrama penuh.

Banyak memori bersama Alia semasa di sekolah menengah. Tanpa diminta air mata Qisya jatuh. Dia tak dapat tahan sebak apabila mengingat semula kenangan manis mereka bersama.

Betul la cakap orang kehilangan kawan lebih sakit dan sedih daripada kehilangan kekasih.

"Qisya balik la rehat dulu. Semua orang dah balik." kata Aunty Maznah yang melihat Qisya yang asyik termenung melihat batu nisan milik Alia.

"Erm baik la. Qisya balik dulu. Aunty uncle jaga diri baik baik ya" kata Qisya lalu bersalaman dan memeluk Aunty Maznah. Walaupun Aunty Maznah redha dengan pemergian anak ketiganya tapi hatinya tetap sedih. Ibu mana tak sedih dengan pemergian darah dagingnya sendiri.

"Ada masa datang la rumah aunty ya ?" kata Aunty Maznah dengan suara yang sebak tiba tiba. Qisya tak dapat menahan tangisan. Dia tahu dan faham perasan aunty Maznah. Lalu Qisya memeluk Aunty Maznah " Insya allah Aunty" pelukan dieratkan.

Ya Aunty Maznah masih tak tahu akan pergaduhan Qisya dengan Alia. Biar la menjadi rahsia antara dua sahabat tersebut.

***

Qisya duduk di kerusi belajar aku. Dia merenung gambar yang terletak elok di dalam bingkai yang bercorak love bff.

Hatinya menjadi sebak semula. Gambar yang diambil semasa menyambut hari guru. Gambar mereka bertiga. Qisya,Jannah dan Alia.

"Qisya nanti kau nak sambung belajar kat mana ?" soal Alia sambil melihat aktiviti yang dimain oleh guru mereka.

"Tak tahu la. Mana dapat pegi je la." balas Qisya sambil menyuap roti sosej ke dalam mulut. Emm sedap !

"Aku bukan apa. Aku nak kita still bersama. Even masuk U " balas Alia sambil  melihat kakinya menguis jalan tar yang berkelopak itu.

"Kita still kawan ok. Even apa apa pun. Sebab kita kan Best friend forever ever and ever !" balas Qisya sambil mendepa tangannya. Mereka berpelukan.

"Alia..." Qisya menangis semahu mahunya. Sungguh sakit.

Knock knock

Qisya mengelap air mata apabila mendengar ketukan di pintu. "Ya ?"

"Qisya buat apa?" soal Farhan yang berdiri di luar pintu bilik aku. Sengaja tidak buka pintu sebab takut matanya nampak sembam akibat menangis.

"Study" bohongnya.

"Ada orang nak jumpa Qisya ni" balas Farhan. Qisya bersyukur sebab mempunyai abang yang hormat privacy orang lain. Abang paan tak akan buka atau masuk bilik orang lain tanpa kebenaran. Walaupun bilik keluarganya sendiri.

"Siapa ?"

"Mana abang tahu. Yang abang tahu dia perempuan" balas Farhan.

Perempuan ? Siapa ? Tak kan Yana.?

"Ha jap lagi Qisya turun" balas Qisya sambil melihat mukanya di cermin. "Ok!"

Farhan berlalu pergi dari situ.

Qisya mencapai tudung yang berada di penyangkut. Eh jap abang paan kata perempuan. Alah tak payah pakai tudung la.

Qisya buka pintu apabila memastikan mukanta tak nampak macam baru lepas nangis.

SENIOR VS JUNIOR  Where stories live. Discover now