₊˚ʚ Zhafran Aurel : 11 ⨾ଓ

8.4K 561 147
                                    

Song : Seluruh Cinta

HARI yang ditunggu-tunggukan akhirnya tiba

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.


HARI yang ditunggu-tunggukan akhirnya tiba. Hari ini merupakan hari penyatuan antara Zhafran dan Aurel.

Rela ataupun tidak, Aurel pasrah sahaja. Biarpun sekejap lagi dia akan bergelar sebagai isteri Tuan Zhafran Auden, tidak bermakna rancangan akan lenyap macamtu sahaja.

Dia tetap lakukannya.

"Rose..." seru Tuan Raiz as known as Aurel's father.

Terpegun bak kecantikan Aurel ketika ini. Dengan baju kurungnya yang berwarna putih suci murni itu menaikkan aura pengantin.

"Jadi isteri yang baik untuk Zhaf. Ayah tahu Rose ayah takkan buat kerja yang tak bagus kan?" pesan Tuan Raiz lalu mengusap tudung shawl milik Aurel.

Kadangkala, Aurel merasakan dirinya bergelut dengan perasaan bersalah. Apa yang akan terjadi pada dirinya nanti...

"Rose kena terima qada dan qadar Allah. Jika Zhafran untuk Rose, maknanya dia lah yang terbaik untuk awak, Rose. Ayah tahu Rose masih frust dengan kehilangan bekas tunang Rose kan? Apa-apapun, Rose kena lupakan dia.." sambung Tuan Raiz lagi.

"Ayah.."

"How ayah? Rose sayangkan Reel, ayah... Hati Rose masih lagi untuk dia ayah..." Aurel menatap wajah Tuan Raiz dengan pandangan sayu.

"Rose taknak kecewakan ayah tapi hati ini masih sayangkan lelaki lain.."

Tuan Raiz melepaskan keluhan berat. Orang selalu kata, pilihan ibu bapa selalunya baik dan tepat untuk anaknya. Tapi Aurel? Akankah Aurel membuka pintu hatinya untuk lelaki yang bakal bergelar sebagai suaminya? Pengganti Zareel Idham kelak?

Bukan Tuan Raiz tidak tahu betapa sayangnya Aurel terhadap Zareel. Sayang sangat sehingga leka bahawa dirinya sudah dilukai berkali-kali. Namun, Aurel tetap dengan kehendaknya. Apapun terjadi, dia tetap mahu bersama dengan Zareel.

Kejadian lama itu jugalah membuatkan Aurel sukar untuk percayakan kata-kata manis seorang lelaki. Dia cukup trauma dengan apa yang pernah terjadi ketika dulu.

Tuan Raiz menggenggam kekura tangan Aurel. Dia menayangkan riak muka yang cukup berharap. Berharap agar Aurel menerima Zhafran seikhlas hatinya. Biarlah lambat, asalkan Aurel mampu terima lelaki itu.

Tuan Raiz risau jika Aurel terlambat untuk menerima Zhafran.

"Rose sayang ayah?"

"Mestilah sayang..."

"Jangan kecewakan ayah ok?"

"Rose cuba, ayah."

Senyuman kelat diukir. InsyaAllah Aurel akan menerima Zhafran Auden sebagai pengganti Zareel.

ZHAFRAN AUDEN ©️Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon