₊˚ʚ Zhafran Aurel : 36 ⨾ଓ

6.5K 383 30
                                    

Song : Wishes by Jamie Miller

ZIYAD melabuhkan badannya di kerusi rotan yang terdapat di dalam rumah mereka

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

ZIYAD melabuhkan badannya di kerusi rotan yang terdapat di dalam rumah mereka. Matanya terlirik akan sosok Zhafran yang lagi membersihkan luka di tangan lelaki itu. Kelihatan Zhafran lagi menahan sakit

"Zhaf! Nak aku bantu ke?!" Ziyad melaung dengan nada yang cukup lantang untuk didengari jelas. Dia turut cemas apabila Zhafran tiba-tiba mahu membersihkan luka itu.

Walaupun sudah sebulan Zhafran menetap dengan mereka, mereka tidak boleh sesuka hati sahaja mahu membersihkan luka di tangan lelaki itu. Biarlah Zhafran sendiri yang mencuci luka itu. Lagipun, luka di tangan Zhafran sudah pun kering.

Zhafran menggelengkan kepalanya. "Tak payah lah, aku taknak susahkan kau! Aku boleh argh!" belum sempat Zhafran mahu menghabiskan ayatnya, dia mengerang kesakitan.

Ziyad mendengus kasar. Nak sangat buat sorang diri kan!

Orang dah offer tu, terima ajelah!

"Kau ni aku sepak kang! Sejak bila saja kau tu susahkan aku? Dah sebulan kot, tak pernah lagi aku merungut nak jaga kau!" geram Ziyad, dia mengetap giginya rapat. Rahangnya turut bergerak. Geram betul dengan Zhafran Auden ni.

Ada yang kena nanti ni!

Zhafran mengeluh berat. "Aku bukan apa, korang dah jaga aku sebulan lebih dah.."

"Lagipun, ni bukan tempat aku.. Aku kena cari diri aku.." mata Zhafran tidak senang melihat suasana di kawasan ni. Gelap je.

"Aku akan bantu kau, Zhaf. Tapi selepas kau dah pulih, aku janji aku bantu kau." Ziyad menepuk bahu Zhafran perlahan. Dia sudah anggap Zhafran ni seperti adiknya..

"Kita jadi kawan?"

Ziyad menghulurkan tangannya tanda dia ingin bersahabat baik dengan Zhafran. Zhafran menyambut huluran itu lalu digenggam kuat. Sengaja nak buat Ziyad merasa sakit.

Alah acah je.

"Kawan sampai syurga" ujar Zhafran senada. Namun, air mukanya tampak sedih. 'Mungkin dia rindu keluarga nya kot.' Gumam Ziyad dalam hati.

Ziyad mengukirkan senyuman manis. Yeah ada kawan!

Zahim yang menyaksikan drama mereka hanya tersenyum manis. Dah lama dia tak nampak Ziyad senyum sampai telinga macam tu.

Bahagia sangat ada kawan. Manakan tidak, Ziyad pernah dikhianati dalam hubungan persahabatan dimana bekas kawannya merampas tunangnya.

Takda benda lain ke nak caras? Nak juga tunang orang haih.

Ha, Ziyad sememangnya benci dengan orang yang dianggap keluarga mengkhianati dirinya. Dia seakan-akan diperbodohkan oleh kawan sendiri. Ops, bekas kawan sendiri.

ZHAFRAN AUDEN ©️Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα