part 26

3.1K 161 3
                                    

Alia berjalan masuk kedalam Cafe Starbuck. Deringan telefon bimbitnya berbunyi. Sambil berjalan Alia mencari Iphone didalam bag sandangnya. Tiba tiba dia terlanggar seseorang.

Air yang dipegang oleh orang itu jatuh mengotori lantai. Alia tergamam. "Sorry saya tak sengaja" kata Alia. Dia rasa bersalah. Orang itu mendongak. Alia terkejut seperti kenal orang di hadapanya.

"Qisya?" soalnya.

Qisya melihat wajah perempuan di hadapanya. "Alia?"

Mereka berpelukan. Ya Allah rindunya dengan sahabat baiknya di sekolah menengah ni. "Jom masuk aku ganti air baru kau. Sambil tu boleh la kita sembang. Lama gila tak jumpa kau" kata Alia lalu menarik lengan Qisya masuk ke dalam.

"Bila kau balik sini?" soal Alia sambil menyedut minuman yg dipesan tadi. "Dalam sebulan lebih kot" balas aku.
Alia memandang wajah Qisya. Cantik seperti dulu. "Aku nak tanya kau something"

Qisya hanya memandang sahaja. "Kau dah pulih ke?" aku mengukir senyuman. "Alhamdullilah aku semakin pulih" 

"Maknanya kau ingat Qayyum?" Qisya terdiam dengan soalan Alia. Apa perlu aku jawab? terus terang atau tipu?

Baik aku cerita. Lagipun Alia kawan baik aku. Dia sentiasa bersama aku selepas Jannah pindah sekolah lain. Dan Alia pernah melawatnya sekali selepas dia pulang dari hospital 4 tahun lepas.

Alia melambai tanganya di hadapan aku. "Kau kenapa menung je?"

"Alia.. "

Alia memandang Qisya dengan wajah hairan. "Sebenarnya..."

***

Alia masuk kedalam bilik tidurnya. Bag sandangnya diletakkan di atas meja. Alia duduk di meja solek bersebelahan dengan katil tidurnya.

Fikirannya masih lagi teringat akan cerita yang disampai kan oleh Qisya. Senyuman sinis terbentuk di bibirnya.

"sebenarnya..."

Alia masih menunggu kata kata Qisya.Qisya menarik nafas sedalam dalamnya sebelum nemulakan cerita.

"Sebenarnya aku dah ingat semua Lia. Termasuk Qayyum"

Alia hanya beriak selamba.Tetapi di dalam hati sungguh menyakitkan. Kenapa kau tak lupakan dia terus! Getus hati Alia.

"Tapi.."

"Tapi apa ?" potong alia.

"Aku berpura pura tak ingat dia" Kata Qisya sambil menunduk memandang meja. Alia terkejut. Kenapa dia nak berpura pura pulak?

"Motif?" soal Alia untuk kepastian.

"Aku dah ada orang lain Lia. Aku kenal dia masa aku kat UK. Dia sentiasa dengan aku. Tolong aku. Dan sekarang dia sudah ada dekat Malaysia. Dia akan stay kat sinijelas Qisya dengan nada sedih.

SENIOR VS JUNIOR  Where stories live. Discover now