₊˚ʚ Zhafran Aurel : 49 ⨾ଓ

6.9K 371 31
                                    

Song : Esok Masih Ada by Hannah Delisha

SUASANA mula hening di kawasan ward Aurel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUASANA mula hening di kawasan ward Aurel. Aurel terpaksa ditahan buat beberapa hari untuk memastikan kesihatannya tidak menurun mendadak.

Mata Dr. Aisy bertembung dengan anak mata Zhafran yang kuyu itu. Tampak sekali, Zhafran terlalu lelah. Dia terpaksa meninggalkan beberapa tugasnya di ofis semata-mata untuk menjaga isterinya.

"Puan Aurel.."

".. Menghidapi kanser rahim tahap pertama." Ujar Dr. Aisy seraya memandang anak mata suami kepada pesakitnya. Berat untuk Zhafran menelan kenyataan itu.

"Ya Allah.. Allahuakbar.." Air mata lelakinya jatuh menyembah permukaan lantai, kepalanya terasa dihempap batu besar tatkala mendengar kenyataan itu.

Dr. Aisy dapat melihat wajah Zhafran yang kusut itu melalui hujung anak mata. Terbit rasa simpati dengan pasangan muda itu. Awal-awal lagi dah kena uji.

Air mata yang membasahi pipi lelaki itu di kesat perlahan. Dia cuba untuk menerima kenyataan bahawa isterinya menghidapi kanser rahim.

"Dr.. Kanser tu masih boleh dirawat kan...? Risiko untuk mendapatkan zuriat masih ada ke...?" Persoalan yang Zhafran timbulkan itu membuatkan Dr. Aisy terdiam memikirkan jawapan.

Tidak lama kemudian, Dr. Aisy menganggukkan kepalanya. Dia menulis sesuatu di bukunya.

"Ya.. Tetapi saya harap Tuan dan Puan ingin menjalankan kemoterapi secara berkala dan mengambil ubat mengikut tarikh." Ujar Dr. Aisy tanpa senyuman yang tercalit di bibirnya.

Dia harap Aurel akan fokus untuk membuatkan rawatan itu.

"Saya akan berikan ubat untuk Puan Aurel sekejap lagi ya..?"

Hanya anggukkan yang dapat Zhafran balas. Tidak lama itu, dia menghenyakkan punggung di kerusi menunggu di kawasan wad yang menempatkan isterinya.

Kemudian itu, Zhafran meraup wajahnya dengan kasar, satu demi satu ujian yang Allah berikan kepada mereka berdua. Tetapi mereka masih dapat tempuhi bersama. Namun, dia tidak senang duduk jikalau tidak melihat wajah isterinya..

Setelah itu, Dr. Aisy mengorak langkah untuk masuk ke dalam bilik wad pesakitnya yang lain.

Pintu bilik yang berkod 456 dikuak perlahan, lalu Zhafran melangkah ke depan untuk melihat wajah isterinya yang pucat itu.

Allah..

"Please be strong for me, flower..." Hanya itu yang dapat diungkapkan oleh Zhafran. Air mata menjadi penemannya.

"Abang can't lost you again.."

"Please be strong, my cinta..."

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now