₊˚ʚ Zhafran Aurel : 40 ⨾ଓ

8.3K 469 140
                                    

Song : Pudar by Indah Ruhaila

"KAU nak pergi mana, Zhaf?" soal Ziyad senada apabila melihat Zhafran lagi tergesa-gesa mahu keluar rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAU nak pergi mana, Zhaf?" soal Ziyad senada apabila melihat Zhafran lagi tergesa-gesa mahu keluar rumah.

Jumpa bini ke tu? Eh?

"Healing healing jap," selamba Zhafran menuturkan ayatnya. Ziyad yang mendengar jawapan daripada Zhafran menaikkan bola matanya, menyampah betul dengan Zhafran ni.

Orang tanya sebab risau! Siapa je tak risau kan dia? Dia tu sahabat Ziyad!

"Jawapan tu cringe lah. Aku tak percaya." selamba itu juga Ziyad membalasnya, dia melorekkan senyuman yang menjengkelkan.

Zhafran mendengus kasar. Sibuk lah Ziyad ni, kalah-kalah ibu ayahnya!

"Ya lah, aku nak jumpa ibu ayah aku.. Tapi aku nak kau temankan aku, boleh?" matanya dikedip berkali-kali, Zhafran cuba untuk memujuk Ziyad agar menemani dirinya apabila dia mahu bersua muka dengan ibu ayahnya.

Kedengaran deruan nafas Ziyad panjang. Dia menganggukkan sahaja kepalanya. Boleh juga pergi cuci mata ahaks!

"Oh okey.. Jap, tunggu aku."

Zhafran hanya menjatuhkan kepalanya berkali-kali, tidak betah untuk membalas apa-apa lagi. Setelah itu, laju kakinya melangkah keluar daripada rumah.

Zhafran memboloskan tubuhnya ke dalam perut kereta dan pintu kereta Vios itu segera ditutup. Sementara tunggu Ziyad bersiap, Zhafran mengeluarkan iPhone dari poket seluarnya lalu aplikasi Instagram ditekan.

Tingg!

aurelzea.rose_ like your picture.

Gambar ini, gambar sebelum dia hilang ingatan. Sudah lama tak expose.

Zhafran mengscroll feed Instagram-nya dan dia terlihat akan satu gambar yang telah diupload baru-baru ini juga.

Zhafran tertarik dengan caption itu.

"the way he treat me really make me feel inside."

Tiba-tiba, kepalanya mengerang kesakitan. Zhafran memejamkan kelopak matanya, dia cuba menghilangkan rasa sakit yang bertandang di kepalanya itu.

Kenapa dengan gambar itu? Kenapa kepalanya tiba-tiba sakit setelah melihat gambar itu.

"Argh.. Kenapa dengan aku ni.."

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now