₊˚ʚ Zhafran Aurel : 9 ⨾ଓ

9.1K 484 8
                                    

Song : Fall in Love Alone

SEMINGGU selepas Zhafran mengajak Aurel bertemu dengan ibunya, hubungan mereka semakin akrab

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEMINGGU selepas Zhafran mengajak Aurel bertemu dengan ibunya, hubungan mereka semakin akrab.

Lagi-lagi hubungan Aurel dengan Puan Aliya. Rapat bagaikan isi dengan kuku.

"Ibu.." seru Zhafran perlahan. Puan Aliya pantas menoleh ke arah wajah Zhafran. Senyum-senyum ni mesti ada sesuatu ni!

"Apa dia anak ibu?"

Zhafran sengih kecil. Ibu mesti tahu apa yang dia nak ni. Well, anak ibu kan. Satu-satunya anak lelaki lagi tu.

Walaupun Zhafran memiliki adik perempuan, Zhafran tetap manja. Eh, tak sedar diri dah jadi abang.

Siapa pula adik Zhafran? Tuan Zafrah Afeefa. Nama elok persis orangnya.

"Fee bila nak balik Malaysia? Zhaf rindukan Fee.."

"Tak silap ibu harini. Kamu try contact dia. Jemput dia kat airport." ujar Puan Aliya. Zhafran mengangguk sahaja. Daripada dia kena bebel dengan ibu, baik iyakan sahaja.

Wah wah, baru cakap rindu Fee, dah kena bagi arahan untuk jemput budak tu. Haih lah.

"Jap, Zhaf call Fee," jawab Zhafran lalu mengeluarkan IPhone 13 Pro Max miliknya dari poket seluarnya.

Nama Afeefa dicari dan ditekan untuk membuat panggilan.

*ringing*

'Maknanya Fee online sekarang.' getus hati Zhafran. Fee atau nama sebenarnya, Tuan Zafrah Afeefa sememangnya menetap lama di negara London sana.

Bukan saja-saja ya menetap di negara orang, Feefa berada di sana hanya kerana belajar. Dia mendapat tawaran sambung belajar oversea. Siapa sahaja mahu menolak tawaran kan?

Walaupun sudah 4 tahun berada di negara orang, Feefa tidak pernah terjebak dengan persekitaran Barat sana. Dia masih tahu mana halal dan mana yang haram. Imannya masih kuat.

Alhamdulillah.

"Assalamualaikum adik abang yang dikasihi sekalian..." ucap Zhafran, gayanya seakan-akan mengusik jiwa raga Afeefa. Dia ingat Afeefa ni lupa daratan ke apa!

Sorry sikit eh.

"Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.. Kenapa abang ni? Call kita tiba-tiba? Excited ke nak jemput adik?" jawab Afeefa di corong panggilan.

Nah kau. Sentaplah si abang jika begini. Dia ingat Zafrah Afeefa ni kalau dah menetap lama di negara orang mesti lupa daratan ke?

A big no! Ini Tuan Zafrah Afeefa okey! Berbeza dengan yang lain.

"Takde masanya abang nak excited. Ni ibu tanya Fee balik Malaysia kan harini?" Zhafran membuat muka meluat apabila Afeefa mengatakan bahawa dirinya teruja dengan kepulangan Afeefa.

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now