₊˚ʚ Zhafran Aurel 5 ⨾ଓ

11.8K 622 23
                                    

Song : Dia masa lalumu, aku masa depanmu

Song : Dia masa lalumu, aku masa depanmu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZAREEL tanpa sengaja teringat akan Aurel. Dia rindukan wanita kesayangan itu. Namun, dia cuba untuk melupakan semua ingatan tentang memori mereka berdua.

Sering bersama dikala susah dan senang. Namun, dia tiada pilihan melainkan memutuskan hubungannya dengan Aurel Zea Rose.

Bahaya. Hahaha.

"Mesti Zea dah bahagia tanpa Zareel kan?" gumam Zareel seorang diri. Terbit rasa menyesal di hati kerana tinggalkan wanita itu demi Shaneen. Dia cintakan Shaneen tapi hatinya masih lagi berpaut untuk Aurel Zea Rose.

Dia salah dalam membuat keputusan. Dia ingat dia mampu lupakan bayangan Aurel, namun tidak.

Setahun sudah mengikat tali perkahwinan yang sah bersama Shaneen membuatkan perasaan Zareel terhadap Aurel semakin membuak buak.

Dan, dia tidak boleh meninggalkan Shaneen seorang diri. Dia juga sayangkan Shaneen Aqila.

"Sayang fikirkan siapa lagi tu?" soal isterinya, Shaneen Aqila.

"Takde fikirkan siapa-siapa. Sayang okay? Baby kita okay?" tanya Zareel semula. Dia memegang perut Shaneen yang masih kempis itu.

Almaklumlah, dah kahwin makin sweet. Nasiblah halal disisi agama. Jaga maruah. Itu yang sering Zareel ingatkan terhadap Aurel, bekas tunangnya dan Shaneen, isterinya yang sah.

"Baby okay je papa. Papa tu jangan sibuk sangat dengan kerja tu. Kesian kat mama." ujar Shaneen, dia berkata seakan-akan bayi.

Semoga Shaneen Aqila mendapat kasih sayang yang secukupnya.

Sudah cukup untuk dia seksa perasaan dirinya. Shaneen layak menerima kasih sayang daripada dirinya.

Aurel Zea Rose, semoga awak bahagia tanpa saya...

"Okay sayang, saya janji takkan sibuk lagi. Kesian mama baby ni." ujar Zareel, sempat lagi dia mengusik Shaneen.

Malu Shaneen apabila dipanggil sebegitu. Blushing lah katakan. Setahun mereka berkahwin, baru harini Zareel menyayangi dirinya. Mungkin masih frust sebab kehilangan Aurel.

Takpa, move on okey Zareel. Dia berhak bahagia.

"Comel je isteri saya ni. I love you, Shaneen Aqila lillahi taala." ucap Zareel lalu dia melabuhkan kucupan di dahi wanita itu.

Kucupan kedua yang Shaneen Aqila terima selepas akad nikah.

Betapa kuatkan hati Shaneen Aqila untuk terus bertahan dengan Zareel Idham? Cinta pertamanya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ZHAFRAN AUDEN ©️Where stories live. Discover now