₊˚ʚ Zhafran Aurel : 1 ⨾ଓ

21.3K 882 81
                                    

AUREL melangkah masuk ke dalam bilik kerja nya

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

AUREL melangkah masuk ke dalam bilik kerja nya. Harini merupakan hari pertama Aurel bekerja di syarikat ayah nya sendiri.

Semoga Allah permudahkan segala urusannya..

TOK TOK

"Come in, Aurel." ujar ayahnya, Tuan Zahrin Raiz. Walaupun dia bekerja di syarikat ayahnya sendiri, dia haruslah bersikap formal dan profesional ketika berada di tempat kerjanya. Kerja dan peribadi jangan campurkan.

Ayahnya, Tuan Zahrin Raiz merupakan manager syarikat ini. Dah namanya syarikat sendiri kan?

RaSyaRose's Holdings. RaSyaRose's Holdings adalah gabungan daripada nama mereka bertiga. Aurel hanyalah satu-satunya anak perempuan dalam keluarga itu.

"Yeah thank you Sir Raiz." balas Aurel dengan nada yang formal. Tiada senyuman yang tercalit dibibirnya tika itu.

"Aurel, sekejap lagi PA saya akan tunjukkan dimana tempat kerja kamu. Sebelum tu, sila perkenalkan diri kamu." terang Tuan Raiz lalu mendapat anggukkan daripada Aurel.

"As you guys know, I'm Aurel Zea Rose. You guys can call me Aurel." kata Aurel lalu memperkenalkan dirinya.

"Hai Aurel! Saya Sufina!" balas Sufina kepada Aurel. Sufina merupakan salah satu pekerja yang sudah lama berkhidmat dengan syarikat ayahnya.

"Aryan." ujar lelaki itu senada. Dalam hati Aurel, mahu sahaja dia kutuk lelaki itu. Sombong. Sorry, sombong-sombong pun bukannya crush. Jadi, tidak menjadi masalah bagi Aurel Zea Rose.

"Saya Elena. Nice to meet you, Aurel." kata Elena lalu mengukirkan senyuman manis.

Aurel hanya mengangguk. Dia membisikkan sesuatu dekat gegendang telinga ayahnya.

"Ayah, kerja Aurel disini apa?" tanya Aurel kepada ayah nya.

"Nanti Aurel Zea Rose tahu lah," jawab Tuan Raiz dengan selamba. Sengaja lagi dia memanggil nama penuh anak nya itu.

"Ayah, don't call my name like that." rengek Aurel perlahan. Hanya dia dan Tuan Raiz sahaja yang mendengarnya.

"Haha okey Rose. Kejap lagi PA ayah bagitau okey?" kata Tuan Raiz dengan nada yang berbisik. Seronok dapat mengusik anak perempuannya ini. Almaklumlah, Aurel tu anak tunggal. Tiada abang malahan kakak. Hanya seorang sahaja.

Aurel hanya mengangguk.

Disini tiada siapa pun yang tahu bahawa Aurel merupakan anak kepada pengasas syarikat RaSyaRose's Holdings.

"Qarl! Tunjukkan dimana tempat kerja Aurel." arah Tuan Raiz kepada PA nya iaitu Qarl. Qarl segera menuju ke arah bosnya lalu akur dengan arahan itu.

ZHAFRAN AUDEN ©️Onde histórias criam vida. Descubra agora