₊˚ʚ Zhafran Aurel : 42 ⨾ଓ

8.5K 452 37
                                    

Song : Jodoh Pasti Bertemu by Afgan

"ADUH-aduh! Sakit lah!" Zayyan mengusap telinganya yang dicubit sekali lagi oleh Zhafran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"ADUH-aduh! Sakit lah!" Zayyan mengusap telinganya yang dicubit sekali lagi oleh Zhafran.

Zhafran hanya menayangkan riak muka yang cukup selamba. Itu kan salah dia, padan lah muka.

"Lah iya kah? Masalah aku ke masalah kau?" Zhafran sengaja lagi menambahkan api kemarahan adiknya.

Zayyan menjeling tajam anak mata Zhafran, namun Zhafran hanya menayangkan riak muka yang selamba seakan-akan tidak takut dengan jelingan itu.

Ziyad yang dari tadi mengunci mulutnya, akhirnya bersuara. Geram pula dengan adik-beradik ni.

"Sudah-sudah lah tu. Tak manis lah kalau tetangga nampak ni. Kamu dua tu dah besar dah kan, bukannya budak kecil lagi." tegur Ziyad, walaupun nada nya kedengaran perlahan namun setiap bait bait yang dilontarkan oleh Ziyad cukup menyentapkan kedua-dua jejaka itu.

Terdiam mereka berdua tatkala mendapat teguran daripada Ziyad.

"Kau siapa? Dari tadi aku perhati je kau ni.." ujar Zayyan dengan nada sarkastik. Anak matanya melirik ke arah Ziyad.

"Bestfriend forever Zhaf.. Aku Ziyad Malique"

Zayyan menjatuhkan kepalanya berkali-kali menandakan dia faham. Taktahulah faham kebenda apanya.

"Abang Aqil!" jerit Afeefa lalu dia bercekak pinggang. Geram betul dengan abangnya yang bengap ni.

Siapa lagi kalau bukan Zayyan Aqil.

Anak matanya terlirik akan sosok Zhafran. Eh abang dia ke ni?

Afeefa mengusap kelopak matanya berkali-kali, dia tak mimpi kan? Figura di hadapannya sekarang ini adalah abangnya kan. "Abang Zhaf ke ni?"

Zhafran mendekati gerangan si adik, lalu tangannya pantas untuk memeluk tubuh adiknya.

"Yes, I am."

"Abang! I miss you!" Afeefa berkata seraya dia membalas pelukan hangat oleh abangnya.

Zayyan dan Ziyad hanya melayan sahaja drama di hadapan mereka berdua ini. Zayyan menaikkan bola matanya, menyampah dengan dua adik beradik itu. 'macam lah terpisah dari kecil lagi.' getus Zayyan dalam hati.

"I miss you a lot, my little sister" ujar Zhafran, dia mengukirkan senyuman yang sangat manis.. Hari ini merupakan hari yang paling bahagia dalam hidupnya. Bukan setakat ingatannya sahaja sudah pulih, malahan dia dapat bertemu semula dengan adik-beradiknya.

"Abang Zhaf dah balik, dia lupakan abang Aqil dah hm" ujar Zayyan dengan nada yang sedih. Riak wajahnya juga memainkan peranan penting.

"Manada! Fee sentiasa rindukan abang-abang Afeefa ni tau.."

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now