₊˚ʚ Zhafran Aurel : 55 ⨾ଓ

8K 370 27
                                    

Song : Story of my life by One Direction

PINTU wad itu dikuak dengan pantas, lalu kedua-dua adik beradik Zhafran meluru masuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU wad itu dikuak dengan pantas, lalu kedua-dua adik beradik Zhafran meluru masuk.

"Mana baby?!" Sergahnya dan membuatkan si kecil itu merengek. Tidurnya telah diganggu oleh maksunya. Cepat sahaja Aurel mendodoikan Zhufairah supaya lena semula.

Ee, kacaulah maksu ni!

"Biar adik yang bagi nama princess!" Celah Afeefa sambil matanya meliar mencari si kecil itu. Zhafran hanya menggelengkan kepalanya.

"Omo omo, comelnya! Macam akak!" Pujinya lagi, dan membuatkan Zhafran berasa geram. Takkanlah takda langsung irasnya dengan anak sendiri?

"Takda iras langsung ke baby tu dengan abang?" Sampuk Zhafran, lalu dia bercekak pinggang. Marah ni marah!

Afeefa merenung anak mata si kecil itu dan anak mata abangnya, nampaknya warna anak mata mereka sama.

"Hm, ha! Anak matanya sama, babyface macam abang hehe!"

Mentang - mentang lah wajahnya bersih tanpa sebarang flaws, sukalah tu. Zhafran apalagi, tersenyum seperti kerang busuk dah.

"Eh adik jangan sibuk! Biar abang yang tentukan nama princess!"

Zhafran mendengus kasar. Adik-adiknya ni terlalu sibuk nak tentukan nama anaknya sedangkan dia sudah ada nama yang sesuai untuk princess nya.

Segera sahaja Zhafran menapak ke arah adiknya lalu dia mengetuk kepala Zayyan dan Afeefa serentak. Afeefa mengetap bibirnya rapat, suka hati aje!

"Eh eh, jap. Ini anak siapa? Anak abang kan?" Bicara Zhafran dengan nada yang sederhana. Aurel hanya menahan tawanya daripada meletus. Suka sangat dengan adik beradik suaminya ini. Teruja bukan main siap nak tentukan nama anak mereka.

Terdiam Zayyan dan Afeefa apabila Zhafran mula bersuara. Mereka berdua hanya mengukir senyuman tidak bersalah. Terlalu excited nak ada anak buah lah katanya.

"Oh, nama princess dah ada lah." Sambung Zhafran lalu dia meletakkan tubuh anaknya di bahunya lalu di gendong.

"Apa dia?" Ujar Zayyan dan Afeefa serentak. Mereka sempat lagi memberikan jelingan antara satu sama lain.

"Tuan Zhufairah Aleena." Sebaris Zhafran berkata dan membuatkan Afeefa tersenyum lebar.

"Lawa lah nama! Ini adik setuju! I love I love!"

"Hai kesayangan mommy su!" Habis seluruh wajah si kecil itu mendapat kucupan daripada Afeefa. Namun, si kecil itu tidak menangis malahan suka lagi dengan mommy su nya.

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now