₊˚ʚ Zhafran Aurel 7 ⨾ଓ

10.2K 528 26
                                    

Song : I Promise

ZHAFRAN merenung wajah Aurel dari jauh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


ZHAFRAN merenung wajah Aurel dari jauh. Tampak jelas wajah Aurel kusut. Adakah lamaran nya sudah ada jawapan?

Benarkah keputusannya untuk menghalalkan wanita itu? Ya Allah, bantulah hambaMu ini.

"Hati ini ikhlas untuk mencintai dirinya.."

"Cinta ini hanya untuk Aurel Zea Rose. Walaupun awak tak mencintai saya, insya Allah saya yakin, satu hari nanti awak akan cintai saya." ujar Zhafran seorang diri.

Mungkin lambat untuk wanita itu menyedarinya, namun biarlah lambat. Zhafran tidak pernah kisah sekali pun.

Apa yang penting, Zhafran telah jatuh hati dengan Aurel. Aurel ditakdirkan untuk dirinya.

Adakah wanita itu akan hidup bahagia dengannya kelak? Ataupun sebaliknya?

Adakah semua ini terbaik untuk mereka berdua?

"Ya Allah, aku memohon petunjuk dariMu.."

Zhafran bangkit dari kerusinya dan segera menapak ke arah Aurel. Dia mendengar semua isi hati yang Aurel luahkan.

Wanita itu pernah bercinta?

Patutlah Aurel sukar mahu memberi jawapan tentang lamaran nya. Dia tidak sangka wanita itu pernah mengalami fasa kekecewaan semasa di alam percintaan.

Aurel nya kuat. Bunga terakhir yang dikirimkan untuk Zhafran. Bunga pertama yang membuatkan hati lelaki ini luluh.

Dia, bidadari yang dikirimkan untuk Zhafran Auden.

Aurel Zea Rose

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Aurel Zea Rose. Nama yang indah belaka. Begitu juga dengan sikapnya yang lembut.

Aurel kelihatan sangat kusut. Apakah jawapannya untuk lamaran Zhafran tempoh hari itu? Adakah dia terima lelaki itu atau hanya sebagai permainan?

"Zhafran. Kenapa awak pilih saya? Saya tak sempurna."

"Tiada sesiapa pun yang sempurna melainkan Allah, bunga. Kita semua tak sempurna." sampuk Zhafran secara tiba tiba. Mungkin Aurel tidak peka dengan kehadiran Zhafran Auden itu.

ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now