part 38

3.6K 167 3
                                    

"Wahh syok gila cerita tu kan Qayyum ?" soal Qisya yang keriangan kerana baru sudah menonton wayang filem The Nun. Cerita seram adalah kesukaan Qisya Humairah. Tapi Qayyum masih diam tak berkata. Qisya mula hairan. Qisya memandang Qayyum yang membisu itu.

"Awak,kenapa awak nampak pucat?" soal Qisya kerisauan. Gila tak risau tetiba jaa muka pucat macam baru lepas nampak hantu jer.

"Ermm tak ada apa la. Jom kita pegi cafe sana tu" balas Qayyum sambil menunjuk cafe yang ditunjuknya itu. Qisya hanya mengangguk sahaja.

Mereka berdua masuk ke dalam cafe lalu memilih tempat duduk di tepi tingkap. Yes itu tempat kegemaran mereka berdua.

Selepas sudah membuat pesanan. Qisya terus tenung Qayyum. "Apa?" soal Qayyum kerana kekok apabila Qisya terus tenungnya sebegitu. Qayyum berdehem sikit untuk buang rasa kekok tersebut.

"Awak takut cerita hantu kan ?" soal Qisya terus sambil mengecilkan matanya. Qayyum tidak menjawab apa apa dia hanya diam sambil memandang orang lalu lalang di sebalik tingkap.

"Qayyumm" leret sahaja Qisya memanggilnya. Qisya hanya inginkan kepastian. "Yes" ringkas sahaja jawapan yang diberi oleh Qayyum.

1 saat

2 sa..

"HAHAHAHAHAHAHAHAHA" meletus ketawa Qisya selepas mendengar kebenaran tersebut. Gila kau tak ketawa bila ada lelaki takut tengok cerita hantu. Siap muka pucat lagi. Haduhh boyfriend siapa la ni oi ? Qisya menghiraukan manusia manusia yang melihat dirinya yang sakan ketawa.

"Qisya please stop laughing. Please " kata Qayyum sambil mengurut dahinya. Rasa malu datang apabila ramai mata melihat mereka berdua.

"HAHAHAHAHAHAHA" Qisya masih lagi dengan ketawanya sambil memegang perut. Apa yang lawak sangat pun tak tahu laa

"Qisyaa"

"What ? this is sooooo funny lol" balas Qisya. Ketawanya masih bersisa lagi. "Kalau Qisya terus gelak,Qayyum kiss kang" amaran Qayyum sambil memandang Qisya tanpa senyuman.

Qisya terdiam. Dia memandang Qayyum yang jelas menyuruh dirinya diam. Qisya terus membuat gaya seperti zip mulutnya. "Ha tahu pun diam" kata Qayyum sambil tergelak kecil. Mahu tak gelak,baru kata nak kiss terus diam. Hai laa Qisya Humairah.

Beberapa saat kemudiam air yang mereka pesan tiba selamat mendarat di atas meja yang mereka duduki.

Qisya berdeham. "Ermm awak,nak tanyaa kena..." tak sempat Qisya menghabiskan ayatnya Qayyum membalasnya terlebih dahulu.

"Sebab tak suka"

"Kenapa ?"

"Nak kena kiss ke ?"

"Aloo orang tanya sikit jerr nak kiss erm" kata Qisya sambil membuat lagak kanak kanak merajuk. Dia menyilangkan lengannya di dada sambil melihat ke arah lain. Tak lupa juga nak muncung bibir sekali.

"Eyy tengok mulut tu. Muncung muncung,sangkut kang" usik Qayyum sambil membuat mulutnya muncung juga.

"Eyy pervert!" Balas Qisya sambil menunjuk penumbuk pada Qayyum. Qayyum galak ketawa. Nampak comel je apabila Qisya buat macam tu. Getus hati Qayyum.

"Ha termenung. Orang tengah bebel dia boleh pula menung" marah Qisya yang masih berpura pura merajuk. "Kite ni termenungkan awak jer" kata Qayyum dengan senyuman yang tersangat la manis yang boleh menyebabkan diabetes. Qisya yang masam tadi terus tersenyum dengan ayat yang dilemparkan dari mulut Qayyum.

"Ye la tu" balas Qisya yang ingin menduga Qayyum. Saja jer nak bermanja la katakan. "Iye Qisya Humairah intan berlian hati jiwa jantung buah pinggang saya" balas Qayyum sambil tenung Qisya.

SENIOR VS JUNIOR  Where stories live. Discover now