₊˚ʚ Zhafran Aurel : 33 ⨾ଓ

6.3K 384 33
                                    

FRANCE

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

FRANCE

Matanya tidak tenang jikalau sosok isterinya tiada di hadapan matanya. Baru tak sampai dua puluh empat jam, dah rindukan sosok isterinya.

"I miss you already.."

Zhafran memejamkan matanya sesaat. Mengapa takdir mereka tidak seindah takdir yang lain?

Adakah mereka ditakdirkan untuk berpisah? Adakah perpisahan milik mereka berdua?

"I will always with you eventhough you don't need me, flower.."

Sakit itu hanya dia sahaja yang merasainya. Zhafran memukul dadanya kuat. Dia ingin melepaskan semua perasaan sakit itu.

"Ya Allah, kau bukakanlah hati Aurel Zea Rose untuk diri ini, ya Allah.." Zhafran menitipkan doanya agar Aurel dapat menerima kehadirannya sebagai seorang suami.

Malah dapat membuka pintu hatinya untuk dirinya.

"Hati awak, hanya Allah saja yang tahu. Tapi, izinkan saya buka hati awak dengan surah al Fatihah. Surah pertama dalam al-Quran."

Walaupun nampak pelik, Zhafran hanya mengendahkannya. Dia harap kali ini dia mampu memiliki hati Aurel Zea Rose.

Kenapa pula Zhafran memilih surah Al Fatihah sebagai pilihannya? Baginya, semua surah yang terkandung dalam al-Quran itu penawar cinta bagi semua makhluk. Namun, surah al Fatihah kan surah pertama.

Benar kan?

TOK TOK

Pintu bilik diketuk menyedarkan Zhafran yang sedang mengelamun sendirian itu. Dia cuba mencari dirinya.

"Tuan, kejap lagi kita ada meeting." Ilya berkata seraya masuk ke dalam bilik kerja Zhafran. Dia menghulurkan fail tersebut untuk mendapatkan tandatangan majikannya.

Zhafran mengangguk. Dia menuju ke tempat duduknya. Fail yang Ilya hulurkan itu diambil lalu pantas sahaja tangannya menandatangani persetujuan antara dua syarikat besar.

Matanya terlirik akan nama syarikat itu.

RaSyaRose's Holding.

Ini bukankah syarikat ayah mertuanya? Wah, Zhafran terkejut apabila syarikat ayah mertuanya ingin menjalankan kerjasama dengan syarikat nya.

"Ilya. Ini syarikat Tuan Raiz kan?" soal Zhafran dengan nada yang dingin untuk memastikan semuanya betul. Takut sahaja dia salah lihat. Mana lah tau, terlalu gila bayang isterinya sehingga salah lihat ke...

Ilya mengangguk laju.

"Benar, ini syarikat Tuan Raiz." jawab Ilya dengan nada yang formal. Tidak berani untuk memandang lelaki itu. Seram sejuk dengan vibes Zhafran yang tiba-tiba sahaja berubah angin ini.

ZHAFRAN AUDEN ©️Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum