part 17

3.6K 203 5
                                    

"Ok semua dah siap?" soal encik Hamid kepada Qisya dan puan Juliana. Mereka melihat bag yang sudah siap dah mengangguk pada Encik Hamid.

Farhan sudah pun pulang ke Turki manakala Adawiyah juga turut pulang ke UniKL. Hasrat Adawiya ingin saja belajar di UK boleh bersama keluarga. Tapi sayang dia hanya tinggal lagi berapa sem sahaja untuk habis.

"Ok jom!  Flight kita pukul 2:40 petang." kata Encik Hamid sambil melihat jam di tangan kanannya. Jam menunjukkan masih lagi pukul 12:15 tengah hari. Tapi tak apa kan siap awal. Tak la kalut nanti.

Grab sudah sampai di hadapan rumah mereka. Mereka mengangkat bag dan meletakkan di dalam bonet belakang.
Urusan semua telah siap disediakan oleh Doktor Fatiya. Termasuklah tempat tinggal. Rumah di Malaysia?  Mereka tak jual pun. Encik Hamid sudah upah orang untuk membersihkan rumah ini pada setiap bulan.

Selepas bag disimpan elok di bonet. Mereka masuk ke dalam kereta tersebut. Encik Hamid duduk bersebelahan dengan pemandu manakala Qisya dan Puan Juliana duduk di bahagian belakang. Kereta tersebut terus meluncur ke airport.

Hampir setengah jam perjalana mereka ke KLIA. Grab tersebut berhenti dj parking yang telah disediakan. Mereka keluar dari kereta dan mengambil bag bagasi dan melangkah masuk ke dalam KLIA.

Deringan bunyi telefon bimbit Puan Juliana berdering. Muncul nama Adawiyah pada skrin telefon itu.

Hello Assalamualaikum.

Walaikumsalam. Ada apa wiyah?

Tak ada apa saja je. Ibu ayah dan Qisya dah sampai airport?

Ya baru jer sampai.

Qisya macam mana?

Macam tu laa tak banyak sangat cakap.

Ohh ayah?

Ayah tengah check in tiket kat kaunter.

Ohh okay laa kalau macam tu kirim salam ya pada Ayah.

Insya allah

Hati hati kat sana. Bye.

Yaa.

Panggilan dimatikan.

"Sapa yang call tu?" soal Encik Hamid sebaik sahaja berdiri di sebelah isterinya.

Puan Juliana tersentak. Dia menoleh ke tepi. "Abang ni terkejut Jue. Emm wiyah yang call tadi" Encik Hamid mengangguk saja sambil melihat tiket ditangannya.

"Ha wiyah kirim salam" kata Puan Juliana lagi. "Walaikumsalam" balas Encik Hamid.

"Qisya seronok tak dapat pergi luar negara ni?" soal Puan Juliana apabila melihat anaknya diam dari tadi.
Qisya mengangguk sambil tersenyum manis. Terserlah mukanya yang keseronokan kerana dapat ke luar negara.

Encik Hamid dan Puan Juliana turut tersenyum. "Ha abang dah bagitahu Hashim ke pasal kita nak ke UK ni?" soal Puan Juliana.

Encik Hamid menepuk dahi. "Ya Allah. Abang terlupa laa" terus saja dia membawa keluar telefon bimbitnya yang berjenanama Samsung 7 dan terus mencari nama kawan baiknya.

SENIOR VS JUNIOR  Where stories live. Discover now