₊˚ʚ Zhafran Aurel 58 ⨾ଓ

7.2K 345 17
                                    

Song : Until I Found You by Stephen Sanchez

ZHUFAIRAH menggeliat kecil apabila tidurnya terganggu seketika oleh sang babahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZHUFAIRAH menggeliat kecil apabila tidurnya terganggu seketika oleh sang babahnya. Tidak lama itu, Zhufairah mencelikkan kedua-dua kelopak matanya. Matahari mula memancar ke arah balkoni bilik.

Dia merengek kecil sehingga lamunan Aurel terhenti. Aurel memalingkan wajahnya untuk melihat si kecil yang selesa baring di katil mereka. Baru 4 bulan, dah nak mengada tidur dengan babahnya.

"Lah dah bangun pula babygirl mama ni." Tersenyum kecil Zhufairah apabila pipinya di gomol oleh sang mamanya.

"Ma-maa.."

"Ya babygirl mama?"

"C-cuu cuu.." Aurel mentafsir bait-bait kata yang dilontarkan oleh anaknya itu. Lalu, dia menggelengkan kepalanya.

Comel.

"Kita mandi dulu ya?" Zhufairah hanya mengangguk mengerti. Belum sempat lagi Aurel mahu meletakkan Zhufairah di dalam dakapannya, pintu bilik dikuak perlahan.

Kelihatan gerangan suaminya berada di hadapan pintu sambil tersenyum manis. Zhafran membuka langkah untuk mendekati dua sosok kesayangannya. Kucupan hangat melekap di dahi licin isteri dan anaknya. Morning kiss lah sangat.

Aurel dan Zhufairah sama-sama melepaskan tawanya.

"Morning both of my love."

Zhufairah mengukirkan senyuman manis sehingga kelihatan lesung pipitnya. Akibat terlalu geram, Zhafran mengucup lagi pipi anaknya. Tanpa sedar, Aurel merengus kasar. Tubuh badan anak kecil itu mula bertukar tangan. Aurel melangkah masuk ke dalam bilik air tanpa memandang wajah suami dan anaknya. Merajuk!

Zhufairah rampas babah dari mama!

Zhafran mengukirkan senyuman manis, tubuh Zhufairah diletakkan di baby cot, misi mahu memujuk isterinya!

"Aleena tunggu sini. Babah nak pujuk mama."

Zhafran melangkah ke bilik air, lalu dia cuba untuk menguak tombol pintu itu. Namun hampa, Aurel sudah pun menguncinya dari dalam.

"Bunga kesayangan abang.." Nada husky suaminya itu sudah cukup membuatkan hatinya cair. Tetapi, Aurel cuba menahannya. Sengaja mahu bermain tarik tali dengan suaminya.

Pintu bilik itu diketuk lagi, kedengaran deruan nafas suaminya. Manakan tidak, Aurel melekapkan telinganya di pintu itu.

"Janganlah merajuk. Nanti tak comel."

Aurel menguntum senyuman, suka dengan pujukan suaminya. Sengajalah tu nak bagi hati dia cair? Ha memang dah cair pun!

"Sayang hiks hiks, bunga tak sayang abang dah ke.."

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now