part 49

1.8K 102 0
                                    

Qisya dengan alahanya masih tidak dapat dipisahkan walaupun kandungannya sudah sebulan.

"Abang.. Saya teringin nak makan bihun sup laa" regek Qisya pada suaminya. Qayyum yang sedang tekun bermain game di iPhone memandang isterinya lalu tersenyum.

"Okey jap abang gi beli. Nak apa apa lagi tak?" soal Qayyum lalu mengambil kunci motor yang tersangkut di dinding. Qayyum sanggup memberhentikan permainan video di IPhone semata mata untuk memenuhi keinginan isteri tercinta.

Qisya berfikir sejenak lalu menggeleng. Qayyum terus keluar untuk membeli bihun sup.

20 minit kemudian Qayyum pulang dengan membawa dua bungkus bihun sup. "Wahhh bihun sup terima kasih abanggg" ucap Qisya dengan girang lalu plastik bihun sup bertukar tangan.

Qayyum hanya tersenyum melihat isterinya yang comel ini. Dia bersyukur sekurang kurangnya Qisya sudah mahu makan semula berbanding awal kandungan haritu, mahu menyuap satu sudu pun susah.

"Eh kenapa abang beli dua?" soal Qisya sebaik melihat suaminya berada di dapur juga. "Ingat sayang je nak makan bihun sup, abang pun nak makan juga" balas Qayyum lalu mengambil mangkuk serta sudu garfu.

"Ehh saya punya mengidam berjangkit kat awak ke?" soal Qisya yang berselorah mahu menyakat suaminya. "Yelaa,apa yang isteri abang makan itulahh abang makan juga" balas Qayyum lalu mengenyit kata pada Qisya.

"Eyy ada ada jee abang ni,dah cepat bukaa saya dah tak sabar nak hirup sup nyum nyum" kata Qisya yang teruja seperti kanak kanak yang inginkan coklat di hadapan mata mereka.

Mereka makan dengan berselera tapi belum makanan Qisya habis tekaknya terasa loya dan terus berlari ke singki. Qisya memuntah semula apa yang ditelan tadi.

Qayyum macam biasa akan setia berada disisi isterinya ketika sedang muntah sambil menggosok lembut di belakang badan isterinya.

"Erhh saya nak rest kat bilik" kata Qisya, tangannya erat memegang tangan suaminya. "Bihun sup awak tak habis lagi. Awak taknak sambung makan?" soal Qayyum untuk kepastian nanti kang kepunan pula.

Qisya menggeleng, "Dah kenyang". Qayyum memimpin Qisya masuk ke bilik dan membaringkannya dengan perlahan. "Nak apa apa lagi ?" soal Qayyum sebelum mahu keluar dari bilik untuk mengemas meja makan. Qisya menggeleng.

Baru sahaja Qayyum mahu melangkah tangannya dipegang Qisya. Qayyum memandang isterinya dengan hairan.

Qisya bangun dan duduk bersila di atas katil "Abangg.. Saya nak minta maaf kat awak sebab dah banyak susahkan awak" tanpa dipinta air mata Qisya keluar dari tubir matanya.

Qayyum duduk disebelah Qisya lalu memeluk Qisya dengan penuh kasih sayang. "Manada sayang susahkan abang. Abang suka tauu sebab abang dapat rasa jadi seorang suami yang mampu penuhi keinginan isterinya. Abang yang patut minta maaf sebab susahkan sayang kena mengandungkan anak kita" pujuk Qayyum dengan lembut sambil mengesat air mata Qisya Humairah.

Beginilah isterinya sejak mengandung kadang itu hal kecil pun dia boleh menangis.

"Manada susahkan saya, saya suka tau bila dapat pregnant sebab saya dapat rasa macam mana ibu dan mama pregnant kan kita dua. Dan lagi satu kalau bukan saya yang pregnant siapa lagi nak pregnant anak awak" selorah Qisya sambil tersenyum manis. Sedihnya sudah hilang begitu sahaja.

Qayyum ketawa dengan balasan Qisya lalu mencubit kedua belah pipi Qisya yang semakin tembam, geram. Qisya mengaduh sakit dek cubitan tersebut lalu menggosok pipinya.

Qayyum tersenyum girang melihat Qisya begini, haih kenapa la isteri aku comel sangat? Getus hati Qayyum. "Ni sayang rasa nak muntah tak? Senyum elok je" kata Qayyum sambil mencubit pipi Qisya lagi. Qisya menggeleng sambil tersenyum macam budak budak yang mahu dimanjakan.

"Abang.. Saya nak sambung makan bihun sup tu lagi laa" rengek Qisya sambil memeluk lengan suaminya. "Eh tadi kata kenyang, mujur abang tak bedal tadi" selorah Qayyum lalu memimpin isterinya ke dapur semula.

Qisya hanya tersengih sambil berjalan memeluk lengan suaminya. Haih kejap mood sedih datang lepastu mood manja pula datang. Mujur takde mood marah marah fuh. Getus hati Qayyum sambil tersenyum memandang Qisya Humairah.

***
"Ya Allah betul ke Qisya pregnant? Berapa bulan dah? Sejak bila tahu ni?" soal Puan Juliana yang keseronokan tak terhingga, dia bakal jadi nenek!

Qisya dan Qayyum hanya tersenyum melihat kedua orang tua mereka. "Baru sebulan ibu, tahu pregnant dua minggu lepas hehe tapi saja nak rahsiakan dulu" balas Qisya yang tersengih sambil memeluk lengan suaminya.

"Ni mama kamu tahu tak lagi?" soal Puan Juliana kepada Qayyum, senyumannya masih terhias di bibirnya kerana teruja bakal menimang cucu sulung.

Qayyum mengangguk. "Tadi kitaorang dah call mama bagitahu, kalau tidak nak cakap depan depan tapi mama dan papa takde, diorang pegi Pahang ada urusan" balas Qayyum dengan sopan. Dia masih boleh mendengar lagi suara teruja mamanya dihujung panggilan telefon. Biasalah hanya dia satu satunya anak mereka jadi semuanya bergantung harap pada dirinya sahaja.

"Qisya takde alahan ke?" soal Puan Juliana yang melihat anak bongsunya yang berseri seri mungkin sebab sedang mengandung. "Ada bu, alahan dia teruk ulang alik ke tandas je" balas Qayyum dengan pantas.

Puan Juliana hanya tersenyum, "Biasa la pregnant ni memang alahan dia teruk tambah pula anak pertama. Macam ibu mengandungkan kak Wiyah dulu." balas Puan Juliana yang masih teringat moment paling indah apabila doktor memberitahu bahawa dirinya sedang mengandung.

Qisya hanya tersenyum melihat ibunya, Alhamdulillah dia dapat merasa semua ini walaupun kena hadapi alahan yang teruk. "Eh mana semua orang?" soal Qisya yang baru sedar tiada orang dalam rumah ini kecuali ibunya sahaja.

"Ayah macam biasa la kat klinik. Kak wiyah dan Abang Paan keja" balas Puan Juliana. Qisya mengangguk, "eh abang Paan dah keja ke? Bila?" soal Qisya yang kehairanan. Ohh dapat keja tak bagitahu, gerutu hati Qisya.

"Minggu lepas dia dapat" balas Puan Juliana, matanya tidak henti memandang seraut wajah anak bongsunya. Dulu Qisya merana kerana ingatannya tapi sekarang Alhamdulillah dia sudah kecapi kebahagian bersama orang tersayang, getus hati Puan Juliana.

"Boleh la tapau duit gaji abang paan" selorah Qisya yang seperti mempunyai idea.

"Amboi habis siapa nak tapau saya pula?" soal Qayyum sambil memandang isterinya. "Eh dia suka pula bila orang tapau duit dia" balas Qisya lalu ketawa kecil.

"Apa yang sayang buat semua saya suka" balas Qayyum dengan senyuman yang manis bak gula gila kapas gitewww. "Haih ada ada je kamu dua ni, ha Qisya nak makan apa apa tak ibu masak" soal Puan Juliana sambil bangkit untuk menyediakan makan tengah hari.

"Haa mestilah kalau tidak Qisya tak datang la harini hehe, Qisya nak makan ayam masak merah ibu. Lama tak makan"balas Qisya dengan manja lalu bangun memeluk lengan ibunya. Puan Juliana hanya mengangguk lalu berjalan ke dapur.

"Nak Qisya tolong apa apa tak?" pelawa Qisya. "Takpayah, Qisya pegi je teman suami kamu tu. Lagipun Qisya pregnant biar ibu buat semua ni" balas Puan Juliana sambil mengeluarkan ayam di dalam peti ais. "Ermm okey hehe" balas Qisya lalu berjalan ke ruang tamu, yeay boleh nak bermanja! Gerutu hati Qisya Humairah

Jangan lupa vote, comment dan share ❤

SENIOR VS JUNIOR  Where stories live. Discover now