₊˚ʚ Zhafran Aurel 57 ⨾ଓ

7.1K 365 10
                                    

Song : Treat You Better by Shawn Mendes

TUBUH kecil Zhufairah diletakkan di atas peha Zhafran, lalu dia melabuhkan kucupan hangat di pipi si kecil itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


TUBUH kecil Zhufairah diletakkan di atas peha Zhafran, lalu dia melabuhkan kucupan hangat di pipi si kecil itu. Zhufairah ketawa kecil, suka dengan tindakan spontan babahnya.

"Ee sukaa nya dia yaa!" Semakin rancak Zayyan mengusik si kecil itu membuatkan Zhufairah melorek senyuman yang cukup manis. Kelihatan cantik si kecil itu cukup sempurna tambah lagi dengan lesung pipitnya.

Aurel menguntum senyuman dari jauh, anaknya suka memancing perhatian papa-ngah nya dan mommy su nya itu. Mentang - mentang lah dia merupakan satu-satunya cucu yang dimiliki oleh kedua-dua keluarga itu. Sukalah tu!

"Aleena taknak dengan mama ke?" Zhufairah menghulurkan tangan kecilnya untuk di dakap oleh Aurel. Aurel mengulum senyuman kecil, dia mula menapak ke arah anaknya yang lagi selesa duduk di riba suaminya.

"Come with mama?" Zhufairah menjatuhkan kepalanya berkali-kali tanda dia mahu mendekati mamanya. Apabila Zhufairah sudah berpindah ke dalam dakapannya, kedengaran halus suara Zhufairah yang tergagap-gagap mahu mengeluarkan beberapa patah perkataan. Jari kecil itu dihisap olehnya, Aurel menggelengkan kepalanya lalu jari kecil itu dipegang olehnya daripada Zhufairah terus menerus menghisap jari kecilnya.

"Ba-baa.. Ma-mmaa." Walaupun baru berumur 4 bulan, Zhufairah sangatlah aktif seakan-akan budak yang sudah berumur setahun lebih.

"Wahh, abang! Aleena pandai cakap mama babah lah!" Dengan penuh teruja Aurel memberitahu gerangan suaminya. Zhafran hanya tersenyum, dia suka dengan gaya isterinya yang tidak ubah lagi itu. Sedangkan, sudah menjadi ibu kepada anaknya! Masih lagi manja.

Zhafran turut mendekati sosok isterinya, lalu dia memaut bahu isterinya yang lagi mendakap tubuh anak kecil itu.

"Eherm! Anak baru 4 bulan tu.. Jangan nak mengada-ngada kat sini." Perli Zayyan dengan nadanya yang cukup menyampah. Afeefa menahan tawanya yang hampir meletus itu namun cepat-cepat dia menekup mulutnya dengan rapat. Takut akan tawanya bakal meletus. Dia tahu Zayyan lagi memerli pasangan sejoli itu, manakan tidak, dimana-mana sahaja tak kira masa, pantang ada masa terluang. Mulalah nak bersemut-semut.

Tak reti nak hormat orang yang single.

"Cemburu ke?"

Zayyan merengus kasar. Dia? Mahu cemburu? Lambat lagi.

"Huh takda masa aku nak cemburu. Dah bagi baby Aleena kat aku, kau pergilah dating dengan bini kau." Zayyan berbicara lalu dia menghulurkan tangannya untuk menyambut si kecil itu.

Greenlight!

Zhafran mengorak langkah lalu dia meletakkan tubuh kecil itu di peha Zayyan. Sempat lagi Zhafran mengucup sekilas dahi Zhufairah dan membuatkan Zayyan menaikkan bola matanya. Menyampah betullah.

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now